Friday, 11 October 2013

Resepi gulai ayam pokat Cameron Highland

eeee......benggangnya, buat penat je aku usung  beg lappy kehulu ke hilir  last last broadband  tertinggal kat rumah. Ingatkan pagi tadi masuk  ofis je  nak draft entry cuti -cuti  kami ke cameron Highland  minggu lepas  tapi nak wat cam mana dah tak rezeki . Jangan risau bumi ni luas rezeki ada dimana-mana saje , tak dapat draft entry Cameron Highland , aku boleh letak nama gulai ayam aku ni gulai ayam pokat Cameron Highland ye dak (sukatilah kan nak letak nama apa pun)
Gulai ayam pokat Cameron Highland....huk huk huk
Bahan-bahan untuk  gulai ayam sekor
1)ayam sekor dipotong  16 atau sederhana besar-dibersehkan dan digaram kunyit
2)500ml santan cair dan  200 santan pekat
3)dua sudu besar kerisek
4)4 biji ubi kentang-dikupas kulit dan dibelah dua
5)sekeping asam keping
6)Sedikit daun kari dan  rempah 4 beradik (bunga lawang , cengkih, kayu manis & pelaga) dan daun kari
7)Garam,sedikit gula melaka/kabung dan serbuk perasa secukup rasa
Bahan kisar A
1)15 tangkai cili kering -direndam dengan air panas dan dikisar halus
Bahan kisar B
1) 8 ulas bawang merah
2)4 ulas bawang putih
3)2 cm halia
4)1 cm kunyit hidup
5)5 batang serai
Bahan C
1)5 sudu besar rempah kari ayam dibancuh dengan sedikit air
Cara menyediakannya
1)Panaskan minyak, tumis daun kari dan bahan rempah 4 beradik sehingga naik bau
2)Tumis bahan kisar B sehingga naik bau dan pecah minyak

3)Bila bahan kisar B dah pecah minyak masukkan bahan kisar A dan bahan C
4)Setelah cili kisar  plus rempah kari dah pecah minyak ,masukkan ayam diikuti dengan kerisek dan biar ayam sampai kecut
5)Bila ayam dah kecut  ,masukkan santan cair dan kentang.Biar sampai kentang empuk. 6)Setelah ayam masak dan kentang empuk barulah masukkan santan pekat  -kacau dan biar mendidih sekejap.
(Kalau kuah nampak pekat boleh tambah air)
7)Akhir sekali masukkan garam, sedikit gula melaka dan serbuk perasa.Pandai-pandailah seimbangkan rasa.
Gulai ayam sedap sangat kalau  dijudukan  dengan ikan masin, sambal belacan berulam timun dan  telur dadar.
Ulam timun  sedap dimakan bersama dengan sambal belacan.Timun aku ni dah  macam timun jadi-jadian pulak gara-gara terlebih edit
Selalunya kalau masak kari atau gulai ayam  aku mesti buat sambal belacan

Telur  dadar (3 biji telur dikacau dengan sesudu mayonis, sedikit kicap cair dan 1/2 labu bawang holand(dipotong dadu)









Tarikh : 16 September 2013,Isnin
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : Sendiri masak sendiri makan














Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .