Saturday, 12 October 2013

Duandee oh Duandee

Petang jumaat minggu lepas yuyi dengan gula-gula hacks pick up aku balik kerja dan lepas tu kami  terus  pergi makan malam kat Duandee.Kami makan bertiga je ,malas nak balik rumah ambik Firdaus semenjak pembinaan jambatan di Pelabuhan Utara ni sedang rancak dijalankan  banyak  jalan yang ditutup terutama jalan menuju ke jalan rumah aku jadi bila  banyak jalan ditutup dah tentulah jalan jam sana sini dan   jalan yang  paling terbaek betterlah duk diam-diam  menikmati juadah makan malam kat Duandee ye dak?.Telur bistik Duandee sedap, saper pandai buat telur bistik ???,meh sini ajar  makcik tempe.
sirap limau ais 2 , milo ais satuuuuuuuuuuuu
Sotong goreng tepung dengan kailan ikan masin

Tomyam seafood
Ketam masam manis,  bila yuyi sebut je  ketam masa tu gak aku nak ketuk  kepala dia.
Telur bistik, aku perhatikan kuah/sosnya lebih kurang sama je dengan kuah/sos  ketam masam manis.glurppp




Tarikh : 4 Oktober, Sabtu
Lokasi : Kedai makan Duandee Pelabuhan Kelang
Peristiwa : Jalan-jalan cari makan




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .