Friday, 4 October 2013

sarapan pagi yang mudah disediakan

Dah lama tak update cerita pasal breakfast .Bukan tak nak update cuma sekarang ni aku tak boleh  berlama-lama depan komputer nanti kepala akan cepat pening. Aku pun dah jarang nak  buka  komputer lepas balik kerja .Entahlahhhh semenjak dua menjak ni badan cepat letih je. Mana tak letih makcik tempe oiii  masa lunch ko  makan macam tak ingat  doniya. Ratu kebaya, Puteri yasmin, noorghafura, dan Haza cam mana ni? bila projek diet kita nak bermula?????
 
Berbalik pada cerita sarapan pagi , Pada  mulanya aku  bercadang nak beli bihun goreng je untuk sarapan pagi  tapi entah kenapa tiba-tiba last minute aku bertukar fikiran nak buat  sendiri sarapan pagi pulak .Biasalah otak kita ni  kadang-kadang bukan boleh 
dijangka : )


Kelarkan 6 ketui  Frankfurter ayam Cheese Ayamas.Panaskan chefal dan masukkan sedikit butter.Panggang frankfurter dalam chefal  sehingga agak garing
Sos cili sebagai sos pencicah ; aku pengumpul tegar sos cili dan sos tomato : )
roti telur
Bahan-bahan untuk membuat lebih kurang  6 keping roti  telur
1)6 roti Massimo
1)3 biji telur size L, ko ado
2)sedikit mixed herb
3)sedikit kicap air & garam
4)1/2 labu bawang holand-dipotong dadu
 Cara menyediakannya
1)3 biji telur dikacau bersama dengan sedikit garam, mixed herb dan bawang besar dadu
2)Panaskan chefal  dan masukkan sedikit butter
4)Celupkan roti ke dalam bancuhan telur tadi dan susunkan sedikit bawang besar dadu di atas dan di bawah roti
5)Letak roti tadi atas chefal.Terbalikkan roti supaya roti garing sekata
Frankfurter ayam cheese ayamas yang telah siap dipanggang
Nescafe semug saje, tu pun tak boleh habis.

Muka bangun tidun













Tarikh : 4 September 2013, Jumaat
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : Breakfast












Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .