Friday, 11 October 2013

Pelbagai aneka juadah makan malam yang simple

Dah lama tak update dua  hingga tiga entry sehari . Disebabkan hari ni terlampau rajin nak update blog  jadi aku  update entry kedua pada hari yang sama. Alah , saje je nak lepas geram gara-gara  tak dapat update cite cuti -cuti  Cameron Highland aku publishlah entry masak-masak  yang dah tersimpan dalam draft .huk huk huk 
Tempe Goreng bawang putih
1)6 keping tempe dikerat dua kemudian gaulkan tempe bersama garam, kunyit dan  4 ulas bawang putih yang dikisar.Perap seketika
2) Panaskan minyak dan goreng tempe hingga garing.
Bayam goreng bawang putih dengan ikan bilis
Telur goreng masak sos
Bahan-bahan

1)5 biji telur ayam
2)1 labu bawang holand dihiris  bulat
3)5 sudu besar sos cili dicampur dengan 3 sudu besar sos tomato
4)gula, garam dan secubit  serbuk perasa

Cara menyediakannya

1)5 biji telur ayam digoreng  mata kerbau dan ketepikan
2)Tumis bawang holand sehingga naik bau dan layu
3)Tumis sos cili yang dicampur sos  tomato sekejap
4)Setelah semua bahan naik bau, masukkan  air(Kalau nak lebih kuah boleh tambah lagi air)
5)Masukkan gula,garam dan secubit serbuk perasa.Pandai-pandailah seimbangkan rasa
6)Kacau sekejap, tutup api dan curah kuah sos  kat atas telur  goreng mata kerbau tadi








Tarikh : 2 Sepetember 2013, Rabu
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : Juadah Makan malam



*********************************



 Ayam kicap MIL

Bahan -bahan untuk ayam kicap MIL(Anggaran  ayam separuh ekor) 
 
1)Separuh ekor ayam  dibersehkan dan dipotong sederhana

2)2 cm halia-dihiris bulat
3) 3-4 ulas bawang putih-dipecahkan dan dibuang kulit
4)dua sudu besar kicap pekat
5)1/2 sudu besar sos tiram
6)1 sudu besar sos cili
sesudu kecil lada hitam kisar


Cara-cara menyediakannya
 
1)Tumis bawang putih dan halia shingga naik bau dan agak garing-Masa menumis guna api sederhana dan sentiasalanh dikacau
2) Masukkan  ayam  dan  masak  sehingga ayam, empuk(Masak dalam chefal atau kuali  mengunakan   api yang sederhana)
3)Setelah ayam empuk masukkan kicap pekat diikuti  dengan sos tiram dan sos cili -kacau sehingga ayam bergaul mesra dengan sos
4)Jika kuah kicap terlalu pekat  tambah sedikit air

5)Akhir sekali  masukkan sedikit lada hitam kisar dan  kacau sekejap .Seimbangkan rasa dan tutup api


Bahan-bahan untuk membuat timun masak taucu

1)sebiji timun size besar-dibersehkan , dibelah empat dan dihiris nipis
2)3 sudu besar taucu cap bilal(dibilas sedikit dengan air dan dilenyek kasar dengan sudu)
3)4 ulas bawang putih -dikupas dan cincang

4)Gula  dan secubit  serbuk  perasa
 
Cara menyediakannya


1)Tumis bawang cincang sehingga nai bau
2)Bila bawang dah naik bau,masukkan taucu dan tumis sehingga  naik bau dan agak garing
3)Setlah semuanya naik bau dan garing, masukkan hirisan timun-kacau rata dan tutup kuali.Masak dengan api sederhana hingga timun empuk(tambah sedikit lagi air jika perlu)
4)Masukkan gula dan secubit  serbuk  perasa. Pandai-pandailah seimbangkan rasa



Timun goreng taucu






Tarikh : 3 September, Khamis
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : Juadah makan malam






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .