Friday 16 August 2013

Syawal 2013 kami ; Samsara SPA Swiss Garden Golf Resort & SPA Damai Laut Terbaek

kalau kami menginap di Swiss Garden tak sah rasanya  tak memanjakan diri di Samsara SPA. Siapa lagi nak manjakan diri kita kalau bukan kita sendiri ye dak? Samsara SPA menyediakan pelbagai rawatan kecantikan dari hujung rambut hingga hujung kaki pada harga berpatutan.Seperti biasa , setiap kali ke SPA yuyi yang akan uruskan bab booking membooking dan pakej memakej ni.*sila abaikan ayat BM aku*  .Aku cuma pergi bawak badan je bagi therapist buat rawatan ke atas aku.
Rimas ,  tak kira apa perayaan sekali pun  dorang tak melepaskan peluang bercuti bersama kaum kerabat mereka   oppss ingatkan tadi aku cakap dalam hati rupanya terlepas .......
Pada pemerhatian aku  yang pernah berkunjung ke Samsara SPA yang lain sebelum ni , Samsara SPA Damai laut ni agak  luas dan mempunyai   panaroma alam  nan cantik  berupa laut dan pokok-pokok berdaun hijau  jika dibandingkan  ditempat   lain.
Yuyi sedang menguruskan hal berkaitan pakej memakej. Pada hari pertama dan kedua  yuyi  ambikkan  pakej  rawatan rejuvenating body treatment   Samsara Signature(Gabungan Thai, Bali massage diikuti dengan  urutan Tradisional Melayu dan diakhiri dengan Hawaiian loami-loami manakala  untuk Hair care dia ambik  Samsara Hibiscus
Bilik treatment  hari pertama  berhadapan dengan laut
Dalam suasana tenang dan damai  terapis  akan mencuci kaki kita sebelum memulakan rawatan ke atas kita.
Sebelah kanan  tempat yuyi menjalani rawatan manakala sebelah kiri tempat aku  
                                       Bilik treatment hari kedua  berhadapan dengan laut dan pokok-pokok hijau


"Samsara SPA terbaek ,"kata yuyi

 ********
Perut terus jadi lapar selepas hampir 2 jam menjalani rawatan. Jadi lepas keluar dari SPA , yuyi terus ajak kami makan kat  The Blossom Chinese  Restaurant .Buat pengetahuan korang semua The Blossom  Swiss Garden di Damai Laut ni servisnya agak lembab ,kalau tak boleh sabar  sila makan kat tempat lain.Sementara menunggu makanan kami siap, sempatlah juge kami berbaring di kerusi santai ditepi kolam renang.
Dah macam  Ramasamy aku tengok budak ni : ) tulah saper suruh berjemur mandi kolam

Ekceli yuyi order 3 jenis lauk termasuk nasi pineaple tapi satu lagi  lauk tak dapat disediakan kerana ikan dalam simpanan mereka  tak cukup besar dan  berat : ) aku bantai gelak.
 
Daging masak Green curry  
Nasi pineapple
 Aku agak  ni sayur campur 
Pengakhiran yang klise : )





Tarikh : 7 Aug 2013 & 8 Aug 2013
Lokasi : Samsara SPA Swiss Garden Golf Resort & SPA Damai Laut,  The Blossom Chinese  Restaurant Swiss Garden Folf Resort & SPA Damai Laut
Peristiwa : Cuti Hari Raya 2013



Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )