Monday 15 April 2013

Kiz Sports & Gym ; www.plasterfunhouse.com ; indahnya dunia kanak-kanak

Subang Parade menjadi tempat pertemuan kami tengahari tu .Dalam pertemuan tersebut sempatlah kami membincangkan beberapa hal termasuklah baju  yang hendak dipakai pada majlis tu nanti.(majlis apa tak perlulah aku nak bagitahu kat sini) .Lebih kurang pukul 1 petang selepas selesai perbincangan yuyi terus shoot ke Empire Subang .Sampai je Empire dia terus bawak kami makan kat Ole-ole Bali.Selepas mengisi perut yuyi ajak kami ke Thai Odyssey, Dia nak buat temu janji untuk mendapatkan  rawatan Foot massage  tapi malangnya dah fully booked  cuma tinggal satu kekosongan je. Kesudahannya dia suruh aku je yang  buat rawatan foot massage. Sementara menunggu aku mendapat rawatan Foot massage yuyi  bawa Firdaus dengan Gula-gula Hacks beriadah di Kiz Sports Gym.

Yuyi sedang membuat temujanji. Apalah yang Firdaus buat  kat tepi tu???










  Firdaus berada di  anak panah yang berwarna putih.
Dah lapar cupcake pun sedap ye dak?
Perut jadi lapar selepas sejam berfoot massage, nasib baik ada beli roti tadi  boleh gak  isi perut sambil tengok Firdaus berjimba-jimba kat playland. Playland  kat sini   happening.

Selepas menghabiskan masa hampir 3 jam di sini, yuyi ajak kami ke Plaster Fun House.

Yuyi dengan Firdaus sedang rambang mata, tak tahu nak pilih plaster  sculpture yang mana satu ?
Akhirnya ukiran plaster cupcake  jadi pilihan










Layar impian

Jika mimpi masa silam
Bisa kusimpan dalam kaca
Jadi perhiasan
Pasti aku abadikan
Zaman riang kanak-kanak
Pabila hujan mengundang
Suasana bahagia
Dalam hidup yang seindah
Mimpi yang tidak pernah
Melukakan perasaan...

Tapi kini bila dewasa
Aku mula sedar betapa mimpi
Hanyalah suatu permainan
Jiwa insan dalam kesepian
Jika mimpi cinta kita
Bisa kuzahirkan
Jadi lukisan yang menarik
Pasti aku sentosakan
 
Malam pesta bila engkau
Lafazkan janji dan memelukku
Sepanjang tarian
Hingga pipi aku terasa
Basah dalam tangisan
Yang penuh kesyukuran...



Tarikh : 13 April 2013
Lokasi : Kiz Sports Gym S09  & S10, 2nd Floor
Jalan SS 16/1,Empire Gallery Shopping Mall, Subang
 Plaster fun house,Level 2#sS-05 Empire Gallery Shopping Mall, Subang
Thai Odyssey , F-03A, First Floor, Jalan SS16/1, Empire Gallery Shopping Mall Subang
Peristiwa : Aktiviti Riadah Kanak-kanak dan keluarga





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )