Showing posts with label Thai Odyssey. Show all posts
Showing posts with label Thai Odyssey. Show all posts

Friday, 9 August 2024

Port lepak makan sedap di Nale- update secara pukal

 1 June 2024 Sabtu (Throwback), Makcik  dengan Daus  pergi  Pavillion Damansara.  Daus wajib jumpa hair stylist   kegemarannya sebulan sekali.  Sebulan sekali takpe,  sebulan 2 3 kali matilanak. Selesai  Daus  gunting rambut, makcik mengajaknya mencari tempat makan. Makcik ternampak Nale dan tergerak hati nak singgah. Sebenarnya setiap kali pergi ke Central I City, makcik lalu-lalang depan Nale tapi tak pernah tergerak hati nak makan dekat Nale. Tiba pulak dekat  Nale  Pavillion makcik rasa teringin bebeno nak singgah makan. 



NALE-Pavilion Damansara
Walaupun makcik dah agak lama berkecimpung dalam dunia blog, perasaan malu untuk mengambil gambar di tempat awam masih susah nak  dibuang.  Daus selalu jadi tukang ambik gambar  untuk makcik.



Takde order air manis, kami minum air sejuk dengan  hirisan lemon



Makcik makan, nasi kukus beef gulai, sedap cuma gulai dia tak berapa  pedas sebab tu dia bagi sambal kot.


Daus makan  nasi kukus ayam goreng. Dia cakap sedap. 


Sambal terung ikan bilis ini memang sedap, cuma manis sedikit. Gatal tangan nak order, tapi nasib baik ada ikan bilis goreng untuk mengimbangkan kemanisannya.


Nasi kukus beef  gulai.he he he, repeat gambar yg sama


Lokasi NALE
Lot 1.36.00 Level 1
Pavillion Damansara Height
Kuala Lumpur



3 August 2024 Sabtu(Throwback). Pukul 8.45 pagi, daus hantar makcik kat Rehab. Makcik ada  temujanji fisio pukul 9.30 pagi. Daus tunggu, sampai makcik selesai fisio. Makcik bawak Daus makan dulu kat area berdekatan rehab. Lepas makan terus  pergi jumpa agent rumah sewa. Urusan selesai dalam  pukul 4. Perut lapar, singgah makan  KFC kat area situ2.  Lepas makan terus balik rumah.  Selesaikan apa yang patut diselesaikan, makcik bersiap2  untuk pergi ke  I city central. Makcik ada buat temujanji dengan Thai Odyssey pukul 6 .  Selesai berurut di Thai Odyssey i city central.  Selesai berurut perut lapar.  Makcik ajak  Daus makan, dia cakap masih kenyang. Arghh tak peduli, makcik paksa  jugak dia makan. Makcik makan kat Nale, repeat kali kedua. He he he




NALE-I City Central

Nale central i city, selalu lalu lalang je, akhirnya singgah jugak makan




Tempat makan yang selesa dengan banyak ruang, memudahkan kita untuk bergerak ke sana ke sini


Daus minum Japanese green tea




Makcik minum pandan coconut.Sedap, bau wangi daun pandan





Daus makan indomie ayam  bakar, Daus cakap mee tu  rasa kosong. Nasib baik Daus order sambal,takde lah mee tu rasa kosong sangat. Ayam bakar  dan telur  boleh jugak  meningkatkan rasa  mee . Ceh wah, ada macam komen chef tak? he he he 




Makcik makan nasi lemak klasik, nasi lemak biasalah.he he he




makcik order sambal tempe ikan bilis, saje nak buat makan dengan nasi lemak 










Lokasi NALE
Central i city 
LG34-B
Shah Alam














Thursday, 3 October 2013

Berehat sebentar dengan kit kat ; Jangan cuak dengan Traditional Thai Massage

Sekarang ni cuaca  agak panas, kalau dah balik kerja rasa cam malas je  nak keluar rumah. Cuaca panas memang ada manafaatnya tapi tak kurangnya boleh memudaratkan kesihatan kita juga. Dikala cuaca panas badan cepat terhidrasi  jadi pastikan kita dan anak-anak  kita  minum air yang secukupnya. Galakkan anak kita minum air suam bila bangun tidur atau sebelum tidur .

Berbalik kepada tajuk kita Thai  massage ; selepas aku dengan yuyi merasa  samsara Signature    (Gabungan Thai, Bali massage diikuti dengan  urutan Tradisional Melayu dan diakhiri dengan Hawaiian loami-loami )di  Samsara spa damai laut dua bulan lepas, tibalah masanya kami merasa  Traditional thai massage pula  di Thai odyssey. Ni masuk kali kedua kami mendapatkan rawatan di sini, kali pertama aku sorang je dapat buat  rawatan , itu pun  rawatan   foot massage  je sebab fully booked  mana taknya main redah je walk-in memang la  fully  booked, the moral of the story sebelum ke sini sila booking  kalau walk- in saje  takut  fully booked.Ni yuyi booked awal sehari, kalau tak silap aku dia ambik pakej 120minit Thai Traditional Massage .

Bagi sesiapa yang ada bawa anak kecil  tu bolehlah hantar anak kita berseronok-seronok atau berjimba-jimba dulu di Kidz Sports Gym 2nd floor sementara kita berthai massage.Barulah nampak cool.
Wajah keletihan sebelum berthai massage
Hiasan dalaman Thai odyssey yang berkonsepkan more to keli (kaplamyanga) and Thai, memang pada mulanya agak menimbulkan keseramannnn pada kami bak kata yuyi ala ala sarang  dot dot tapi tak kisahlah janji urutannya dapat  mengembalikan semula  kesegaran badan.

Macam biasalah sebelum ke bilik rawatan kaki kita dicuci dulu..... 

Bilik  rawatan memang selesa dan mereka akan pasang muzik yang berunsurkan terapi ala-ala Thai.Dalam bilik urutan , masseuse akan baringkan kita dan ditutup mata kita dengan bantal yang sejuk. Satu tips untuk sesiapa yang nak try  thai massage ; Relax lembutkan badan , bila melawan nanti badan kita jadik keras tu yang jadik sakit bila masseuse  melipat-lipat dan mengurut  badan kita .Kalau badan kita relax,otot-otot kita akan rasa  lega sangat lepas dilipat  .Sedapnya rasa bila masseuse  tekan kat point-point  tertentu kebetulan plak tengah belakang aku tengah sakit, mau tak lega...........badan terus rasa cergas














Tarikh : 28 September 2013, Sabtu
 Lokasi :  Thai Odyssey, Empire Shopping Gallery
Peristiwa ; Berthai  massage





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday, 15 April 2013

Kiz Sports & Gym ; www.plasterfunhouse.com ; indahnya dunia kanak-kanak

Subang Parade menjadi tempat pertemuan kami tengahari tu .Dalam pertemuan tersebut sempatlah kami membincangkan beberapa hal termasuklah baju  yang hendak dipakai pada majlis tu nanti.(majlis apa tak perlulah aku nak bagitahu kat sini) .Lebih kurang pukul 1 petang selepas selesai perbincangan yuyi terus shoot ke Empire Subang .Sampai je Empire dia terus bawak kami makan kat Ole-ole Bali.Selepas mengisi perut yuyi ajak kami ke Thai Odyssey, Dia nak buat temu janji untuk mendapatkan  rawatan Foot massage  tapi malangnya dah fully booked  cuma tinggal satu kekosongan je. Kesudahannya dia suruh aku je yang  buat rawatan foot massage. Sementara menunggu aku mendapat rawatan Foot massage yuyi  bawa Firdaus dengan Gula-gula Hacks beriadah di Kiz Sports Gym.

Yuyi sedang membuat temujanji. Apalah yang Firdaus buat  kat tepi tu???










  Firdaus berada di  anak panah yang berwarna putih.
Dah lapar cupcake pun sedap ye dak?
Perut jadi lapar selepas sejam berfoot massage, nasib baik ada beli roti tadi  boleh gak  isi perut sambil tengok Firdaus berjimba-jimba kat playland. Playland  kat sini   happening.

Selepas menghabiskan masa hampir 3 jam di sini, yuyi ajak kami ke Plaster Fun House.

Yuyi dengan Firdaus sedang rambang mata, tak tahu nak pilih plaster  sculpture yang mana satu ?
Akhirnya ukiran plaster cupcake  jadi pilihan










Layar impian

Jika mimpi masa silam
Bisa kusimpan dalam kaca
Jadi perhiasan
Pasti aku abadikan
Zaman riang kanak-kanak
Pabila hujan mengundang
Suasana bahagia
Dalam hidup yang seindah
Mimpi yang tidak pernah
Melukakan perasaan...

Tapi kini bila dewasa
Aku mula sedar betapa mimpi
Hanyalah suatu permainan
Jiwa insan dalam kesepian
Jika mimpi cinta kita
Bisa kuzahirkan
Jadi lukisan yang menarik
Pasti aku sentosakan
 
Malam pesta bila engkau
Lafazkan janji dan memelukku
Sepanjang tarian
Hingga pipi aku terasa
Basah dalam tangisan
Yang penuh kesyukuran...



Tarikh : 13 April 2013
Lokasi : Kiz Sports Gym S09  & S10, 2nd Floor
Jalan SS 16/1,Empire Gallery Shopping Mall, Subang
 Plaster fun house,Level 2#sS-05 Empire Gallery Shopping Mall, Subang
Thai Odyssey , F-03A, First Floor, Jalan SS16/1, Empire Gallery Shopping Mall Subang
Peristiwa : Aktiviti Riadah Kanak-kanak dan keluarga





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday, 22 January 2013

Empire subang ; misi pencarian kasut cinderellamu-part 2 dihentikan seketika bagi memberi laluan kepada misi pencarian Lamborghini dan Thai Odyssey

 Mohon maaf kepada pembaca yang mengikuti misi pencarian kasut cinderellamu part 1, misi terpaksa ditunda bagi memberi laluan kepada misi  pencarian Lamborghini dan Thai Odyssey.Hoi !!!  saper baling selipar jepun  ni? Apa salah aku.  dah penaja suruh stopkan misi pencarian kasut cinderellamu  buat sementara waktu , aku stoplah, haish korang ni  sesuka hati je nak baling selipar jepun   lenkali baling lah selipar crocs  ke tak pun selipar Adidas.

Sebelum meneruskan misi pencarian yang entah apa-apa ,  masing-masing mengisi perut di Bangkok Beat Bistro.
Penantian satu penyiksaan ; perut lapar
Minuman ; Lemongrass tea ; watermelon juice ; Avocado milk shake(tiada dalam gambar)
 
Harta yang dibahagi sama rata ; Soft shell crab with mellow yellow curry
 Seperti biasa kita nyanyi lagu Jamal Abdillah "saperlah aku tanpa tomyam" aku makan tomyam bersama  nasi putih .
 Yuyi makan bangkok beat grill special ; kepala sotong aku yang bedal.yes aku penggemar kepala sotong tegar .sila takut
 Makcik tempe yang sedang sakit gigi bergaya sakan dengan spek guccinya bersama   Firdaus yang sedang teruja dengan seafood with pineaple fried ricenya.

                                                      Sekali lagi   seafood with pineapple fried rice
Gula-gula hack makan Massamam lamb shank curry bersama nasi putih(lupa nak ambik gambar, jadi aku cilok dari google boleh gitu)


Setelah perut masing-masing kenyang ,misi pencarian Lamborghini dan Thai Odyssey diteruskan tapi malang Thai Odyssey fully booked , the moral of the story lenkali sila buat appoinment dulu.
kuciwa tak dapat urut mengurut di Thai Odyssey
 Alah budak sorang tak habis-habis nak berkepit dengan akak
 Di hadapan tempat misi pencarian lamborghini kuning
Akhirnya Lamborghini kuning menjadi hak milik Firdaus. Tak pe  tak dapat Lamborghini yang sebenar  , dapat  lamborghini yang guna  remote control pun jadilah ye dak.



Sekian saje aku dan misi pencarian kasut cinderella mu part 2.............



Ikhlas dari makcik tempe yang dah boring nak pergi kerja........................................





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .