Sunday, 21 April 2013

Johnny's Summit USJ best

Sebenarnya dah lama tekak ni  teringin nak makan  steamboat kat Johnny's , cuma  tak berkesempatan nak pergi sana je.Aku tahu pasal Johnny's  ni pun semenjak membaca  entry kak Limah berjimba-jimba dengan keluarga kat Johnny's  Bukit Raja.Ekceli Yuyi dengan Gula-gula hacks dah kerap pergi  makan steamboat  kat Johnny's bukit raja cuma yang menyampahnya setiap kali dia ajak  aku  makan kat  sana , Johnny's tu sentiasa  ramai orang.

Dah kebetulan nak balik ke PK dari  bukit tinggi , yuyi lalu kat subang, dia ajak kitorang   makan steamboat kat Johnny's summit USJ.

ek-eleh apasal pulak aku ambik gambar tisu johnny's ni? (klise sangat)
Bila perut tengah lapar penantian menjadi  satu penyiksaan
sos steamboat
Vanila milkshake Firdaus dengan Mirinda float Gual-gula Hakcs
Ice lemon tea yuyi dengan aku 
Yuyi  tak suka ambik  set steamboat sebab kebanyakan yang ada  dalam set  steamboat  tak kena dengan anak tekak. Selalunya dia order makanan yang menjadi  feveret kami sekeluarga macam  telur puyuh , udang, cendawan tiram,ayam, salmon , dengan cendawan straw.
ala carte : kailan goreng bawang putih 
sup steamboatnya dah pastinya sup kosong yang kami campurkan bersama  sos steamboat
 
Oleh kerana salmonnya fresh dan lazat,  yuyi order lagi sepiring salmon
Walaupun salmon ni  frozen ianya masih lagi kekal segar dan lazat : )nyum nyum nyum






Tarikh : 20 April 2013, Sabtu
Lokasi : Johnny's Restaurant, Lot 53 , Summit USJ Subang, Jalan Kewajipan USJ 1, 47600 UEP Subang Jaya , Selangor DE
Peristiwa : Jalan -jalan cari makan dihujung minggu
Rating : 4 bintang





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .