Tuesday 30 April 2013

Akulah bos

Selama aku kerja 17 tahun kat sini sebagai kuli, baru 2- 3 hari ni aku rasa macam bos. Bagus lah kan  ada perkerja yang rajin dan berdedikasi macam member aku ni, sampaikan nak photostat  dengan fax pun dia buat sendiri.Gemuklah badan aku, hujung bulan terima gaji, hujung tahun pulak  terima bonus : ).Bila difikirkan balik bagus juge wujudnya orang sebegini, senang keja kita.Aku dah malas nak menonjol ni, bagilah peluang kat dia pulak menonjol, jangan sampai tertonjol sudah.

Bila dah lama tak buat kerja, aku hampir terlupa macam mana nak susun or letak  file dalam almari. Akibatnya , aku buang masa hampir 1/2jam mencari file yang hilang.Hampir semua tempat aku gelidah,tapi tak jumpa.Akhir sekali aku jumpa file tu dalam almari, dalam kedudukan seperti dibawah :-

Anak panah bertanda merah menunjukkan file yang hilang.
The moral of the story jangan susun file cara terbalik




Semoga selepas ni aku dapat mengamalkan  5S,  seiri, seiton, seiso, seiketsu, and shitsuke dalam kehidupan seharian aku.

Harap maklum, menjelang pilihanraya ke 13 , aku adalah orang  yang paling sibuk , sibuk jadi pemerhati politik, jadi blog ni akan terabai seketika.Terima kasih.Akhir kata Selamat hari pekerja kepada semua perkerja di Malaysia.















Tarikh : 29 April  2013 & 30 April 2013, Isnin, Selasa
Lokasi : Tempat kerja
Peristiwa  :  sembang kosong

















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )