Showing posts with label Johnny's Restoran. Show all posts
Showing posts with label Johnny's Restoran. Show all posts

Monday, 18 August 2014

Jom gi Johnny makan steamboat

Salam syawal........

Jumaat hari tu,yuyi ajak aku dengan Firdaus pergi makan steamboat kat Johnny Jaya Jusco Bukit Raja. Orang ajak makan,takkan aku nak cakap tak nak  lebih-lebih lagi kepada steamboat sah sah feveret aku tu. Pesanan untuk gula-gula hack ambik bau jelah  kat skrin monitor hp tu,saper suruh tak ikut yuyi.

Meskipun dah hampir 6 tahun aku berblog namun perasaan malu sentiasa menyelubungi diri tatkala nak merakam gambar keluarga di tempat awam lebih-lebih lagi didepan restoran. Keluar dari Johnny,pandang kiri pandang kanan macam lengang je takde orang. Wah itulah namanya peluang keemasan,terus keluarkan hp dan ambik gambar.



Mangkuk,sudu,garpu,senduk ,,,blogger mah

Adik tak pernahlah tak senyum depan rezeki


Muka pendiet  khabo semakin runcing sekarang ni.


Apasal adik buat muncung?



Ayam steam untuk adik

Salmon wajib order


Kalau pergi makan kat Johnny tak cuba kailan goreng ni, memang satu kerugian besar.









Okey,ta ta ti tu,nanti jumpa lagi. Sebagai penutup bicara marilah kita hayati erti slogan , majulah sukan untuk negara.










Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday, 4 September 2013

Lagenda budak pencomot ; pemakan salmon tegar

Yeak yeak rumah aku tak de air tapi tak delah sampai tahap tak keluar langsung air dari kepala paip.Syukur Alhamdulillah walaupun air yang keluar kecil namun masih boleh lagi dibuat berinstijak dan mandi segayung dua gayung. Tapi cuma tak cukup air  nak  masak memasak dan cuci  pinggan mangkuk. Spesis aku memang tak pandai guna air sikit-sikit. Setiap kali   cuci pinggan mangkuk kalau  tak lencun kain baju tak sah. Kata air tak de haruslah aku  dengan  anak-anak  pegi sarapan dengan lunch kat luar . Somi aku duk diam-diam kat  rumah je, dia memang penduduk rumah setia*Sila abaikan ayat aku*.Jadi hari ahad tu, kitaorang sarapan kat gerai MPK, makan roti canai je. Lama sungguh tak pekena  roti canai kat sini. . Dulu masa kerja kat south port selalu singgah makan roti canai kat sini.

Hidup matiku di sini.titik

Berselemoih
pencomot tengah baca surat khabar

budak pencomot tengah baca surat khabar
Tangan yang sedang mengagau kambing.Pagi tu tak cukup kambing mana taknya air tak de jadi dorang masak sikit je.

Gula-gula hacks ni tak puas hati kalau dah keluar rumah  tak pergi pasaraya, jadi lepas menala roti canai yuyi bawak kitaorang pergi Jaya Jusco Bukit Raja..Alang-alang dah kat Jaya Jusco Bukit Raja yuyi ajak makan kat Johnny.

Budak berselemoih dengan budak pencomot
Aku dengan yuyi minum jus durian belanda
jus oren gula-gula hacks
 Wajib order salmon
Sos ni ala-ala  rasa sos yong tau fu
budak pencomot dah tak sabar nak  makan 
kebuluran
 Sedapnya makan salmon half cook, makan mentah lagi sedap. nyum nyum
nyum nyum nyum  sedapnya salmon half cook
jahat tau yuyi ni , aku baru nak ambik gambar dia dah ngap separuh 







Tarikh : 1 Sept 2013, Ahad
Lokasi : Gerai MPK Port Klang, Restoran Johnny Jaya Jusco Bukit Raja
Peristiwa : Jalan-jalan cari makan




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Sunday, 21 April 2013

Johnny's Summit USJ best

Sebenarnya dah lama tekak ni  teringin nak makan  steamboat kat Johnny's , cuma  tak berkesempatan nak pergi sana je.Aku tahu pasal Johnny's  ni pun semenjak membaca  entry kak Limah berjimba-jimba dengan keluarga kat Johnny's  Bukit Raja.Ekceli Yuyi dengan Gula-gula hacks dah kerap pergi  makan steamboat  kat Johnny's bukit raja cuma yang menyampahnya setiap kali dia ajak  aku  makan kat  sana , Johnny's tu sentiasa  ramai orang.

Dah kebetulan nak balik ke PK dari  bukit tinggi , yuyi lalu kat subang, dia ajak kitorang   makan steamboat kat Johnny's summit USJ.

ek-eleh apasal pulak aku ambik gambar tisu johnny's ni? (klise sangat)
Bila perut tengah lapar penantian menjadi  satu penyiksaan
sos steamboat
Vanila milkshake Firdaus dengan Mirinda float Gual-gula Hakcs
Ice lemon tea yuyi dengan aku 
Yuyi  tak suka ambik  set steamboat sebab kebanyakan yang ada  dalam set  steamboat  tak kena dengan anak tekak. Selalunya dia order makanan yang menjadi  feveret kami sekeluarga macam  telur puyuh , udang, cendawan tiram,ayam, salmon , dengan cendawan straw.
ala carte : kailan goreng bawang putih 
sup steamboatnya dah pastinya sup kosong yang kami campurkan bersama  sos steamboat
 
Oleh kerana salmonnya fresh dan lazat,  yuyi order lagi sepiring salmon
Walaupun salmon ni  frozen ianya masih lagi kekal segar dan lazat : )nyum nyum nyum






Tarikh : 20 April 2013, Sabtu
Lokasi : Johnny's Restaurant, Lot 53 , Summit USJ Subang, Jalan Kewajipan USJ 1, 47600 UEP Subang Jaya , Selangor DE
Peristiwa : Jalan -jalan cari makan dihujung minggu
Rating : 4 bintang





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .