Thursday, 18 April 2013

Good bye Odah ; disebalik tabir majlis jamuan perpisahan odah

Fresh orange & Watermelon juice(handphone saper yang keler ijo tu?????)
Ni je juadah yang kami mampu sediakan untuk Odah
Sotong cili kering
Kasihan , kami lebih lahap dari Odah
Odah , bakal menjadi surirumah tangga sepenuh masa

"Goodbye Odah" tajuk yang sangat sesuai dengan entry aku hari  ni.  Minggu depan dan hari-hari seterusnya  odah tak de kat sini.23 haribulan hari last Odah  kerja.huk huk sedih. Biarpun odah sengal, biarpun odah suka mengambil masa berhari-hari membelek katalog avon, Sophie,tupperware, menang glass, biarpun Odah berjalan dan makan macam siput namun pemergiannya amat  terkesan  di hatiku dan rakan-rakan sengalku.  Aku sentiasa doakan Odah success in her life (ayat  klise) . Bila aku dapat tahu yang lepas ni odah akan menjadi  surirumah tangga sepenuh masa, air mata ni nyaris tumpah, aku jerit dalam hati,  why!!!! why !!!!Odah why not me!!!!! menjadi surirumah tangga, tahukah anda "surirumah tangga" adalah salah satu jawatan yang aku impikan selama ni. Bestnya  Odah, lepas ni dia hanya menguruskan rumahtangga. Tapi tak pelah aku redho , mungkin belum sampai seru aku nak jadi surirumah tangga sepenuh masa(ayat penyedap hati)

Bukannya aku menghalang , bukannya aku tak redho odah  berhenti kerja cuma aku tak puas hati kenapa budak ecex poyo like the hell and heaven tu yang berhenti kerja. Ada ke patut  keujudan makcik badan besar macam I ni  dia tak perasan. Ko Poyo sangatkan.Muda lagi dah berat telur, Tak kan yelah tak boleh  nak hantar sekeping surat ke tempat aku yang  jaraknya  tak sampai semeter dari  meja ko. Aku dah perhati  kepoyoan ko dari  tahun lepas lagi, masa orang tengah sibuk-sibuk nak ambik sebeniar dinner. haish!!!!!!!!!!!!  nasib baiklah aku tak gedik gedik nak pergi tanya kau pasal termos bodoh tu ?????opsss..........mak nak buat pertanyaan  boleh ??? . "ecex poyo bila ko nak berhenti kerja pulak??????" itulah jangan suka petik diri tu humble tapi hakikatnya ko ni tak humble.haishhhhhh  tetiba je hati aku dan beberapa hati yang lain  berasa lega....................................


Kami  berharap sangat Odah berpuas hati  dengan majlis jamuan makan tengahari semalam, majlis  yang sederhana tu  sahaja yang kami mampu  adakan sebagai majlis meraikan perpisahan kita. Nampak je jamuan ni kecik tapi di sebalik tabir majlis ni tak siapa yang tahu. Halangan , rintangan sikit punya nalar Syukur Alhamdulillah setelah kami tapis segala  rempah kering , haiwan peliharaan mengunakan  sieve yang terbaek , well nilah  hasilnya."punfundekfek afayamfamlah",lenakali kita kita je ye.

Odah , lepas ni ko tak bolehlah ngicak maggi aku.  Ingat tau  bila buat open house  jangan lupa jemput rakan-rakan  sengalmu  ini  dan akhir sekali  kenang kami dalam doamu.










Tarikh : 17 April 2013, Rabu
Lokasi : adalah, ko ingat ko je nak  poyo, aku pun nak poyo gak.
Peristiwa : Majlis jamuan perpisahan Odah














Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .