Showing posts with label pasaraya Giant. Show all posts
Showing posts with label pasaraya Giant. Show all posts

Monday, 13 October 2014

Makanan sedap di Food court Giant & Tesco Bukit Tinggi ,Klang ,cik tom & family sukerr


Salam Isnin,


Apa khabar kengkawan?Sihat ke? Harap semuanya sihat. Cik tom disini  sihat cuma tekak cik  tom je tak sihat ,  gatal  &  merenyam semacam je hari ni. Serba tak kena cik tom  dibuatnya. Rilex cik tom, don't thing to serius, tarik nafas hembus, tarik nafas  hembus ,done . Don't  fokus pada tekak gatal and merenyam .Baik  fokus pada benda yang cik tom suka .Okeylah   cik tom nak  cerita pasal   food court . Saper suka makan food court ? Angkat tangan. cik tom cecepat  angkat tangan sebab suka.Tapi tengok keadaan & situasi food court. Cik tom  suka makan kat  food court yang berseh, selesa dan yang paling penting tak ramai orang.

Ha ni dua minggu lepas punya cerita, cik tom makan dengan anak- anak kat food court .Sesekali   cik tom kena jugak "down to earth" asyik up makan tempat best je  nanti ada pulak orang kata cik tom tak sedar diri, berlagak kaya padahal cleaner  je. Tu dia mulut poka.  Lumrah manusia, terlalu  mudah bersangka buruk pada orang lain.  Entah entah kita yang  perasan orang mengata kita . Walhal hakikat sebenarnya orang lain  tak ambik port pun pasal kita.  Naya.


Cik Tom and family di Food Court Giant Bukit Tinggi



Lain macam je senyum adik ni. Semenjak dua menjak dah macam anak kel aku tengok adik ni

Adik dapat makan nasi goreng cina tak henggat orang kiri & orang depan.Abaikan pari bakar yuyi tu
Tetiba cik tom feeling nak makan nasi goreng kampung hidang telur mata kerbau diatasnya.Slurppp cik tom sedut kuning telur.
Anak cik tom , cik yuyi tak ingat doniya , order sekali dua, kuey teow goreng hidang telur mata kerbau diatasnya dan pari bakar

*****************

Cik Tom and family di Food Court Tesco

Nun dihujung sana anak cik tom sedang mengorder pecal lele dan nasi ayam penyet
Nasi ayam penyet feveret adik

Cik tom dan cik yuyi order pecal lele. Pecal lele yang cik tom  pernah  cerita  kat [SINI] , terbaek.

















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Saturday, 11 January 2014

TCRS harga boleh bawa berbincang ????????

Tengahari rabu ,lepas hantar adik  pergi sekolah yuyi ajak aku  pergi Giant, aku  on je sebab memang ada plan nak beli  barang  pun . Setelah hampir sejam berlegar -legar dalam Giant masing-masing kelaparan, dan kami cari food court untuk mengisi perut. Menyampah tau, setiap kali masuk food court Giant ni tak pernahlah  yang tak ramai orang.  Bila nampak ramai orang yuyi  tarik tangan aku, dia geleng kepala tanda tak nak makan kat situ. Dia ajak aku makan  TCRS.


our foods
Kopi O [hot] -RM3.50
3 layer tea -RM5.80
Haishhh macam tak percaya je  total bil lebih kurang RM27 termasuk minuman
Yuyi cakap kat aku kalau setakat nak makan berdua lebih baik order ala carte menu  je at least tak delah membazir nanti..




















Tarikh : 8 January 2014, Khamis
Lokasi , TCRS Giant Bukit Tinggi













Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Friday, 3 January 2014

mak tak cerita pasal sekolah anak ibarat makan nasi tanpa lauk

Setiap kali sesi sekolah bermula, sana sini mak bercerita pasal persiapan sekolah anak. Mak pun  tak nak terlepas  peluang untuk berkongsi cerita pasal  persiapan anak  bongsu mak "cimone mone" gelaran manja tu akak yuyi yang kasi. Memandangkan mak ni blogger, berilah mak  keizinan  setahun sekali untuk mengupdate cerita persiapan sekolah anak mak ni. Pejam celik pejam celik  sekejap je cimone mone   dah nak masuk tahun  3.


cimone mone selalu buat aku hilang sabar,sepatah aku cakap sepuluh patah dia jawab.Dia paling tak suka kalau orang paksa paksa  dia belajar, baca buku,...tapi kalau paksa dia main play station dia tak kisah...serba salah aku dibuatnya .Tengok dia malas belajar tapi cemerlang dalam exam, cemerlang subject & part mana rasanya tak perlu kot aku nak cerita kat sini sebab  kecemerlangan keluargaku adalah hak peribadiku  *ayat tu aku dah patenkan*
cimone mone , akak yuyi dan akak canggih 
BATA jenama  mampu milik, ia  menjadi jenama kasut sekolah pilihan  keluarga kami  sejak dulu kala, Tapi terkecuali cucu kesayangan nenek yang berketurunan bangsawan dan kaya raya tu. Sorrylah, benda dah lama  simpan dalam hati sekali meletup woo woo dasat.

Alang-alang menyeluk pekasan biar sampai kepangkal lengan, alang-alang dah  ke pasaraya Giant singgah sekali  ke sampai ke Jaya Jusco ye dak?
cer teka dorang tengah buat apa?
mereka ni  sedang leka memilih peralatan  sekolah

Alang -alang dah pergi Jaya Jusco jumpa pulak Black canyon tak sahlah kalau tak makan ye dak?
Ice lemon tea dan  Chocolate blended kalau tak silap aku
Cimone mone suka makan  American fried rice cuma dia tak suka makan ala ala lempeng tiga segi tu entah apa namanya.
Tedapnya chicken soup Black Canyon Coffee
Akak saje order sayur campur untuk buat ratah-ratah
Aku makan Thai style fried rice with prawn  Macam sedap je ,macam sedap je
Akhirnya   tercapai  impian cimone mone nak memiliki sebuah  peti besi@safe box  . Pasal buat sepah rumah bagi kat dia.
Akak pun makan  menu yanga sama  dengan aku 










Tarikh : 25 December 2013, Rabu
Lokasi : Canggih Giant & Restoran Black Canyon Coffee Jaya Jusco  Bukit Tinggi Kelang










Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday, 26 November 2013

Annual dinner 2013

Hujung tahun ni semua orang kat pejabat & kilang sibuk dengan annual dinner. Rakan-rakan sepejabat juga tidak  terkecuali ,masing-masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan di annual dinner tidak lama lagi. Aku tumpang seronok je.  Walaupun  tak join dinner tempat kerja , aku pun turut sama kena tempias annual dinner, bila kena turun padang  temankan yuyi cari long  dress untuk pakai pergi annual dinner tempat kerjanya . Anak aku ni jenis cerewet dalam memilih pakaian , ekceli dia dah beli satu long dress tapi malangnya bila disarung ke badan , ada yang tak kena di bahagian pinggang dressnya .So , dia terus campak dress tu. Hari sabtu tu sekali lagi dia ajak aku  temankan  cari dress.Sabau jelah kan.


 
Budak cerewet
 Alang alang dah keluar singgah  sekejap kat Avon .Sepetot avon sentiasa dihati
Budak nakal

Yuyi ajak singgah Giant beli cd kartun  Firdaus.Tulah bila dah keluar ,banyak nau persinggahannya.
Firdaus pau yuyi belon dan topeng Iron man. Aku perhati je, lemak dah budak demok ni.

Upah kitaorang dapat menemani yuyi  cari dress.Yeah yeah makan kat Black Canyon
Muka nak makan penampau jepun
haishhh geramnya dengan budak sorang ni
 Yuyi makan Deep fried chicken lemon grass
 Firdaus makan American fried rice
 Aku makan Pad thai, sedap cuma silapnya ada kacang.Biasalah, bila dah jadi makcik makcik ni, gigi mulai berlubang sana sini  , kacang adalah  musuh utama.
Gula-gula hacks makan fried rice with prawn and chicken stuffed in omelette
 lemon iced tea & iced milk tea
 Sedap Mushroom Soup ni, geliksss.... macam tak pernah makan mushroom soup












Tarikh : 23 November 2013, Sabtu
Lokasi : Avon, Restoran Black Canyon Coffee, JJ Bukit Tinggi
Peristiwa : Jalan-jalan hujung minggu







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday, 21 August 2013

The Smurfs ; sepanjang cite ni cecah 50 kali aku menguap

Impian dan cita-cita Firdaus nak  menonton  The  Smurfs  akhirnya terkabul juga.Get ready to get naughty ialah tu. Tak semua  kartun  Firdaus suka tengok tapi yang paling dia suka toy story, despicable  me, Monster, Dora ,spongebob, upin ipin, boboiboy arghhh bosan tak tertulis kat sini kalau hendak disenarai satu persatu , senang cite di suka karakter  kartun yang comel, cute dan happening.opss cite Smurfs ni pun Firdaus  suka  cuma kami  je  yang   buhsan dengan cite ni sebab jalan citenya  agak klise plus meleret-leret.Tapi tak pelah kan budak tecit punya pasal kita orang  layankan je.
Aku kena tepek gambar gula-gula hacks lebih sikit sebab dia nampak terlebih encem  pulak bila  dressing macam ni.*matik puji anak sendiri*
Apasal perut Firdaus nampak lain macam je???
 gula-gula hacks lagi...jangan muntah kalau rasa nak muntah pergi tempat lain...  
Gula -gula hacks lagi,. kata encem
Firdaus jarang pakai seluar panjang, sesekali  pakai seluar panjang nampak macam ada yang tak kena
Gula-gula hacks lagi......


Smurfs habis kalau tak silap aku lebih kurang pukul 8.30 malam. Keluar dari Habour place yuyi terus bawak bawak kitaorang pergi makan kat   food court  giant. Rasanya dah lama tak makan kat food court.Nampak sangatkan dah lupa daratan haishhh
Firdaus memang  suka buat perangai depan yuyi,tengoklah tu semua air minuman kitaorang  dia nak minum
Setipa kali  makan kat food court aku dengan yuyi tak pernah miss order kuey teowgoreng kerang.
Firdaus sorang je makan chicken chop







Tarikh : 17 Aug 2013, Sabtu
Lokasi : MBO Harbour Place, Food court Giant Bukit Tinggi
Peristiwa : Jalan-jalan hujung minggu







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday, 11 March 2013

3 layer tea & quick cut-update secara komboi


Bertukar-tukar  blog template adalah  satu cara aku  melupakan rasa sakit perut, hati, dan bermacam penyakit lain lagi.Seriuoslly , aku bukan jenis orang yang cepat merajuk, sensitif dan cepat terasa  terasa hati. Tapi yang peliknya  bila aku sakit  tetiba aku jadi orang yang cepat  merajuk dan  sensitif  . Alah ...rajuk aku tak lama mana pun nanti  pandai- pandailah aku pujuk diri sendiri.

Petang semalam  aku bawak  Firdaus saje -saje  jalan pergi pasaraya Giant. Kasihan pulak bila tengok  dia dua hari ni duduk terperuk kat rumah.Dia tak banyak songeh,dia ikut je mana aku  bawak.
Dah alang -alang pergi  Giant, aku bawak Firdaus gunting rambut kat Quickcut,  masuk ni dah  kali kedua dia gunting  rambut di sini.Dengar macam mahal RM16 sekali potong tapi ada aku kesah.Alah tak kan nak  berkira dengan  anak  kot tapi tak  berkira dengan  sekotak rokok dunhill yang harganya RM10.20  atau harga  sehelai tudung  mencecah beratus ringgit.

Bayar RM16 kat payment terminal, dapatkan receipt dan tunggu giliran
Firdaus sedang menanti giliran untuk memotong rambut

Firdaus sukalah tu  awek yang potong rambut dia

Lepas potong rambut aku bawak dia makan kat  chicken rice shop
Kali pertama aku dengan Firdaus minum teh 3 layer, petang semalam di The Chicken Rice Shop
Kenapa Firdaus buat muka pelik???








Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday, 27 February 2013

salah satu bahan untuk membuat minyak wangi


Semalam  aku memang  tak larat nak pergi kerja. Aku demam, batuk dan  rasa bisa tulang temulang . Kalau ikutkan hati  dan badan yang lemah aku memang tak larat  nak pergi klinik Rasa nak baring dan pejam mata je..Lagi pun aku bukan  orang yang suka makan ubat, aku pergi klinik tujuan sebenarnya nak ambik MC je. Aku bangun awal pagi , lepas siapkan Firdaus ke sekolah aku ingatkan nak pergi klinik tapi badan pulak tak larat, akhirnya aku tunggu Firdaus balik sekolah baru pergi klinik. Dah tahu tak larat aku pulak tabur janji manis nak bawak Firdaus  naik komuter pergi subang Parade.Lepas aku setel kat klinik dia pun tuntut janji,  apa lagi aku mengelabah puyuh , aku pujuk dia baik-baik. Aku bagitahu dia aku tak larat nanti bila aku dah sihat  aku janji bawak dia naik komuter pergi Subang Parade. Ha ha ha ,budak-budak biasalah tu memang cepat merajuk kita kenalah pandai-pandai pujuk dia.

Merajuk membawa diri. Masa ni cuaca sangat panas , itu yang sampai  terpejam mata dia




 tengah panas pun gigih nak petik bunga yang entah apa-apa tu
 Mak , nilah bunga yang buat minyak wangi.Cuba mak cium , wangikan. Sungguh tinggi imiginasi budak ni sehingga tak terjangka difikiran kita.

Firdaus redho dan hanya mampu tersenyum   bila aku bagitahu  dia yang aku hanya larat bawak dia pergi pasaraya Giant  yang berdekatan  je. Selepas bawak Firdaus membeli sedikit jajan kudap-kudapan dimasa senggang, sedikit sayur dan sedikit buah anggur merah dan blueberry kudap-kudapan suami selepas makan dan masa menonton TV aku bawak dia balik rumah  naik komuter.

Bercakap pasal anggur ni, sejak kecil lagi  suami aku minat sangat makan anggur. Katanya zaman dia kecik susah ,jarang dapat beli anggur.Sekarang dah kerja barulah merasa beli anggur *bajet anggur sama dengan harga emas*  Suami aku  dengan anggur hitam dan anggur merah  memang tidak dapat dipisahkan.Aku memang menyokong kuat  kalau suami dengan anak-anak hanya gemar makan buah anggur sebab sebagai ibu yang jenis pemalas nak mengemas rumah macam aku ni  memang berbesar hati  sangatlah sekiranya mereka gemarkan  buah-buahan jenis  yang tak payah nak kupas-kupas  kulit  dan buahnya  tidak  berair , tidak meleleh ,tidak  melekit-lekit  dan yang penting tidak mengotorkan rumah.*dasar pemalas*

Anggur kurang biji
blueberry


 Gedikkan cara Firdaus makan anggur



Sekian saje kemerepekkan untuk  hari ni, InsyaAllah kita akan  bertemu lagi esok




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .