Showing posts with label juadah minum petang. Show all posts
Showing posts with label juadah minum petang. Show all posts

Thursday, 10 March 2016

Kek pisang mudah dibuat dan sedap.

Salam khamis, jangan kejutkan harimau yang sedang tidur.......SALAH

Cik ina kambek dengan kek pisang.....
Salah satu kek feveret cik ina selain dari kek cheese. Okeylah cik ina tak nak bebel panjang, cik ina tak de mood, tengah marah dengan orang, tak kan dengan  haiwan kot, tengah marah pada diri sendiri, marah pada MPK, lately ni ambik sampah macam seminggu sekali je, argh !!! geramnya, malas nak cite lagi buat  cik ina hangat hati. Kita terus ke tajuk entry  hari ni.


Resepi kek pisang
Bahan-bahan
4 biji pisang berangan bersize  sederhana besar
4 biji telur
300 gm tepung gandum*
1 1/2 sudu kecil soda bicarbonate*
1 1/2 sudu baking powder*
1 sudu kecil garam*
300gm gula castor
1/2 cawan susu penuh krim
1 cawan minyak masak[cik ina guna canola oil]
Cara membuat
Lenyek pisang sampai hancur.Masukkan susu penuh krim, gaul sampai semua sebati.Ketepikan
Dalam bekas lain campurkan bahan bertanda bintang.Gaul rata kemudian ayak.ketepikan .
Pukul telur dengan gula hingga gebu, masukkan esen pisang.kacau sekata. Tuang kedalam adunan tepung dikuti dengan pisang lenyek yang telah dicampur dengan susu tadi.
Masukkan minyak, kacau guna senduk hingga  adunan rata dan tak bergentel


Kalau suka boleh letak hirisan pisang di atas adunan kemudian tabur brown sugar
Bakar  40 minit pada suhu 180 darjah  C
Kek pisang yummy


Kek pisang ni boleh dijadikan hidangan minum petang







Sekian terima kasih. Panjang umur kita jumpa lagi, Insyaallah.







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Saturday, 19 December 2015

Donut, tak jemu buat sebab anak-anak cik ina suka


Salam sabtu, dalam gembira ada duka.

Dah lama rasanya tak mencurah rasa hati di sini. Tak tahu kenapa, tetiba hari ni rasa  macam nak luahkan sesuatu. Sesuatu yang lagi sedikit nak berkudis dan hampir bernanah tinggal belum pecah .Cik ina ni jenis orang yang susah nak luahkan apa yang terpendam dihati tapi ni bukan bermakna cik ina ni wanita lindungan kaabah ke atau baik hati tak pernah nak marah ke apa.  Cik ina jenis yang tak suka cari masalah dengan kawan  ke, dengan pasangan ke,  dengan sesiapa je. Cik ina jenis tak ambik port,orang  nak tunjuk pandai ke, nak menunjuk harta benda ke, nak ajar cik ina masak ke.  Cik ina okey je .

Cik ina ni jenis orang yang suka buat sendiri semua kerja rumah terutama memasak kecuali kalau tak larat sangat baru cik ina minta tolong anak-anak. Lately, cik ina tak berapa sihat , perlukan rehat, perlukan ketenangan.  Perlukan kedamaian. Di saat ni,macam susah nak fahamkan  orang yang lambat nak faham. Better orang yang susah faham tu hidup sendiri. Semuanya dah terlambat okey bye, cik ina nak pergi buat donut.


Doh donut ; selepas diperap 30 minit

Resepi Donut [Anggaran dalam 12 ketui donut size sederhana]
Bahan-bahan
1)2 cup tepung gandum[haruslah cik ina guna tepung gandum cap blue key]
2)1/2 tbsp gula pasir
3)1 tbsp butter
4)1 biji telur
5)1 1/2  tsp yis kering [cik ina guna mauripan]
6)1/2 tsp garam
7)1 tsp baking powder
8)1 tbsp susu tepung[nak sedap guna susu tepung lemak berkrim]
9)100ml air suam[jangan panas sangat]
Cara-caranya
1)Larutkan air suam dengan gula kemudian masukkan yis, biar sampai berbuih2.ketepikan
2) Satukan semua bahan dalam bekas. Uli sampai gebu dan tak melekat2 kat tangan.Tutup doh dengan kain berseh. Perap doh dalam 30 minit.
3)Selepas 30 minit, bolehlah mula menerap doh mengunakan acuan .Terap sampai habis.Perap lagi selama 30 minit.

 4)Panaskan minyak, goreng donut di atas api sederhana. Terpulang pada citarasa masing-masing , samada nak goreng garing atau tidak. Cik ina suka goreng garing sikit.
5)Topping, terpulang pada citarasa masing-masing. Cik ina gaul dengan gula castor je.

Tadaaaaa, siap donut cik ina






Sekian, terima kasih.Jumpa lagi, InsyaAllah.







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday, 5 January 2015

Marathon ; kuih bakar kemboja & kek gula hangus

Salam Isnin,


Mati kutu cik senah tak tahu nak masak apa  semenjak peti ais di rumah  rosak. Nak beli peti ais baru nanti suami cum pomen cakap cik senah tak tahu sabau tunggu spare part peti ais tu sampai bla bla bla bla. Diam tak diam dah nak sebulan cik senah sabau.Kang kalau cik senah  tanya pomen  bila spare part peti ais  sampai for surelah dia marah cik senah  kaw kaw. Dia dah explain panjang2 pasal spare part peti ais tu susah dapat sebab model lama. Okey fine, cik senah setia menunggu .

Semenjak peti ais   rosak  ,aktiviti memasak cik senah agak terbatas . Buat masa sekarang ni senah lebih fokus kepada aktiviti membaking. Cik senah merajuk dengan dapur .Tu yang  lepas geram pada oven. Jangan tak  percaya ye ,hari ahad lepas cik senah bakar sampai 2, kek gula hangus & kuih bakar kemboja.


Resepi Kek Gula Hangus

Sumber : Zalin Zalina - 1 loyang lubang tengah(Aku tak de loyang lubang tengah aku guna loyang besa je)Aku buat dua adunan
Bahan-bahan
200gm gula
200ml air
20gm margerin
20gm tepung gandum
2sudu kecik bikabonat
1 cawan susu pekat
4 biji telur
Cara-caranya :-
1. Gula dihanguskan. Bila semua dah cair, kecikkan api, baru dimasukkan air
2.Air dah sebati dengan gula, baru masukkan margerin. 
3. Sejukkan air gula hangus.
4.Ayak tepung gandum dan bikarbonat kemudian tepung gandum tadi  digaulkan  menggunakan whisk di dalam sebuah bekas. 
5.Blend telur lebih kurang 2 minit...(kalau kaler dah putih tu maknanya ok la tu..)
6.Masukkan susu pekat. Blend lagi.
7.Masukkan telur dan susu pekat yang dah blend tu dalam bekas berisi tepung, pastu masukkan air gula hangus, kemudian kacau guna whisk.
8. Blend semua adunan.
9. Lenserkan margerin pada loyang. Tuangkan adunan yang dah diblend. Bakar selama 45 minit pada suhu 180 darjah celcius 

 



Resepi kuih  Bakar  Kemboja

Sumber : Shazwani Adnan
Olahan : cik senah , hehehe
Bahan-bahan
1 cawan gula
1 cawan jus pandan
400ml santan kara(2 kotak) + 50ml air
4 biji telur
2 tbsp butter dicairkan
1/2 tsp garam
pewarna hijau
bijan -untuk ditabur
Cara-caranya
1)Campurkan ke  semua bahan ke dalam mesin pengisar
2)Kisar hingga sebati dan tepung tidak berbintil/berbiji
3)Masukkan ke dalam bekas yang disapu minyak.Tabur bijan(cik senah takde acuan kuih bakar jadi guna loyang lubang tengah jelah)
4) Bakar selama 30-40 minit pada suhu 180 celcius sampai garing dipermukaannya


.Kalau nak dapatkan  kuih bakar kemboja yang lebih   garing dan sedap  , bakarlah   guna acuan kuih bakar tembaga

 
Tak cukup  garing ,kalau bakar garing sikit  sedap  ni.  Bijan tu , kalau boleh lebihkan  sikit. Bijan cik senah  yang ado









Sekian saje perkongsian untuk hari ni.Kalau ada masa nanti cik senah update lagi. Akhir kata majulah sukan untuk negara.












Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Friday, 12 December 2014

Resepi kek butter @dapursuemeizi terbaek



Salam Jumaat,

Assalamualaikum.Tengah buat apa tu? Hurmmmm bercinta cik senah nak pergi kerja hari ni. Almaklumlah semalam  Selangor kan cuti . Pakkal  cuti tahun cik senah dah habis,kalau tak mau cik senah cuti hari ni. Hurmmm kemain bercinta semalam cik senah  bawak adik tengok movies kat  MBO Subang Parade ,tak henggat . Alah, sekarang ni kan cuti sekolah okey kut bawak anak tengok movies . Enjoynya adik, minggu lepas tengok Movie  Big Hero, semalam pulak tengok movie Penguin of Madagascar .Dalam minggu ni je  dua kali dah cik senah belanja adik tengok movie. Double enjoy lepas habis  tengok movie penguin of madgascar   cik senah bawah adik makan...Makan mana nanti  cik senah cerita  ye .Muah cikit.

Okey , berbalik pada tajuk entry  cik senah, Petang semalam cik senah membako kek butter sementara menunggu cite kiwak (as per my fren) bila hati berbicara habis tu tak kiwak bila jalan  ceritanya meleret pada setiap plot.hehehe 

Saper berminat dengan kek butter  boleh ambik resepi dibawah.

RESEPI KEK BUTTER
Sumber resepi : Instagram  @dapursumeizi
Bahan-bahan
1)250gm  Butter[cik senah guna SCS salted butter]
2)1 atau 1/2 cawan gula castor[cik senah guna 1/2 cawan]
3) 4 biji telur[cik senah guna 3 biji telur size extra large]
4)1/2  cawan susu pekat
5)1/2 tsp essen vanilla
6)2 cawan tepung kek [cik senah guna self raising flour blue key]
Cara menyediakanya
1)Panaskan oven 160-170' celcius
2)Pukul butter dan gula hingga kembang
3)Masukkan telur dan putar hingga kembang [sue  aka @ dapur suemiezi putar guna blender, cik senah  guna mixture]
4)Masukkan  tepung kek, putar pada tahap 1
5)Masukkan susu pekat dan essen vanilla
6)Masukkan dalam loyang dan bakar lebih kurang 45 minit



Tepung naik sendiri sumbangan  hari raya  tahun lepas dari majikan , cik senah baru guna semalam.   Sebenarnya  tepung ni dah lama dah  cik senah  bagi yuyi tapi minggu  lepas cik senah ambik balik.Hopefully siku cik senah baik baik saje : )

kek butter cik senah dalam proses  pemontokkan
Sekali hadap tinggal separuh kek


Musim hujan macam  ni layan kek butter dengan secawan nescafe panas perghhh sedap sampaikan  kucing mengiow kat tepi pun tak perasan







Okey kengkawan semua, cukup setakat ni je untuk hari ni. Akhir kata, majulah bola sepak untuk negara : )



























Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday, 3 November 2014

cucur udang kering lembut dan sedap, nak buatnya pun mudah


Salam Isnin,

Cak!!!! tengah buat apa tu???cik senah tengah bizi mengemop lantai  tapi masih sempat nak update aktiviti memasak cik senah  semalam. Hari minggu, biasalah banyak masak sikit nak memasak .Ambok cik senah banyaknya  masa kau  memasak  bila  masuk bab  mengemas  terus takde  masa ye. Hehehe, I hate kemas mengemas. Okeylah, straight to the point , pagi minggu tu cik senah buat brekpes nasi lemak .Cik senah kalau buat brekpes nasi lemak memang akan buat untuk makan   sampai malam  .Tapi oleh kerana  cik senah  baik hati malam tu cik senah  masak jugak maggi goreng untuk juadah makan  malam .Petangnya cik senah buat cucur udang kering .Memang layan makan sambil nonton filem Tamil TV2

Resepi sambal nasi lemak kat [SINI] ,resepi nasi lemak kat [SINI]
RESEPI CUCUR UDANG KERING
Bahan-bahan)
1)300gm tepung gandum
2)1  biji bawang holand sederhana besar[dihiris nipis]
3)Udang kering  sengenggam[dicuci berseh dan ditoskan]
4)Air secukupnya untuk membancuh tepung gandum
5)1/2 sudu kecil baking powder
6)Segenggam taugeh[dicuci berseh dan ditoskan]
7)5 tangkai kucai[dicuci berseh dan dipotong 1 cm]
8)Sebiji telur
9)Garam dan serbuk perasa secukupnya
10)Minyak masak secukupnya untuk mengoreng

 Bancuhan jangan terlalu lembik ,agak2 boleh dijemput
Cara menyediakannya
1)Satukan tepung gandum,garam,baking powder dan serbuk perasa dalam satu bekas.Kacau sekata
2)Masukkan hirisan  bawang besar ,telur,  udang kering ,taugeh dan daun kucai. Bancuh jemput-jemput dengan air suam pastikan air jangan banyak ,bancuh sampai bancuhan tu kita boleh jemput dengan jari.
3)Goreng jemput -jemput dalam minyak panas hingga garing
Cucur udang kering , abaikan tapis kelapa besi yang dah herot berot  peninggalan arwah mak aku tu, nak buang sayang
Cucur udang kering sedap dimakan bersama sos cili atau jika suka boleh   dimakan bersama kuah kacang .
Cucur udang kering pekena dengan nescafe panas  perghhh  hantu lalu lalang depan  kita  pun tak nampak































Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday, 13 August 2014

Tepung goreng ranggup zaman sekarang VS tepung goreng original dolu dolu

Salam Syawal.........................

Saper suka makan goreng pisang ???angkat tangan. Saper suka makan goreng pisang cicah sambal belacan?? Jangan ketawa ye..yang suka makan goreng pisang cicah sambal belacan tu akulah orangnya. Okeyy. Aku nak tanya  ni, korang kan, kalau goreng pisang ke keledek ke keladi ke korang prefer guna  tepung goreng ranggup ke atau tepung goreng original dolu dolu (tepung gandum plus tepung beras)? Kalau aku lah kan, aku prefer guna tepung goreng original dolu-dolu,  sebabnya
1) Aku tak berapa reti nak bancuh tepung goreng ranggup
2)Tak berapa suka serdak- serdak goreng pisang
3)Entahlah, aku rasa tepung goreng ranggup macam banyak serap minyak
Tapi apa apa pun tepuk dada tanya selera, semua tu terpulang pada selera masing-masing.Setiap orang selera berbeza -beza jadi  please lah  respect each other selera , barulah cool
*please respect omputih tahap A level aku *


 Aku dengan bangganya mengunakan tepung gandum bunga cempaka.Wahai blue key , cap sauh ampunkanku.

Berhati-hati memilih pisang. Pisang yang comel , berkulit halus mulus tidak semestinya  menjanjikan rasa pisang yang sedap manis dan lemak berkrim .Kadang-kadang  pisang yang tak berapa nak comel dan berjeragat tulah yang sedap tapi yang pasti sekarang ni, susah dah nak dapat pisang mentah especially pisang nangka.

 Bancuhan tepung goreng pisang original dolu dolu


Bahan -bahan
1)Tepung gandum
2)Tepung beras
3)Sedikit garam
4)Sedikit gula
5)air
Kuantiti tepung bergantung kepada kuantiti pisang
Cara menyediakannya
1)Satukan  kesemua bahan ke dalam satu bekas
2)Bancuh dengan air hingga mendapat kepekatan sesuai



Petang minggu tu kan hujan,perghh sedap gilerrr waktu hujan  makan goreng pisang.


















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday, 22 May 2014

Resepi kek gula hangus aka kek sarang lebah Zalin Zalina yang ohsemmmm ; Koleksi kek kegemaran keluarga

Tak sia-sia aku bersengkang mata malam tadi  menyiapkan  kek gula hangus, syukur Alhamdulillah setelah sekian lama mencuba akhirnya menjadi juga .Terima kasih kepada  Zalin Zalina kerana sudi share resepi kek gula hangus yang ohsemmm.

Kalau nak dapat  kek gula hangus yang lebih ohsemm peraplah adunannya  dalam sejam dua,he he he aku perap 20 minit je, boleh gitu

Resepi Kek Gula Hangus Zalin Zalina - 1 loyang lubang tengah(Aku tak de loyang lubang tengah aku guna loyang besa je)Aku buat dua adunan
Bahan-bahan
200gm gula
200ml air
20gm margerin
120gm tepung gandum
2sudu kecik bikabonat
1 cawan susu pekat
4 biji telur
Cara-caranya :-
1. Gula dihanguskan. Bila semua dah cair, kecikkan api, baru dimasukkan air
2.Air dah sebati dengan gula, baru masukkan margerin. 
3. Sejukkan air gula hangus.
4.Ayak tepung gandum dan bikarbonat kemudian tepung gandum tadi  digaulkan  menggunakan whisk di dalam sebuah bekas. 
5.Blend telur lebih kurang 2 minit...(kalau kaler dah putih tu maknanya ok la tu..)
6.Masukkan susu pekat. Blend lagi.
7.Masukkan telur dan susu pekat yang dah blend tu dalam bekas berisi tepung, pastu masukkan air gula hangus, kemudian kacau guna whisk.
8. Blend semua adunan.
9. Lenserkan margerin pada loyang. Tuangkan adunan yang dah diblend. Bakar selama 45 minit pada suhu 180 darjah celcius 

Loyang pertama, habis dikerjakan somi dengan adik 
Loyang kedua besar sikit : )


cer teka jejari gebus saperkah itu???? ye!!!! betul  itu jejari adik
















Tarikh : 22 May 2014, Khamis
Lokasi : Rumahku Syurgaku


















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Friday, 16 May 2014

Resepi jemput-jemput kentang & sos pencicahnya ,langkah demi langkah


Ekceli sebelum ni aku tak pernah teruja dengan  jemput-jemput kentang,,.Tapi entah macam mana lepas berborak  pasal jemput-jemput kentang dengan akak kedai  runcit  berdekatan rumah aku tempoh hari  terus semangat aku  melonjak-lonjak nak buat  jemput-jemput kentang. Hehehe macam akak tu ado bagi resepi ,dia cuma tanya samada aku pernah makan jemput-jemput kentang atau tak je? Aku cakap aku  tak pernah makan dan  ni first time aku dengar  nama jemput-jemput kentang. Akak tu cakap dia first time  makan pun jiran sebelah rumah dia bagi. Akak cakap sedap jemput -jemput tu,lembut  sampai ke petang. Lepas jumpa akak ,balik rumah terus otak laju fikir macam mana cara nak buat  jemput-jemput tu..Keesokan paginya tercapai juga hasrat hati aku nak buat jemput-jemput kentang

RESEPI JEMPUT-JEMPUT KENTANG
Bahan-bahan
1)Dua biji kentang[dipotong  dadu]
2)400gm tepung gandum
3)1 1/2 biji bawang besar sederhana besar[dikisar sederhana halus mengunakan pengisar kering]
4)Ikan bilis sengenggam[dicuci berseh dan dikisar sederhana halus mengunakan pengisar kering]
6)Air secukupnya untuk membancuh tepung gandum
7)1/2 sudu kecil baking powder
8)Garam dan serbuk perasa secukupnya
9)minyak masak secukupnya untuk mengoreng
Cara menyediakannya
1)Satukan tepung gandum,garam,baking powder dan serbuk perasa dalam satu bekas.Kacau sekata
2)Masukkan bawang besar kisar,ikan bilis kisar dan kentang dadu,bancuh jemput-jemput dengan air suam pastikan air jangan banyak ,bancuh sampai bancuhan tu kita boleh jemput dengan jari.
3)Goreng jemput -jemput dalam minyak panas hingga garing
Biar Bancuhan tepung jemput-jemput kentang selama beberapa minit sebelum digoreng.


Cara sediakan sarapan dengan cepat, kita kenalah  manfaatkan kedua-dua tungku dapur gas kita,satu tungku kita buat mengoreng  jemput-jemput dan tungku  yang sebelah lagi kita masaklah sos pencicah jemput-jemput.

RESEPI SOS PENCICAH 
Sos pencicah 
Bahan-bahan
1)15 tangkai cili kering[rendam dalam air panas dan kisar halus]
2)3 ulas bawang putih[kisar halus bersama cili kering]
3)Garam , gula dan serbuk  perasa secukupnya
4)3 sudu besar sos tomato kalau tak de pun tak pe[boleh diganti dengan sedikit cuka atau air asam jawa]
5)Sedikit bancuhan air tepung jagung untuk memekatkan  sos pencicah[1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan suku  cawan air]
6)Air secukupnya[lebih kurang  600ml]
Cara menyediakannya
1)Satukan semua bahan kecuali bahan no 5 ke dalam periuk.Biar agak mendidih.Kalau boleh guna api kecik dan sentiasa dikacau ye
2)Sebelum diangkat ,  masukkan bancuhan air tepung jagung.Kacau sekata
3) Tutup api dan angkat

Owesome jemput -jemput kentang  ni ,lembut sampai ke petang


Jemput makan,,,,,dah habislah jemput -jemput kentang ni aku buat dua hari lepas masa cuti wesak day.hehehe













Tarikh : 13 May 2014, Selasa
Lokasi : Rumahku syurgaku









Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Sunday, 23 February 2014

Edisi recycle : roti & sate : pizza sate

Di zaman sekarang , ketika  harga barang naik mendadak terutama harga barang dapur , tak reti -reti lagi ke nak mengrecycle baki makanan untuk  dijadikan hidangan baru. Daripada kita  mengomel, merungut harga barang naik adalah lebih  baik kita fikir macam mana nak tangani kenaikan  harga barang.Ceh wahhhh ada tokoh tak jadi  menteri perdagangan & hal ehwal penguna????

Berbalik pada tajuk entry ; Minggu lepas aku ada ambik roti sandwich dari tempat untuk dibawak balik ke rumah. Roti ni tak de bahan pengawet maka  tempoh jangka hayatnya tak lama jadi daripada terbuang macam tu je aku buatlah pizza. Kebetulan pulak  dalam peti ais ada  sate semalam yang masih ada baki ,elok sangat kalau dijadikan topping..
Bahan-bahan doh Pizza
1)Roti sandwich

Bahan-bahan topping

1)Cheese parut
2)oregano
3)Sos cili dicampur dengan sos tomato
4)1/2 batang carrot-[diparut]
4)Mayonis
5) Isi ayam[sate baki semalam]
6)hirisan bawang holand
Cara menyediakan
1)Sapukan roti dengan sos cili yang dicampur dengan sos tomato diikuti mayonis
2)Letakkan isi ayam  , hirisan bawang holand dan parutan carrot di atas roti
3)Sebelum dibakar taburkan  sedikit oregano diikuti dengan cheese parut
4)Bakar dalam oven pada suhu 180 C selama 20-25 minit


Pizza????? sukahati koranglah nak bagi nama.

Pizza sedap dimakan ketika masih panas






Monday, 10 February 2014

edisi Arianna Rose : kek pisang CMG

Mesti ramai yang tak  sabar  menantikan  episod seterusnya dalam  Arianna Rose kan, he he he termasuklah aku?  Dengan siapa lagi  aku nak  berkongsi cite pasal Arianna rose kalau tak dengan korang semua . huk huk huk nasib baiklah yuyi  beli tv extra letak dalam bilik rumah aku, kalau tak jangan haraplah  aku dapat melayan arianna rose dalam keadaan  tenang. Menyampah !! setiap kali aku tengok drama melayu , suami aku mesti sound  "tulah awak suka sangat tengok cita yang tak membina otak.  "cite omputih kau tu membina otak sangat." aku jawab dalam hati . Tengok tu  macam manalah nak jadi isteri mithali, suami  tegur sikit  ,dah melenting.  The moral of the story dalam dunia realiti memang taklah kalau aku nak jatuh cinta dengan lelaki macam Harith & Tengku Adam  yang  mudah menangis especially menangis pasal "CINTA"

Berbalik pada tajuk entry ; jom buat kek pisang !!!

Takde angin takde ribut  tetiba je  suami aku bawak balik pisang pagi pagi buta.
Aku guna loyang empat segi 8 inchi ,kalau korang nak dapatkan kek  macam tinggi je macam mantop je korang gunalah loyang yang kecik sikit.

BAHAN-BAHANNYA :-)
 Resepi aku cilok dari blog tiffin biru
1)200 gram tepung gandum*
2)1 camca teh soda bicarbonate*
3)1 camca teh baking powder*(*satukan dan ayak)
4)150 gram pisang
5)150 gram gula kastor
6)Secubit garam (mat tambah)
7)3 biji telur gred A
8)120 gram minyak sayur (mat guna minyak jagung)
9)1 camca besar ovallate
10)Beberapa titik esen pisang (optional)
11)1 tbsp fresh milk(aku tambah)
Chocolate rice sebagai hiasan
hirisan pisang(aku tambah)
CARA MEMBUATNYA :-)

1)Panaskan oven pada suhu 170C, sediakan loaf pan berukuran 7 inci x 3 inci (2 biji), sapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak (anda boleh juga guna tin bulat 8 inci atau tin 4 segi 8 inci). Ketepikan.
2)Lecek pisang, gula, garam dan ovallate hingga semua bergaul dan sebati. Masukkan telur, kacau hingga rata. Tambah tepung yang telah diayak, minyak jagung dan esen pisang (jika guna). Gaul hingga sebati. Kalau anda nak masukkan sedikit coklat rice juga boleh, tapi mat cuma tabur atas kek saja.
3)Tuang dalam tin kek dan bakar 40 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing2. Keluarkan kek dari tin, biar sejuk atas jaringan dan boleh hidang.

kek pisang
Tak de kerja cari kerja, saper nak makan kek pisang ni? keith foo juga yang kena makan ohhh I mean  suami aku. Keith foo kan mixed chinese & indian samalah macam suami aku. muntahhh





Tarikh : 8 February 2014, Sabtu
Lokasi : Rumahku syurgaku







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .