Showing posts with label Breakfast hujung minggu. Show all posts
Showing posts with label Breakfast hujung minggu. Show all posts

Sunday, 12 October 2014

Cara mudah buat nasi goreng kampung dengan sos ikan Puteri

Salam Ahad,


Semalam , aku terjaga awal pagi . Bangun je  perut terasa lapar .Entah kenapa sejak kebelakangan ni perut aku cepat je lapar dan cepat  kembung terutama selepas mengambil makanan yang berasaskan tepung . Risau jugak bila difikirkan pasal  perut aku ni. Tapi ,kalau terlebih fikir pun tak elok juga kan. Takut terlebih fikir nanti penyakit lain pulak yang datang. Nauzubillahiminzalik. Tak pelah ,selagi boleh makan, kita makan je lah ye dak . Esok lusa tak boleh makan duduklah  diam -diam di sana. Cakap pasal tak boleh makan ni  boleh hilang semangat dibuatnya Haish bab semangat ni jangan dibuat main .Kus semangat, pagi lagi dah lapar nasi. Ketung ketang ketung ketang,mai sepingan nasi goreng kampung.

First time beli sos ikan jenama puteri

Bahan-bahan 
1)6 cawan nasi sejuk[Gaul sekata  nasi dengan garam secukupnya]
2)5 ulas bawang merah & 4 ulas bawang putih [dikisar kering] kuantiti bawang merah bergantung pada sizenya jugak .Sekiranya bawang merah korang bersize kecil macam bawang merah aku ni ,korang tambahlah kuantitinya.
3)15 tangkai cili api [dikisar kering]kalau tak suka  pedas boleh kurangkan cili api
4)Segenggam ikan bilis[basuh, tuskan airnya]
5)1 ikat sawi[dicuci berseh dan disiang]
6)4 bji telur
7)1/2 sudu besar sos ikan
8)gserbuk perasa secukupnya jika suka
Cara menyediakannya
1)Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang kisar hingga naik bau
2)Tumis cili api kisar hingga pecah minyak. Selepas tu masukkan ikan bilis.Kacau sekejap
3)Pecahkan telur, kacau hingga garing.
Masa menumis guna api sederhana dan sentiasalah dikacau ya
4)Masukkan sawi, kacau hingga sedikit layu kemudian masukkan  nasi sejuk yang telah diderai, gaul sekata.Masukkan sos ikan, goreng nasi hingga keluar aroma harum nasi goreng kampung awesome ko ado. Masa mengoreng guna api besar ye kengkawangku semua. *mata pejam tangan pegang sudip*
5)Sebelum angkat bubuh sedikit serbuk perasa ,pandai -pandailah stabilkan rasa ye
Nampak tak disitu betapa garingnya telur dan bahan tumisan yang lain.


Sedapnya sawi bila campur dalam nasi goreng kampung . Mungkin tak semua jenis sawi  sedap. Aku guna ni sawi cameron ,beli kat Tesco .


Aku ni,kalau bab presentation memang selalu  hancur












Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday, 18 September 2014

Jemput jemput udang kering campur kentang bekal pergi menoreh getah

18 September 2014, Khamis...Jemput jemput udang kering ni makcik senah buat  hari sabtu minggu lepas  tapi  baru hari ni makcik  senah  teringat nak update dalam blog. Sebelum ni makcik senah pernah buat entry jemput -jemput kentang bubuh ikan bilis  (tekan SINI) tapi kali ni  makcik senah cuba bubuh udang kering  pulak.  Alhamdulillah, percubaan yang tak menghampakan, "jemput -jemput sedap, anak dengan suami pun sayang" please take note, tagline   kini dalam proses untuk dipatenkan .Saper curik  tag line makcik senah siap!!! : )  Okeylah, makcik senah tak boleh lama kat sini  banyak lagi pokok getah yang belum  ditoreh.. Makcik senah mintak diri dulu la ye..

RESEPI JEMPUT-JEMPUT UDANG KERING CAMPUR KENTANG
Bahan-bahan
1)1 biji kentang [dipotong  dadu]
2)300gm tepung gandum
3)1  biji bawang holand sederhana besar[dihiris nipis]aku campur  dua tiga biji bawang merah kecik
4)Udang kering  sengenggam[dicuci berseh dan dikisar sederhana halus mengunakan pengisar kering]
5)Air secukupnya untuk membancuh tepung gandum
6)1/2 sudu kecil baking powder
7)Garam dan serbuk perasa secukupnya
8)Minyak masak secukupnya untuk mengoreng
Cara menyediakannya
1)Satukan tepung gandum,garam,baking powder dan serbuk perasa dalam satu bekas.Kacau sekata
2)Masukkan hirisan  bawang besar , udang kering  kisar dan kentang dadu,bancuh jemput-jemput dengan air suam pastikan air jangan banyak ,bancuh sampai bancuhan tu kita boleh jemput dengan jari.
3)Goreng jemput -jemput dalam minyak panas hingga garing
RESEPI SOS PENCICAH
Bahan-bahan
1)15 tangkai cili kering[rendam dalam air panas dan kisar halus]
2)3 ulas bawang putih[kisar halus bersama cili kering]
3)Garam , gula dan serbuk  perasa secukupnya
4)3 sudu besar sos tomato kalau tak de pun tak pe[boleh diganti dengan sedikit cuka atau air asam jawa]
5)Sedikit bancuhan air tepung jagung untuk memekatkan  sos pencicah[1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan suku  cawan air]
6)Air secukupnya[lebih kurang  600ml]
Cara menyediakannya
1)Satukan semua bahan kecuali bahan no 5 ke dalam periuk. Biar agak mendidih.Kalau boleh guna api kecik dan sentiasa dikacau ye
2)Sebelum diangkat ,  masukkan bancuhan air tepung jagung.Kacau sekata
3) Tutup api dan angkat
Jemput jemput  udang kering campur kentang makcik senah.Anak bongsu makcik senah suka jemput jemput  yang  bertanduk, garing .Dia kata macam tu sedap.



















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday, 13 August 2014

Tepung goreng ranggup zaman sekarang VS tepung goreng original dolu dolu

Salam Syawal.........................

Saper suka makan goreng pisang ???angkat tangan. Saper suka makan goreng pisang cicah sambal belacan?? Jangan ketawa ye..yang suka makan goreng pisang cicah sambal belacan tu akulah orangnya. Okeyy. Aku nak tanya  ni, korang kan, kalau goreng pisang ke keledek ke keladi ke korang prefer guna  tepung goreng ranggup ke atau tepung goreng original dolu dolu (tepung gandum plus tepung beras)? Kalau aku lah kan, aku prefer guna tepung goreng original dolu-dolu,  sebabnya
1) Aku tak berapa reti nak bancuh tepung goreng ranggup
2)Tak berapa suka serdak- serdak goreng pisang
3)Entahlah, aku rasa tepung goreng ranggup macam banyak serap minyak
Tapi apa apa pun tepuk dada tanya selera, semua tu terpulang pada selera masing-masing.Setiap orang selera berbeza -beza jadi  please lah  respect each other selera , barulah cool
*please respect omputih tahap A level aku *


 Aku dengan bangganya mengunakan tepung gandum bunga cempaka.Wahai blue key , cap sauh ampunkanku.

Berhati-hati memilih pisang. Pisang yang comel , berkulit halus mulus tidak semestinya  menjanjikan rasa pisang yang sedap manis dan lemak berkrim .Kadang-kadang  pisang yang tak berapa nak comel dan berjeragat tulah yang sedap tapi yang pasti sekarang ni, susah dah nak dapat pisang mentah especially pisang nangka.

 Bancuhan tepung goreng pisang original dolu dolu


Bahan -bahan
1)Tepung gandum
2)Tepung beras
3)Sedikit garam
4)Sedikit gula
5)air
Kuantiti tepung bergantung kepada kuantiti pisang
Cara menyediakannya
1)Satukan  kesemua bahan ke dalam satu bekas
2)Bancuh dengan air hingga mendapat kepekatan sesuai



Petang minggu tu kan hujan,perghh sedap gilerrr waktu hujan  makan goreng pisang.


















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday, 1 July 2014

Resepi tempura ayam mudah disediakan : koleksi juadah kegemaran keluarga

Entry tertunggak 6  June 2014, adalah  harijadi adik yang ke 9 tahun,masa ni aku cuti , adik suruh cuti .Aku layankan je. .Tahun ni tak de sambutan besday  untuk adik. Adik tak kisah dia cuma nak kek besday je. Kelakarkan adik.Balik keja petang tu,aku terus buatkan dia besday kek .Kemain happy  dia dapat besday kek, double happy bila dapat tiup lilin, .Sejujurnya,walaupun realitinya besday kek  adik  tak berapa nak semenggah tapi tak pe ,yang penting dalam instagram nampak semenggah dan cantik gilerrrr. Jangan maree.

Masak masak  masa cuti sempena  harijadi adik : ),brekpes aku buat mee goreng dan tempura ayam
RESEPI TEMPURA AYAM
Bahan-bahan
1)2 keping dada ayam [cuci berseh dan buang tulang kemudian dicincang  hingga lumat.saper ada pengisar boleh guna pengisar.
2)Campurkan sedikit parsley, oregano, serbuk lada sulah dan garam di dalam sebuah bekas
3)Tepung gandum[Gaul dengan sedikit serbuk black pepper ,secubit kecil garam dan sesudu kecil baking powder]
4)Bancuhan 1biji telur
5)Minyak  masak secukupnya untuk mengoreng tempura ayam
Cara menyediakannya
1)Masukkan isi ayam cincang dan bahan no 2  ke dalam sebuah bekas[Gaul sebati]
2)Buatkan bentuk yang korang suka.Proses ni agak melekat dan melekit sedikit ,tambah  tepung gandum supaya mudah membentuk tempura .
3)Celupkan tempura dalam bancuhan telur kemudian gaulkan salut dengan sedikit  tepung gandum
4)Goreng dalam minyak panas hingga garing dan keemasan
Done,my tempura ayam
Ko ado brekpas mee goreng dan tempura ayam
Besday boy sedang khusyuk makan mee goreng bersama tempura ayam










Tarikh : 6 June 2014,Friday
Lokasi : Rumahku Syurgaku


















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday, 14 May 2014

Resepi roti telur ,breakfast mudah dan sedap.Tua muda kecik besar pasti suka

Tajuk mengilerrrr tak henggat orang belakang.ha ha ha  tak pelah  nak mengilerrr kat blog sendiri, lagi pun tajuk aku sesuai kot .. amboiii  naik lift tekan sendiri kew.Zaman sekarang ni biasalah , naik lift tekan sendiri, nak tunggu orang lain tekan memang lambatlah.ahh lupa pulak, ada satu benda aku nak bagitahu korang semua.(Kalau tak nak tahu pun aku nak bagitahu jugak) Korang perasan tak semenjak dua menjak ni aku macam rajin je update blog . comelkan aku??? ha ha ha .Haish  merapu  tak jadi keja nanti , cukuplah merapu setakat ni. Jika ada yang ingin mencuba roti telur aku ni  dipersilakan ambik  resepi ye cau cin cau




RESEPI ROTI TELUR

Bahan-bahan
1)Roti sandwich[aku guna roti gardenia]
2)Telur[kuantiti telur bergantung pada kuantiti  roti]
3)black pepper & lada sulah
4)Mixed herbs
5)sedikit butter
Cara menyediakannya
1)Lubangkan bahagian tengah roti
2)cairkan sedikit butter di atas non stick pan,letakkan roti tadi
3)Pecahkan sebiji telur di tengah roti yang telah Dilubangkan tadi
4)Percikan sedikit mixed herbs & black pepper atas telur.Biar telur sedikit masak.Tutup api ,sedia untuk dihidang

Aku masak roti telur  atas chefal  Cosway

 Roti telur adik.Amboi terserlah ketembaman pipi  adik loyot gitu


 Roti telur aku. Usia macam aku ni cukuplah makan sekeping  sehari ye dak.


Mantap tak roti  telur aku?Roti ni aku makan waktu petang.Boleh gitu.












Tarikh : 13 May 2014,Selasa
Lokasi : rumahku syurgaku



















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday, 1 April 2014

Top 5 Bihun goreng kampung, resepi mudah ,sedap dan mantop ..............


Bihun goreng kampung, ko ado, tajuk harus mantop nyah,kalau tak  sendulah blog aku ni. Saperlah aku ni  kennn ,hanya   blogger picisan  yang tak fofular dan  tak terkejar-kejar nak jadi  fofular cuma nak kejar pendapatan melalui   Nuffnang .Aku tak nak tamak dapat dalam  RM1000 sebulan pun jadilah....cehh wahhh *tangan kat dada dalam mata ada  RM* , Tapi dalam sibuk sibuk  mengejar  RM, InsyaAllah aku tak akan  sesekali lupa tujuan asal aku  berblog. Puiii makcik, tak habis habis cite pasal Nuffnang mesti korang muntahkan.Jom kita cite  pasal bihun goreng kampung

Resepi bihun goreng kampung ko ado


Bahan-bahan
1)Sebungkus bihun[direndam hingga kembang]
2)Sengenggam udang kering[dicuci berseh dan ditoskan airnya, kemudian  dikisar kering]
3) Sengenggam taugeh[dicuci berseh dan dituskan]
4)4 tangkai daun kucai[dipotong sederhana halus]
5)4 tangkai sawi[dicuci berseh dan disiang]
6)15 tangkai cili kering[dikisar basah]
7)4 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih[dikisar kering]
8)1 sudu besar gula ,garam dan serbuk perasa secukupnya
 Cara-cara menyediakannya
1)Panaskan  minyak  dalam kuali.Masukkan  bawang kisar , tumis  hingga wangi dan agak garing
2)Masukkan udang kering kisar diikuti dengan cili kisar, tumis hingga pecah minyak
3)Masukkan 1 sudu besar gula, garam secukupnya dan  sawi[kacau sekejap]
4)Masukkan bihun yang dah ditoskan airnya , goreng sehingga keluar aroma wangi
5)Masukkan daun kucai dan taugeh, kaup balik sekejap dan terus tutup api.
6)Akhir sekali perasakan dengan serbuk perasa, kacau sekata.Tutup api

Goreng guna api sederhana dan sentiasalah dikacau ya

Jemput makan semua ,  jangan malu malu ye. Cuba jangan tak cuba , rugi kalau tak cuba , sedap nok.













Tarikh : 30 March 2014, Ahad
Lokasi : Rumahku syurgaku











Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday, 31 March 2014

mee goreng bujang, resepi mudah dan sedap

Korang mesti peningkan tengok header aku dalam dua tiga hari ni asyik bertukar je. Blog malas nak update tukar header blog  rajin pulak, apa nak jadi  dengan aku ni woii. Sedih mak ,....banyak draft entry tak publish, mana tidaknya  asyik buat entry baru je. Korang perasan tak sekarang ni aku dah makin jarang  update blog he he he ,agaknya selagi cek Nuffnang tak sampai kat tangan  ni selagi tu aku rasa tak bersemangat  nak update blog  kot  kah kah kah   Tak moh lah cite pasal tu, bowing, jom kita cite pasal mee goreng.

RESEPI MEE GORENG BUJANG(bujang sangat)
mee goreng bujang ni  simple je,bahan-bahannya pun mudah untuk dicari. Amat sesuai pada mereka yang bujang yang tidak punya banyak masa untuk masak.


fish cake tu kalau boleh hirislah nipis cenggini
Bahan -bahan 
1)Sepaket mee kuning[dibilas dengan air dan dan dituskan]
2)4 tangkai sawi[dicuci berseh dan disiang]
3)segenggam taugeh[dicuci berseh dan dituskan]
4)3 batang fish cake[dihiris nipis]
5)4 tangkai daun kucai[dipotong sederhana halus]
6)5 tangkai cili kering , 4 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih[dikisar basah]
7)*1 sudu besar kicap pekat  & 1 sudu besar sos tiram , 1 sudu besar kicap kipas udang lemak manis dan 1/2 sudu kecil lada sulah
Cara-cara menyediakannya
 1)Panaskan  minyak di dalam kuali, masukkan  bahan kisar dan tumis  hingga wangi &  pecah minyak
2)Masukkan fish cake, sawi  diikuti dengan mee kuning [kacau sekata]
3)Masukkan bahan bertanda bintang[kacau sebati sampai mee masak]
4)Akhir sekali masukkan daun kucai dan taugeh, kaup balik sekejap dan terus tutup api.

Masa menumis guna api sederhana dan sentiasalah dikacau ya
mee goreng bujang sedia untuk dimakan
Sesekali layan mee goreng dengan teh O panas ,sorga.

Layan jugak pekena  mee goreng dengan  Ayam bob . Ayam ni  baki  aku beli dari pasar malam khamis KRU



Tarikh : 28 March 2014, Jumaat
Lokasi : Rumahku syurgaku










Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday, 4 February 2014

Air sirap orang kahwin


Hari ni aku dengan akak  ajar adik bawak basikal  di kawasan rumah aku. Kawasan rumah aku ni masih lagi ada aura desa makanya seronoklah sikit untuk budak yang baru nak belajar bawak basikal. Syukur Alhamdulillah setelah hampir 4 jam adik berusaha tanpa penat dan jemu  belajar bawak basikal ,akhirnya adik berjaya mengemudi basikal tanpa bantuan sesiapa.Akhirnya segala penat lelah adik,akak berbaloi.... Adik akak jom kita brekpes .

Nampak sangat  adik kepenatan dan kehausan, saampai je kedai makan selepas  melabuhkan punggung dia terus bagi tahu aku yang dia nak  minum. Aku pun silap masa keluar rumah tadi tak ingat nak bekalkan dia air minuman, al-maklumlah excited sangat nak ajar anak bawak basikal sampai  benda sepenting tu pun boleh lupa. Berbalik pada cerita adik nak minum,aku tanya dia 

Aku : adik nak minum air apa?

Adik : air mirinda tapi tak takde gas

Aku : Adik, mana ada air mirinda tak de gas?

Adik : ada......adik pernah minum air  warna merah  tak de gas tu
Aku : okey....okey.... bagitahu mak kat mana adik minum air macam tu????

Adik : mak ingat tak  air merah kat rumah orang kahwin; air tulah adik cakap pernah minum

Aku & akak : la cakaplah air sirapppppp

Adik : bukan air siraplah mak, air  mirinda takde gas.Firdaus tak nak air sirap

Adik manis pelayan kedai datang ambik order

Aku : adik bagi air mirinda  (aku sebut perlahan air sirap sambil kenyit mata kat pelayan kedai)
saje je aku bagi hati adik syok sikit..................
      
Adik  beradik kepenatan dan kehausan
Akak makan nasi lemak dengan telur goreng dan milo ais
Adik makan nasi lemak ayam goreng bersama  air mirinda tak de gas.kah kah (air sirap) 
Jarang sangat aku sarapan lontong tapi sesekali dapat makan aku  tak akan lepaskan peluang bedal lontong dengan sambal sotong dan telur mata kerbau.



Sunday, 19 January 2014

Nasi lemak nescafe 0 ; jom buat nasi lemak

Mata aku ni bukan kenal cuti  hujung minggu atau cuti umum, cukup je masa otomatik dah  terjaga. Pagi ni pukul 5 aku dah terjaga. Alang -alang bangun awal ni, aku terus masukkan kain baju kotor dalam washing machine. Sementara  menunggu kain baju dalam washing machine siap untuk dijemur, aku sempat buat nasi lemak. Motip;mak saje lah  nak bagitahu yang  mak dah ada washing machine otamatik. Kebetulan yuyi  beli washing machine baru jadi washing machine lama dia jadi hak mutlak mak. Washing machine dia tu tak lama mana pun, kalau tak silap aku baru ja pakai dua tahun.Haishhhh kat luar cuaca tengah panas baik aku pergi sidai kain baju.

Jom chekidaut my nasi lemak,beratus kali pun  buat nasi lemak aku  mesti nak tepek kat sini kan. Thank you my lovers, fans, haters & skodengs  blog makcik tempe tanpa uolls saper makcik tempe .I love uolls , because uolls my Nuffnang earnings mencecah RM500+++ campur gov tax ha ha ha ha

 hirisan timun
 telur rebus
 ikan bilis goreng wajib ada 
Bahan-bahan
1)3 cawan beras
2)Santan secukupnya
3)3 helai daun pandan[disimpul]
4)1/2 cm halia
5)Garam secukupnya
cara menyediakannya
1)Cuci beras sampai bersih
2)Campur santan , daun pandan, halia ke dalam beras .Perasakan dengan garam
3)Masak nasi seperti masak nasi biasa
 Sambal nasi lemak
Bahan-bahannya
1)segenggam Ikan bilis goreng
2)20 tangkai cili kering-[direndam dalam air panas dan dikisar kering]
3)asam jawa sebesar ibu jari-dibancuh dengan sedikit air
4)1 labu bawang besar[dihiris bulat-bulat]
4)7 ulas bawang merah kecik[dihiris dan dikisar sederhana halus mengunakan pengisar kering]
5)1/2 inchi belacan [kalau tak suka jangan letak]
6)Gula , garam dan secubit serbuk perasa
Cara menyediakannya 
1) Panaskan minyak, tumis bawang kisar hingga agak garing-guna api sederhana
2)Tumis cili kisar hingga pecah minyak-tumis agak lama-guna api sederhana
3)Masukkan belacan-tumis lagi
4)Masukkan air asam jawa-Pastikan guna  api perlahan dan sentiasa mengacau hingga sambal menjadi pekat
5) Masukkan lebih kurang dua sudu besar gula-kacau sekejap
6) Masukkan garam dan secubit perasa-seimbangkan rasa
7)Masukkan hirisan bawang besar-kacau sekata
8)Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng-kacau sekejap, tutup api dan sedia untuk dihidang
Jemput makan nasi lemak.










Tarkh : 19 January 2014, Ahad
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : Sarapan pagi






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday, 14 January 2014

Maggi goreng jangan pandang sepi; jom buat maggi goreng ayam....

Kalau diberi pilihan antara maggi berkuah dan maggi goreng,aku pilih maggi berkuah.Tetapi memandangkan aku nak jadi  isteri mithali maka kenalah  utamakan tekak suami kan.  Biasalah bila kita dah kahwin, selera tekak sendiri tidak lagi menjadi keutamaan.Aku percaya  para ibu di luar sana bijak, kebanyakkan mereka   peka dan tahu  apa makanan kegemaran  suami dan anak-anak. Percaya tak adakalanya para ibu ni rela memendam keinginan untuk menikmati makanan kegemaran mereka demi untuk  memenuhi tuntutan selera tekak anak-anak . Lihatlah wahai   anak-anak betapa kalian adalah insan paling istimewa di dalam hidup insan yang bernama ibu. Cakap pasal ibu ni tetiba aku teringat dengan arwah mak, Pejam celik pejam celik hampir  18 tahun  arwah mak pergi meninggalkan aku. Walaupun masa  kecilku tidak seindah dan semewah orang lain  namun aku bangga mempunyai seorang mak yang sanggup berkerja keras membanting tulang 4 kerat demi untuk membesarkan kami adik beradik. Sejujurnya, Pengalaman hidup masa lalu membuat aku lebih menghargai kehidupan. Entahlah, setiap kali  teringat arwah mak , aku tak mampu menyembunyikan kesedihan ni. Percayalah mak,,hari demi hari yang aku lalui tak pernah sedetik pun hatiku melupai mak. woiiiiii woiiiiiiiiiii makcik tempe wake uplah,much dramalah u ni. Maafkan makcik ye anak-anak ,makcik terlebih sudah.

Mohlah kita buat maggi goreng ayam

Resepi maggi goreng ayam, ko ado?????
Bahan-bahan
1)3 bungkus maggi kari[celur sampai lembut  dalam air panas mendidih. Curahkan air sejuk dari  peti ais ke atas maggi sejurus  selepas dituskan, kemudian gaulkan dengan sedikit minyak bijan .Ketepikan.
2)1 biji tomato[dipotong baji]
3)1/2  batang carrot [kupas kulit dan potong baji]
4)4 ulas bawang putih & 4 ulas bawang merah [dihiris & dicincang]
5)2 biji telur
6) 1 1/2 bungkus perencah maggi kari
7)dua ketul ayam goreng [dipotong sederhana besar]
Cara menyediakannya
1)Panaskan dua sudu besar minyak masak plus 1/2 sudu besar minyak bijan dan tumis bawang hingga naik bau dan agak garing
2)Tumis tomato dan carrot hingga empuk
3)Pecahkan telur dan kacau telur hingga hancur , biarkan agak garing
4)Masukkan maggi diikuti dengan perencah maggi kari, kacau sekata
5)Akhir sekali masukkan ayam goreng dan kacau rata sebentar
6)Tutup api dan sedia dihidang
Aku syak teknik mencurahkan air sejuk dari peti ais ke atas  maggi yang telah dicelur akan menyebabkan tekstur maggi menjadi kenyal .
Untuk mendapatkan maggi goreng yang rasa tidak hanyir pastikan  telur garing sepenuhnya 
Maggi goreng ayam yang telah sedia untuk dihidang
Maggi ayam goreng
ko ado maggi goreng telur mata kerbau pulak
Adik suka makan maggi goreng telur mata kerbau







Tarikh : 11 January 2014,Sabtu
Lokasi : Rumah Sendiri













SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL TAHUN 1435H/2014




























Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Sunday, 12 January 2014

jom buat sarapan pagi ; roti sardin

Biasalah aku ni, bila tengah peod mula rasa  tak sedap perut, badan waima segala-galanyalah tak sedap. Otak ni dah  tak boleh fikir apa-apa sampaikan tak de idea nak buat sarapan apa  pagi ni. Nasib baik aku teringat beberapa keping  roti sandwich Massimo baki malam tadi dan   sardin makerel cap baki minggu lepas dalam peti ais, apalagi terus buat roti sardin. Syukur Alhamdulillah, habis, biasalah kalau pedas laju je dorang makan.

 Bancuhan telur yang telah dibancuh dengan sedikit garam dan mixed herb
Bahan-bahannya
1)2 biji telur[kacau dengan sedikit garam & mixed herb]
2)sedikit butter
3)sebiji bawang merah sederhana besar[dihiris]
4)setin kecil  sardin makerel cap ayam [dilenyek-lenyek]
5)5 tangkai cili api [dihiris halus]
6)2 biji limau kasturi[dibelah dua]
7)1/2 sudu besar mayonis
8)10 keping roti sandwich massimo
Cara menyediakannya
1)Gaul sebati sardin yang telah dilenyek dengan hirisan cili api , hirisan  bawang besar, sedikit garam dan mayonis .Akhir sekali perahkan limau dan kacau sekata.
2)Sudukan inti sardin ke dalam roti, kemudian lipat.Buat hingga habis
3)Panaskan chefel, cairkan sedikit butter .Celup satu  persatu roti sardin ke dalam bancuhan telur kemudian masak dalam chefel  hingga kedua belah bahagian roti garing.
Sardin yang telah siap untuk diisikan ke dalam roti 
Roti  massimo sandwich
Roti sardin yang sedia untuk dimasak dalam chefel
Roti sardin yang sudah siap dimasak
Menu tambahan ; mushroom soup. ko adooooooooo






SELAMAT MENCUBA






Tarikh : 12 January 2014, Ahad
Lokasi : Rumah sendiri







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .