Salam Jumaat,
Assalamualaikum.Tengah buat apa tu? Hurmmmm bercinta cik senah nak pergi kerja hari ni. Almaklumlah semalam Selangor kan cuti . Pakkal cuti tahun cik senah dah habis,kalau tak mau cik senah cuti hari ni. Hurmmm kemain bercinta semalam cik senah bawak adik tengok movies kat MBO Subang Parade ,tak henggat . Alah, sekarang ni kan cuti sekolah okey kut bawak anak tengok movies . Enjoynya adik, minggu lepas tengok Movie Big Hero, semalam pulak tengok movie Penguin of Madagascar .Dalam minggu ni je dua kali dah cik senah belanja adik tengok movie. Double enjoy lepas habis tengok movie penguin of madgascar cik senah bawah adik makan...Makan mana nanti cik senah cerita ye .Muah cikit.
Okey , berbalik pada tajuk entry cik senah, Petang semalam cik senah membako kek butter sementara menunggu cite kiwak (as per my fren) bila hati berbicara habis tu tak kiwak bila jalan ceritanya meleret pada setiap plot.hehehe
Saper berminat dengan kek butter boleh ambik resepi dibawah.
RESEPI KEK BUTTER
Sumber resepi : Instagram @dapursumeizi
Bahan-bahan
1)250gm Butter[cik senah guna SCS salted butter]
2)1 atau 1/2 cawan gula castor[cik senah guna 1/2 cawan]
3) 4 biji telur[cik senah guna 3 biji telur size extra large]
4)1/2 cawan susu pekat
5)1/2 tsp essen vanilla
6)2 cawan tepung kek [cik senah guna self raising flour blue key]
Cara menyediakanya
1)Panaskan oven 160-170' celcius
2)Pukul butter dan gula hingga kembang
3)Masukkan telur dan putar hingga kembang [sue aka @ dapur suemiezi putar guna blender, cik senah guna mixture]
4)Masukkan tepung kek, putar pada tahap 1
5)Masukkan susu pekat dan essen vanilla
6)Masukkan dalam loyang dan bakar lebih kurang 45 minit
Tepung naik sendiri sumbangan hari raya tahun lepas dari majikan , cik senah baru guna semalam. Sebenarnya tepung ni dah lama dah cik senah bagi yuyi tapi minggu lepas cik senah ambik balik.Hopefully siku cik senah baik baik saje : )
kek butter cik senah dalam proses pemontokkan
Sekali hadap tinggal separuh kek
Musim hujan macam ni layan kek butter dengan secawan nescafe panas perghhh sedap sampaikan kucing mengiow kat tepi pun tak perasan
Okey kengkawan semua, cukup setakat ni je untuk hari ni. Akhir kata, majulah bola sepak untuk negara : )
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .