Showing posts with label Twitter. Show all posts
Showing posts with label Twitter. Show all posts

Sunday, 10 April 2016

Perkara rawak ; diari digital


Salam Sabtu,


Suatu waktu dahulu, cik ina seorang penulis diari yang tegar. Setiap hari ada je benda nak tulis dalam diari.

Diari ,menjadi tempat  cik ina mencurah  rasa dan suka duka kehidupan sebelum aktif berblog . Diari tahun 2002 hingga 2013 ni, masih dalam simpanan cik ina. Sayang nak buang, saje buat kenangan. Semenjak mula berblog  sekitar tahun 2009, cik ina mencurah segala rasa di blog.  Blog ni umpama first  diari digital buat cik ina sepanjang terjebak dalam dunia maya. Sekarang  ni, tak tulis diari dah no more. Diari cik ina buat buku mencatat hutang piutang, perbelanjaan harian dan hal-hal penting & tarikh penting terutama tarikh peod je.huk huk huk huk



My second diari digital, Instagram. Lagi 10 followers  untuk cukup 1000 followers. Tak reti -reti nak follow.huk huk huk

 15 Feb 2014, cik  ina mula berjinak -jinak dengan instagram. Sejak tu cik ina  mula abaikan blog. Dalam tak sedar, berlambak entry bergambar dan entry tanpa gambar masih kekal  dalam ruang draft.Sedih

Salah satunya adalah gambar sekitar majlis merisik anak sulung cik ina, cik yuyi & En.ayun. Selepas hampir 6 tahun menyulam cinta, finally......cik yuyi dirisik oleh En.Ayun dalam majlis serba sederhana pada 20 Sept 2014, lokasi majlis seriously cik ina lupa  Macam tak percaya nok, mak dapat menantu.




Cik ina tak dapat nak kongsi lebih- lebih  majlis merisik cik yuyi .  Cik ina kena hormat privacy cik yuyi.


Majlis pernikahan cik yuyi telah berlangsung  pada 18  Sept 2015 hari Jumaat  di Masjid Negeri Shah Alam.




Satu - satunya gambar masa nikah cik yuyi yang cik ina update dalam instagram cik ina


Anak lelaki cik ina no 3, menjadi orang penting dalam majlis pernikahan cik yuyi

Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa menjadi satu. Melangkah ke alam perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah. Ada banyak benda dalam hidup  kita kena korbankan. Perbezaan itu indah, belajar untuk saling mengenali, saling memahami dan saling bertolak ansur.

Majlis persandingan cik yuyi telah berlangsung dalam keadaan serba sederhana pada 19 sept 2015 hari sabtu di Laman kayangan Shah Alam.



Lagi gambar orang penting sebelum majlis persandingan berlangsung.






Kredit gambar pernikahan & persandingan cik yuyi & En.Ayun kepada







Syukur Alhamdulillah, selesai sudah entry majlis perkahwinan anak sulung cik ina , cik yuyi walaupun tidak secara terperinci tapi okeylah kan. Cik ina harap semua yang  menjenguk ke sini puas hati. Sekian, terima kasih.










Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Friday, 18 April 2014

Tips ngetop ; Cara mudah meningkatkan pengunjung blog; entry khas untuk blogger pemalas tahap cipan nak update blog

Tajuk yang ado...dah lama tak update blog  .Ko mampu tetiba update  0 entry "cara mudah meningkatkan pengunjung blog". Mamposs  terbako blogger  kat luar sana  bila terbaca tajuk entry aku ni . Ada aku kesah , rasanya tak salahkan  blogger senior ceh wah senior  tetiba baik hatilah sangat nak bagi tips  kat blogger seangkatan . Blogger baru duk diam-diam kat tepi sana ye   . Bagi blogger   sendu pemalas tahap cipan  bukan mudah nak dapat visitor  yang  beribu-riban sehari  terutama unik visitor . Setelah menjalankan kajian secara membuta tuli  terhadap instagram dan twitter  cehh wahh, aku dapat satu kesimpulan bahawa  dua rangkaian laman sosial ini  sedikit sebanyak membantu kita untuk meningkatkan lagi jumlah pengunjung  blog kita .jadi pada  blogger yang  malas nak update blog tapi  masih berkeinginan untuk meningkatkan pengunjung blog,caranya sangat mudah . tak perlukan modal bagai , kengkawan hanya perlu

1)buka akaun twitter

2)buka akaun Instagram


  kalau tak de  aral melintang sekurang-kurangnya  sehari   2 & 3 gambar aku tepek kat instagram . Setiap kali update aku  terus tekan button share to  facebook & twitter .





Okey tenang kengkawan, setelah  selesai  membuka akaun Instagram serta  mengemas kini  apa yang yang patut, kengkawan  hendaklah  menyediakan dua  ruangan untuk instagram dan twitter   kat pages didalam blog kengkawan  -Rujuk anak panah berwarna  merah menunjukkan  ruangan untuk instagram makcik manakala anak panah berwarna  cokelat menunjukkan ruangan untuk twitter makcik. "Untuk pengetahuan kengkawan"   kebanyakan orang di luar sana  terutama pengguna  instagram suka terjah  instagram  rakan blogger melalui link instagram diblog. The moral of the story Jika malas nak update blog, upadate je instagram,InsyaAllah  anda pasti mendapat jumlah pengunjung yang  sama banyak seperti ketika anda rajin update blog



Sedih , terpaksa bergandingan semula dengan chow yuen fatt  kekasih gelap aka kekasih awal dan akhirku  bagi mengelak diganggu   lelaki mantop, lelaki jual ubat kuat , lelaki tunjuk anu, lelaki gersang , lelaki nak kahwin lebih dari 4, &  lelaki yang suka judge a makcik by its skirt,  whatever di Instagram


Selamat tinggal avatarku yang lama
















Okeylah kengkawan cukup setakat ni je lah entry aku , akhir kata majulalah instagram  dan twitter  untuk blog






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .