Showing posts with label iklan. Show all posts
Showing posts with label iklan. Show all posts

Saturday, 20 June 2015

Rahsia adik kekal bertenaga sepanjang bulan ramadhan

Salam ramadhan,


Bukan rahsia kak ton ye, rahsia adik .Syukur Alhamdulillah hari ni dah  masuk hari ketiga kita berpuasa. Kengkawan tengah buat apa tu? Cik ina tengah update blog. Hehehe. Lepas sahur dan buat apa yang patut buat cik ina terus tidur  dengan adik sampai pukul 11. Bangun tidur terus kemas rumah ,lepas tu basuh kasut sekolah adik. Adik pun tolong  cik ina kemas rumah sekali. Salute adik .bertenaga sungguh dia  dalam bulan puasa ni .Kalau nak bertenaga macam adik , boleh amalkan minum jus tok guru dan makan kurma semasa sahur.


Dah hampir setahun adik amalkan minum jus tok guru,Alhamdulillah adik tak mudah letih dan  takde lagi mengantuk kat sekolah walaupun malam dia  tidur  lewat .


Adik memang tak pernah miss makan kurma semasa sahur dan berbuka puasa.


Adik masa sahur hari pertama puasa. Suker tau tunjuk gigi.















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday, 11 June 2015

Koleksi sarapan kegemaran keluarga ; sandwich ala benjo


Salam hari khamis,

Rasanya dah lama cik  ina tak tepek  resepi dekat sini. Hari ni tetiba gedik nak tepek resepi sandwich ala benjo yang cik ina buat untuk sarapan pagi tadi. Resepinya mudah, sedap dan
berkhasiat (berkhasiat cara cik ina do do cheng  lah kan)

Resepi sandwich ala benjo
Bahan-bahan
1) 6 keping roti massimo dengan  germa gandum  dibakar  depan belakang, kalau boleh sedang sedang garing .Ketepikan.
 

2)3 biji telur , digoreng mata kerbau.Ketepikan.
3)Sedikit hirisan timun
4)sedikit hirisan bawang holland
5)Majerin
6)Mayonis
7)Sos cili


Cara menyediakannya
1)Susun roti dalam pinggan.Susunkan sebelah menyebelah
2)Sapu mayonis  pada sekeping roti,lagi sekeping sapukan majerin.Letak telur mata kerbau.Susun  hirisan timun  serta hirisan bawang diatasnya.Akhir sekali letakkan sos cili.
3)Katupkan roti .Jika suka boleh potong 2.


Sandwich ala benjo sedap dan mudah dibuat.Jangan  tak cuba.













Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday, 6 April 2015

Cendol Bakar Auntie Sue Teras Jernang Bangi, mu tunggu aku datang


Salam Isnin,


Dua minggu yang lepas selesai membeli barang keperluan majlis perkahwinan peringkat pertama di Bangi, bakal besan ajak singgah makan cendol bakar auntie sue di Teras Jernang.Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, cik senah terus setuju dengan ajakan bakal besan. Kali pertama cik senah & family makan cendol   CB Auntie Sue confirm sedap tu  bulan lepas di Dengkil.  cik senah pernah cerita dekat [SINI], kan. Untuk pengetahuan semua CB Auntie Sue Teras Jernang, Bangi yang kami pergi ni ialah cawangan  CB Auntie Sue  yang keempat  dan baru dibuka  pada 13/2/2015 .


 
 Cendol Bakar Auntie sue cukup sinonim dengan banner besar

 Pilih yang mana satu idaman tekak: Macam-macam jenis cendol bakar ada, CB durian , CB pulut,  CB Tapai, CB durian + pulut, CB cendol bakar, CB tapai +pulut, CB jagung .
    

Haippp,biasa lagi tangan dia tu.Kalau ya pun nak makan ,tunggulah mak ambik gambar dulu(blogger oh blogger)hahaha.
Cucur udang CB Auntie Sue confirm sedap.Walaupun  di luar hujan  , namun itu tidak sedikit pun  mematahkan semangat pelanggan yang sedang menanti giliran untuk menunggu meja makan yang kosong

 

Laksa pun ada, tunggu apa  lagi ,jom pakat mai makan cendol bakar  Auntie Sue confirm sedap.







Cendol Bakar Auntie Sue
Jalan Teras,Kampung Teras Jernang
43650 Kajang, Selangor
019-6428684










Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday, 9 December 2014

Cucur Udang & Cendok bakar Auntie Sue perghhh sedap

Salam Selasa,

Assalamulaikum. Apa khabar semua.Harap korang semua sihat walafiat.Korang rindu dengan cik senah tak? Haruslah rindu cik senah  200% kan. Okeylah ,cik senah nak cerita  aktiviti  cik senah& co sabtu hari tu.  Cik senah punya besanlah baik hati  belanja nasi lemak air tangannya. Korang semua jangan tanjat cik senah mention besan dan bakal asben yuyi dalam cerita kali ni .Esok lusa bila senang cik senah cerita noh. Berbalik cerita pasal nasi lemak beras,Jadi lepas ambik adik dari kelas agama yuyi terus bawak kami ke rumah besan. Sampai rumah besan lebih kurang pukul 1,tak pandang kiri kanan cik senah bedal hampir 2 pinggan nasi lemak  sambal sotong besan. Selepas cik senah tersandar kekenyangan hampir 2 jam, beras dan bakal asben  yuyi ajak  pekena Cendol Bakar Auntie Sue  Dengkil pulak.Pucuk dicita ulam mendatang  , dengar cendol terus cik senah lupa somi kat rumah.


 Kalau tak silap cik senah rombongan cik senah sampai lebih kurang pukul 4 di Cendol Bakar Auntie Sue  Dengkil. Sampai je di sana peserta rombongan diberi taklimat  tentang sejarah penubuhan Cendol Bakar Auntie Sue *woiii cik senah ko ingat ni rombongan ke Melaka ke? .hehehe tergelincir dari landasan pulak.Cik senah & co di jamu dengan CB durian pulut & CB jagung serta bihun udang dan CB cucur udang.perghhhh sedap,kucing mengiow giow kat belakang pun tak dengar.


  Beraneka cendol ada di Cendol Bakar Auntie Sue Dengkil dan di cawangannya yang lain , antaranya CB (stand for Cendol Bakar), CB durian pulut, CB tapai pulut, CB tapai, CB jagung, CB durian & CB pulut. Cuba jangan tak cuba noh.



My lovely model memilih CB durian pulut 
CB Durian pulut, nalerke, isi duriannya sedap gilerr

Yuyi memilih CB Jagung, gabungan  jagung dengan cendol  memang terbaek nalerke

Makan CB durian pulut  & CB Jagung dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, pekena pulak CB cucur udang , kucing lalu kat belakang pun tak nampak. *auta betul cik senah ni, bukan sabtu tu  Dengkil  panas berdenting *






Besan perkenalkan cik senah & co dengan  bihun udang anje anje gerai sebelah




 cik senah baik hati nak belanja gambar kemeriahan hari pertama Cendol Bakar Auntie Sue Dengkil beroperasi.


 Cik senah belanja lagi satu gambar Cer teka saperkah retis yang sudi singgah di Cendol Bakar Auntie Sue Dengkil.



Pengurus Outlet: En. Farhan (019-3577370)
Lokasi: GPS Coordinate: 2.860007,101.692822


Jika anda dari arah:
Cyberjaya/Putrajaya
Lokasi:
Lalu lebuhraya besar yang menghubungkan LDP ke Putrajaya dan Cyberjaya menuju kearah Dengkil/Sepang/KLIA
(sama seperti jalan menuju KLIA/LCCT melalui jalan tiada tol yang biasa dilalui teksi)
(ia juga jalan yang sama menuju ke Sepang/Nilai daripada Putrajaya)
Jalan terus sehingga anda sampai ke penghujung lebuhraya
Dipenghujung lebuhraya, dihadapan anda hanya dua pilihan kiri ke pekan Dengkil dan kanan ke Kota Warisan/Sepang/Nilai/Klia. Ambil pilihan Kanan.
Terus anda akan melalui satu jambatan diatas tasik dan paya.
Terus sehingga anda sampai ke simpang empat yang ada traffic light.
Traffic light itu jika terus menuju Kota Warisan/Sepang/KLIA. Jika kiri menuju Bangi Lama. Jika kanan menuju pekan Dengkil.
Selepas traffic light jalan terus, dalam lingkungan 100 meter.
Outlet @Dengkil berada di tepi sebelah kiri anda

**********



MRR2Kuala Lumpur Waktu Operasi : 11am to 7pm setiap hari

Pengurus Outlet: Pn. Wina (018-9682866)
Lokasi: GPS Coordinate: 3.234237,101.723978

Jika anda dari arah:
1) Ampang/Taman Melawati/Taman Melati
Lalu lebuhraya MRR2 daripada arah Ampang/Tmn Melawati/Tmn Melati
Anda akan melalui Petronas dan McDonald Taman Melati disebelah kiri anda.
Selepas itu anda akan naik satu flyover.
Selepas flyover ada satu jambatan besar merentasi gaung. Pastikan berada di lane paling kiri di jambatan tersebut.
Selepas jambatan ada satu simpang kecil ke kiri, menuju ke dua buah stesen minyak Shell. Masuk simpang tersebut.
Outlet @MRR2 berada di sebelah kanan selepas masuk ke simpang tersebut, betul betul berhadapan dengan stesen minyak Shell

2) Batu Caves/Gombak
Lalu lebuhraya MRR2 daripada arah Batu Caves.
Jalan terus sehingga anda lalu melepasi simpang masuk ke Lebuhraya Karak/Kuantan/UIA, simpang ke Lebuhraya Karak itu berada disebelah kiri anda.
Jalan terus melepasi satu jambatan besar merentasi gaung. Outlet kami terletak bertentangan dengan sebelum jambatan (anda kena U-turn sebentar lagi)
Selepas jambatan tersebut, pastikan anda di lane kiri.
Anda akan nampak satu simpang naik flyover kiri menuju ke Taman Melati. Naik flyover tersebut dan buat pusingan U. (u-turn)
Terus melepas jambatan besar tersebut semula dan pastikan anda di lane paling kiri.
Selepas jambatan ada satu simpang kecil ke kiri, menuju ke dua buah stesen minyak Shell. Masuk simpang tersebut.
Outlet @MRR2 berada di sebelah kanan selepas masuk ke simpang tersebut, betul betul berhadapan dengan stesen minyak Shell


**********

SEMENYIHSelangorWaktu Operasi : Isnin-Jumaat: 10am to 7pm / Sabtu-Ahad : 8.30am to 7pm

Pengurus Outlet: En. Fazlee (019-6428684)
Lokasi: GPS Coordinate: 2.944985,101.848224

Jika anda dari arah:
1) Kajang
Katakan anda daripada Pekan Kajang.
Lalu Jalan Besar Semenyih dari Pekan Kajang terus menghala ke Pekan Semenyih - Seremban
Sepanjang perjalanan ke Semenyih anda akan melewati tempat-tempat berikut:-
High School Kajang di sebelah kiri
Sekolah Menengah Teknik Kajang di sebelah kiri
Klinik Kesihatan Kajang di sebelah kiri dan bertentangannya stesen minyak Shell di sebelah kanan
Terus ke hadapan lagi anda akan dapat melihat Pusat Menimbang Kenderaan JPJ di sebelah kanan dan di sebelah kiri ada stesen minyak Petronas
Terus kehadapan lagi anda akan memasuki Pekan Semenyih sehingga ke persimpangan Sg Lalang di mana anda dapat melihat Balai Polis Semenyih di sebelah kiri dan Masjid di sebelah kanan.
Selepas Balai Polis Semenyih, ikut laluan di sebelah kiri untuk terus dan anda akan melewati Sg Semenyih dan Outlet @Semenyih akan berada di sebelah kanan anda. Landmark nya adalah stesen minyak Petronas.
Anda boleh terus belok ke kanan jika trafik tidak sibuk atau anda boleh belok ke kiri di persimpangan lampu trafik tidak jauh di hadapan dan membuat pusingan “U” untuk lebih memudahkan anda masuk ke Outlet @Semenyih yang akan berada di sebelah kiri.


2) Highway LEKAS
Sama ada dari arah Seremban atau Kajang, anda perlu mengambil susur keluar melalui Semenyih.
Selepas keluar dari tol ambil laluan kiri dan terus ke kiri di persimpangan lampu trafik.
Terus kehadapan dan anda akan tiba di satu persimpangan lampu trafik dan ambil laluan untuk belok ke kanan.
Di lampu trafik seterusnya apabila memasuki Pekan Semenyih, anda ambil laluan untuk belok ke kiri dan terus sahaja.
Terus sehingga lampu trafik seterusnya ambil laluan untuk belok ke kanan dan lalui Jalan Besar Semenyih.
Anda akan melalui jambatan melewati Sg Semenyih dan Outlet @Semenyih akan berada di sebelah kanan anda selepas jambatan tersebut.
Anda boleh terus belok ke kanan jika trafik tidak sibuk atau anda boleh belok ke kiri di persimpangan lampu trafik tidak jauh di hadapan dan membuat pusingan “U” untuk lebih memudahkan anda masuk ke Outlet @Semenyih yang akan berada di sebelah kiri.


3) Seremban / Rinching / Beranang/ Mantin
Jika anda daripada jalan (lama) Seremban – Mantin – Beranang, terus menghala ke Pekan Semenyih sehingga tiba di persimpangan Broga
Persimpangan Broga terletak sebelum Pekan Semenyih
Setibanya di persimpangan Broga, anda akan lihat Petronas disebelah kiri anda. Perlahankan kenderaan anda.
Masuk ke persimpangan kecil selepas Petronas.


**********



Akhir kata, marilah sama-sama kita pakat singgah kedai   Cendol Bakar Auntie Sue. Sekian Terima Kasih












Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Tuesday, 7 October 2014

Fridge Magnet Murah Klang ,cepat jangan lepaskan peluang


Salam Aidiladha....


Apa khabar kengkawan semua? Kengkawan ke mana cuti Hari Raya Aidiladha  baru baru ni? Aku tak ke mana-mana cuma pergi  Tesco  beli barang dapur  je kemudian singgah makan kat Secret recipe . Selepas makan kitaorang  balik terus ke rumah. Okey lah cerita  pasal Hari Raya Aidil Adha kita cerita kemudian.Kita  cerita pasal FM (Fridge Magnet) dulu  ye. Saper suka Fridge magnet angkat tangan. Rasanya bila sebut je tentang  fridge magnet semua orang pasti "familiar".Semua orang pasti  "suka" dan  mesti ada  diantara  korang yang mempunyai hobi mengumpul fridge magnet. Jangan tak tahu pulak fridge magnet juga boleh dijadikan  cenderahati atau doorgift untuk majlis seperti pekahwinan , pertunangan, Aqiqah , hari lahir , perpisahan dan sebagainya. Dah lah cerita banyak pun tak guna, bagi anda yang berminat untuk mendapatkan  fridge magnet   dengan harga berpatutan dengan kualiti yang ditawarkan bolehlah kunjungi : -
FB : Fridge Magnet Murah Klang atau Email : info.fmmk@gmail.com
untuk sebarang pertanyaan tentang harga Fridge magnet boleh
Whatsapp/SMS   Fridge Magnet Murah Klang  di   017 3725715.
Minimum order  : 10pcs. Biasanya siap dalam masa 2 minggu
Kalau nak order bagitahu awal lagi bagus sebab kadang kadang banyak  order jadi tuan punya Fridge Magnet Murah Klang  terpaksa tolak. Kalau untuk majlis perkahwinan pulak ada yang  4 bulan sebelum majlis dah book.Tuan punya Fridge Magnet Murah Klang prefer whatsapp lagi cepat dia nak reply

Sekarang ni  Fridge Magnet  Murah Klang tengah buat promosi  free postage untuk 50 pelanggan pertama, grab cepat !!!!! jangan lepas peluang .


Di bawah ni adalah diantara koleksi   Fridge Magnet  Murah Klang  yang telah ditempah oleh pelanggan
















Pesanan  khidmat masyarakat FM  ini dibawa oleh  iniblogcikinadodocheng.blogspot.com








Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday, 24 September 2014

Pedicure , manicure kat Tini's SPA , best

Salam Rabu...,

Amboiii !!! sibuk sungguh cik tom ye, semenjak dua menjak ni  sampai nak update blog pun takde masa. Jangan marah nok. Hari ni cik tom nak bercerita tentang  aktiviti padicure & manicure  cik tom dengan cik yuyi  kat Tini SPA pada 16 september sempena cuti  Hari Malaysia hari tu.  Ekceli,sehari sebelum tu yuyi dah buat temujanji padicure & manicure dengan seorang akak yang spanya terletak di Giant Port Klang tapi last minute,yuyi cancel sebab akak tu terlalu banyak songeh & lemsss.

Sebelum cik tom bercerita dengan lebih lanjut tentang  padicure manicure, suka sangat cik tom nak bagitahu dengan kengkawan semua maksud padicure dan manicure. Pedicure adalah perawatan pada kuku kaki manakala manicure pulak perawatan pada pada kuku tangan. Itu je?  Bagi cik yuyi   20an yang pertama kali  nak   bertemu dengan bakal mak mertua sebelum tu haruslah berpadicure dan  bermanicure ye dak?.  Cik tom pulak  kerja noreh getah  dah  semestinya  banyak pakai  tangan dan kaki jadi kenalah buat padicure & manicure sekurang-kurangnya sebulan sekali. Ha ha ha, kalau mak datin  dengar statement cik tom ni mesti bengangkan?
 
Welcome to Tini's SPA
Anak sulung  cik tom sedang mengisi borang maklumat diri sambil diperhatikan oleh  anak bongsu cik tom
Eh!! apa yang adik tengok tu?
Amboi, berseri -seri orang nak dirisik tu
Pulun habis
Adik sedang leka memerhatikan kami yang sedang berpadicure  dan bermanicure.


Pada pendapat cik tom , servis Tini's SPA ni okey. Para therapistnya comel  dan  montok belaka. Suasananya bersih dan nyaman, deconya hijau  sedap mata memandang  dan ruang dalamanya kemas dan tersusun cuma ada beberapa sebab yang menyebabkan cik tom  tak perlu datang ke Tini's SPA lagi : -

1) Cik tom dikehendaki mengisi borang maklumat diri sebelum memulakan rawatan.Tak suka! tak suka !tak suka!

2) Selepas mendapatkan rawatan Cik tom dikehendaki menulis review/komen berkenaan rawatan kak tom buat.Tak suka! tak suka! tak suka!

3)Cik  tom  rimas !!!!!!   dengan SPA  slimming & SPA yang jadi agent /pengedar produk.




Okey, pada sesiapa yang ingin mendapatkan perkhidmatan Tini's SPA, sila  kunjungi cawangan Tini's SPA yang berdekatan .

Tini's SPA
27A, Jalan Kristal K7/K,
Seksyen 7,
40000 Shah Alam,
Selangor
Tel No : 03-55125388
~~~~~~~~~~~~~~
G17, Jalan Dagang B/3A,
Taman Dagang,
68000 Ampang,
Selangor
 Tel No : 03-42701292









Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday, 17 July 2014

Rezeki Ramadhan ; NUFFNANG come to makcik


 Duit tak datang dari langit ,kalau nak duit kenalah usaha  sikit dik nun. Kalau nak dapat CPUV dari Nuffnang kena rajin update entri. Syukur Alhamdulillah semenjak  berblog merasa gak aku duit Nuffnang 2 bulan sekali, saper nak bagi dik nun. Last aku cash out Nuffnang hari tu  dalam bulan 4, Harap harap lepas Raya ni boleh cash outkan lagi . Okeylah, cukup setakat ni je,akhir kata Majulah Nuffnang untuk Blogger, jangan lupa slogan "Majulah Sukan untuk Negara" ek eleh tetiba
 



 


 Klik untuk tumbesaran berganda














Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .