Monday, 31 July 2017

Dalca rusuk kambing tanpa santan ; langkah demi langkah


Takde cerita yang menarik pun nak dikongsi  kat sini. Cuma hari ni  entah kenapa tetiba hati  rasa resah & gundah .  Tak tahu nak buat apa tu yang   update blog. Mana tahu kan  dengan mengupdate blog  boleh meredakan keresahan dan kegundahan hati ni .

Hari sabtu cik yuyi bagitau teringin nak makan dalca sayur.  Dia cakap bahan-bahan nak masak dalca dia dah beli. Di beli sekali rusuk kambing, katanya suami dia nak makan dalca sayur campur rusuk kambing. Maka, hari minggu tu gigihlah  aku masak kan dalca rusuk kambing. Cik yuyi tak bagi aku buh santan. Aku okey je sebab arwah mak aku pun masak dalca tak buh santan. Logiklah kacang dal dah lemak tak payah buh santan pun takpe.



Dalca rusuk kambing aku judukan dengan  bayam goreng, sambal belacan dan ayam goreng rempah tandoori.

Dalca rusuk kambing tanpa santan
Bahan.bahan
1kilo rusuk kambing[buang lemak  dan cuci berseh]
300 gm kacang dal[rendam 2 jam]
4 sudu besar rempah kari[bancuh dengan air secukupnya]
1 tangkai daun kari
1 sudu kecil rempah/halba campur
2 biji buah pelaga & 2 kuntum bunga lawang
Garam secukupnya
1 cawan santan[tak masuk santan pun takpe]
Air secukupnya
Bahan hiris
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inchi halia
Bahan sayur[potong ikut citarasa masing -masing]
6 tangkai kacang panjang
2 biji terung bulat
4 tangkai cili besar hijau
1 batang lobak putih
1 batang carrot
Cara2
1.Rusuk kambing reneh bersama dengan sedikit garam selama 1 jam atau hingga empuk
2.Rebus kacang dal hingga empuk
3.Panaskan minyak, tumis bahan hiris, daun kari, rempah campur, buah pelaga dan bunga lawang hingga naik bau
4.Masukkan rempah kari dan garam secukupnya, masak hingga pecah minyak
5.Masukkan kacang dal
6.Masukkan rusuk kambing bersama air renehan.Kalau suka boleh masukkan santan.Biar kuah mengelegak
7.Masa kuah mengelegak, masukkan bahan sayur.
8.Masak hingga semua sayur empuk
9.Seimbangkan rasa dengan menambahkan garam



Langkah 1


Langkah 2

Langkah 3

Langkah 4

Langkah 5
Langkah 6


Siap dalca rusuk kambing tanpa santan







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Selamat datang