Showing posts with label goreng timun. Show all posts
Showing posts with label goreng timun. Show all posts

Friday, 26 January 2024

Ikan tenggiri masak sambal cili kering tumbuk

 20 January 2024  Makcik kalau weekend jarang masak. Selalunya kuar beli lauk, balik umah masak nasi. Kalau malas kuar  ,  beli online je.

Bangun pagi ni, semangat makcik  wat brekpes cucur ikan bilis ngan sos pencicah. Tengahari masak ikan tenggiri sambal, semangat makcik masak sambal guna cili kering tumbuk.Masa tengah menumbuk, teringat masa zaman  remaja, mengiling cili guna batu giling. Rindu  moment tu..




Juadah hari ni timun goreng campur tempe goreng, ikan tenggiri sambal cili kering tumbuk



Hasil  pak akob gi ke laut. Syukur Alhamdulillah .Ikan tenggiri makcik gaul  ngan garam dan kunyit. 



Cili kering sebelum tumbuk,makcik rebus dulu



1/2 biji bawang besar ngan 2 ulas bawang putih tumbuk  halus, nak tumbuk kasar pun boleh, ikut suka korang



Nak bagi cili cepat lumat, tumbuk cili bersama  ngan 1/2 sudu  kecil garam 




Tumis  bawang yg dah ditumbuk lumat hingga agak garing

Setelah tumisan  bawang tadi agak garing , masukkan cili kering yg dah ditumbuk lumat. Masak cili hingga 3 kali pecah minyak. 3 kali tambah air. Perasakan sambal dengan garam secukupnya(jgn lupa masa menumbuk cili kering  kita dah letak garam jadi  pandailah adjust sukatan garam) Masukkan 1/2 sudu besar gula dan sedikit perasa. Akhir sekali masukkan  asam keping, diikuti ikan tenggiri goreng ngan hirisan bawang besar. Kacau kaup balik hingga sambal menyelimuti ikan.Siap, boleh tutup api.


Siap ikan tenggiri masak sambal cili kering tumbuk

 

Monday, 21 January 2013

aktiviti makcik tempe dihujung minggu ; haish dah lamanya tak membaking dan memasak

 Seriously, semenjak  Firdaus mula sekolah ni  aku dah  jarang masak . Kalau aku masak pun hujung minggu, masa  yuyi dengan gula-gula hack balik ke rumah aku .  Entahlah macam tak berbaloi je aku rasa bila  masak waktu hari bekerja sebab suami bukan makan banyak sangat pun kalau nak harap aku yang makan pada waktu malam memang tak delah nampaknya , Firdaus pulak dah siap makan kat rumah pengasuh sebelum  balik  rumah .Terasa kekok betul bila dah lama tak masak .Tak tahu nak masak apa? Nasib baiklah yuyi dengan gula-gula hacks ada kat rumah, nak tak nak kenalah aku merajin-rajinkan diri untuk  berasapkan dapur aku yang memang tak berasap dah sekian lama : )

Biasanya kalau aku tak masak aku tapaukan untuk Firdaus dengan  suami nasi ayam tak pun aku ajak suami makan kat luar . Tekak aku dah  sampai ke peringkat  muak dengan ikan ,ayam atau  apa saje makanan laut   makanya tetiba je tekak aku ni meronta-ronta nak makan  sambal ikan bilis.Biarpun  aku dah lama tak masak namun  bukan bermakna  sekali sekala masak aku kena masak lauk pauk yang gah. Alah aku masak yang simple-simple je dah semestinya masakan  yang mengikut selera  tekak aku dan anak-anak.Suami aku tak kisah dia hadap je  apa yang aku masak dengan syarat masakan aku tu  tak  terlebih garam.

Aku masak  goreng timun, sambal ikan bilis dan telur dadar bawang lepas tu  petangnya pulak aku buatkan anak-anak butter kek.

 
Bahan-bahan
1)sebatang timun dikupas kulit kemudian dibuang empulur-potong ikut suka kalau boleh biarlah sedikit nipis(cuci  sebelum dikupas kulit)
2)dua sudu besar taucu cap bilal-hancurkan
3)5-6 ulas bawang putih-ketuk dan kupas kulitnya

Cara-cara membuatnya
1)Tumis bawang sampai naik bau dan bertukar warna kekuningan dan kecoklatan *jangan hangit udah*
2)kemudian tumis taucu hingga naik bau-guna api sederhana
3)Masukkan timun -kacau dan kaup balik hingga  lembut-guna api sederhana
4)sebelum angkat masukkan sedikit air-kacau dan kaup balik kemudian bolehlah diangkat
 Timun goreng taucu ; tedap
 Telur dadar bawang  
Bahan-bahan

1)15-20 tangkai cili kering yang direndam dalam air panas dikisar bersama 5 biji bawang kecik dan sedikit belacan
2) asam jawa sebesar ibu jari dibancuh dengan  200 ml air
3)sebiji bawang besar dihiris nipis
4)gula, garam dan secubit kecil serbuk perasa

Cara-cara membuatnya


Panaskan minyak dalam kuali .Tumis sampai pecah minyak dan naik bau   cili yang dikisar bersama  5  biji bawang merah kecik dan sedikit belacan. Bila cili tadi dah  pecah  masukkan pulak  air asam jawa. Biar sambal agak mendidih -Gunakan api sederhanan masa  menumis Masukkan garam disertai dengan gula dan secubit kecil serbuk perasa . Akhir sekali  masukkan hirisan bawang besar , Kacau kaup balik kemudian tutup api  dan  masukkan ikan bilis goreng. 



Jeng jeng nilah dia sambal ikan bilis aku *macamlah orang kat luar sana tak kenal sambal ikan bilis*

*********************


Petangnya pulak aku buatkan butter kek untuk anak-anak, dorang  ni  suka makan butter kek terutama yuyi. Terasa amatlah lamanya aku tak membaking kek. *dasar pemalas*

Bahan -bahan  untuk butter kek ni simple je

1)250 grams tatura salted butter
2)150 grams castor sugar
3)250 gram  self raising flour
4)4 biji telur(suhu bilik)
5) dua sudu besar fresh milk

Cara-cara membuatnya

1)Pukul butter dengan castor sampai kembang dan gebu
2)Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga kembang
3)masukkan self raising flour sedikit demi sedikit sambil memukul  menguna mesin pemukul pada tahap 1
4)Akhir sekali masukkan fresh milk sdikit demi sedikit sambil memukul
5)Rehatkan  adunan kek  dalam masa 20 minit
6)Bakar selama 35 minit dalam suku 180 darjah celcius 

Satu adunan dapatlah menghasilkan dua loyang kecil  butter kek
 Kek yang dah siap dibakar jangan terus keluarkan dari oven  
Tangan ku yang tak berbendung ni bukannya tahu nak buh  elok-elok kertas pelapik tu, nampak sangat  senget benget : (
Cubalah buat kek ni sedap budak-budak mesti suka makan .


Sekian saje cerita aku dan aktiviti memasak pada hujung minggu



Ikhlas dari makcik tempe yang hanya  memasak  pada hujung minggu sahaja : (





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .