Showing posts with label mushroom soup. Show all posts
Showing posts with label mushroom soup. Show all posts

Wednesday, 30 April 2025

Hay Cafe Sekincahan: Tempat Santai dengan Pemandangan Sawah yang Memukau

 5 Apr 2025-7 April 2025(Sekinchan 3 hari 2 malam) Assalamualaikum 

Bersambung dari SINI, Sebelum check out pagi 7 April 2025, makcik macam biasa la, scroll TikTok dulu sambil baring-baring tarik selimut. Bukan apa, nak cari idea tempat makan best ke, port lawa ke, yelah dah nak balik Klang, mana tau boleh singgah mana-mana dulu. Tengah scroll-scroll, tiba-tiba keluar satu video pasal Hay Cafe—MasyaAllah, cozy gila! Dengan suasana ala-ala kampung moden, kayu-kayu, pokok-pokok hijau, terus rasa jatuh hati. Dalam hati makcik terus cakap, “Eh, tempat macam ni kena singgah ni… rugi kalau tak!”

Tak tunggu lama, makcik terus tunjuk kat Daus. “Ha, Daus tengok ni… lawa kan? Jom la singgah sebelum balik. Bukan selalu dapat port macam ni.” Daus pun angguk je, “On je makcik, jom try.” Ha, bila ada anak  yang satu kepala ni memang senang kerja.

Jadi, lepas siap-siap, kemas barang semua, kami pun gerak la ke Hay Cafe tu. Perjalanan tak jauh pun, sepanjang jalan rasa excited nak tengok sendiri tempat tu depan mata. Bila sampai je, perghhh… memang tak tipu TikTok tu. Lagi lawa dari dalam video! Tenang je suasana dia, siap ada angin sepoi-sepoi bahasa lagi. Orang pun tak terlalu ramai masa tu, memang feeling dia best gila.

Masuk je dalam, bau kopi semerbak satu cafe. Dekorasi dia simple tapi ada sentuhan rustic yang buat rasa macam nak duduk lama-lama. 

Makcik duduk situ sambil pandang sekeliling, dalam hati rasa syukur sangat dapat moment macam tu. Rasa damai, rasa tenang, macam semua stress hilang sekejap. Daus pun sempat ambik gambar makcik candid konon-konon aesthetic. Hahaha. Bila tengok jam, eh, dah lama rupanya duduk situ. Tapi serius, rasa tak puas langsung. Kalau tak sebab Daus masuk kerja kul 4 petang, kena  sampai Klang sebelum kul 4 , memang makcik sanggup lepak situ sampai senja nyah

Masa nak gerak tu pun makcik sempat cakap, “InsyaAllah, lain kali kita repeat datang sini lagi.  Memang berbaloi sangat singgah Hay Cafe tu. Dari scroll TikTok je, terus jadi kenangan manis.


Bila masuk je ke dalam HayCafe, terus rasa tenang.  Kafe ni buka luas, boleh nampak sawah padi hijau yang terbentang depan mata. Memang cool! Dekorasi dalam kafe pun simple dan moden, tapi tetap ada vibe kampung yang buat rasa santai. Kalau korang suka ambil gambar, memang banyak spot cantik untuk ‘Instagramable’. Kalau datang petang, lagi syok sebab boleh tengok sunset dengan pemandangan sawah yang luas.









Keliling Hay Cafe ni memang lawa gila, tenang je vibe dia. Dari luar lagi dah nampak macam port lepak yang rare—dikelilingi pokok-pokok hijau, rumput cantik terjaga, siap ada macam kawasan kebun mini gitu. Macam masuk tempat healing versi kampung moden.






banyak jugak pilihan kek yang korang boleh cuba dekat Hay Cafe Sekincahan


Hay Cafe Sekincahan ni bukan setakat tempat minum kopi sambil makan kek je, tapi mereka juga ada menu main dish yang pastinya akan buat korang kenyang dan puas hati! Ada Teriyaki Chicken yang sedap gila, rasa manis-manis masin yang just nice, lepas tu ada Nasi Lemak Ayam Rempah yang . Kalau korang jenis suka pasta, jangan risau, diorang pun ada pasta yang lembut dan creamy, sesuai untuk semua selera.

Sebelum datang sini, kami dah sarapan pagi berat, jadi kami order yg simple2 je  , Daus order matcha, kek onde2 ngan kacang edamame, makcik order mushroom soup ngan air suam je, tiber fefeling nak jaga kesihatan nyah 



Kat bahagian luar dia ada meja-meja kayu, boleh lepak bawah pokok sambil hirup kopi. Angin sepoi-sepoi pulak tu, memang rasa damai sangat. Kalau datang pagi atau petang, matahari pun tak terik sangat














Yang bestnya, tempat duduk dia banyak pilihan—nak duduk dalam pun boleh, aircond sejuk je, tapi ramai suka duduk luar sebab feeling dia lain macam. Pendek kata, Hay Cafe ni bukan sekadar tempat minum kopi, tapi tempat tenangkan jiwa.







Kek onde-onde ni lembut, dengan rasa kelapa manis dan pandan wangi, mengingatkan pada kuih onde-onde tradisional tapi dalam versi kek moden



lepak santai di Hay Cafe Sekincahan, sambil makan sup cendawan yang panas dan sedap. Rasa sup yang kaya dengan cendawan dan herba tu memang menyegarkan, ditambah dengan pemandangan sawah padi hijau yang luas. Angin sepoi-sepoi, – semua tu buat korang rasa tenang dan jauh dari kesibukan. Tempat ni memang perfect untuk recharge sambil menikmati makanan dan alam sekitar yang menenangkan.









Motor menjadi daya tarikan tambahan dekat hay cafe.he he he



Kalau korang suka ambil gambar, memang banyak spot cantik. Ada sudut dekat dengan pintu masuk yang dihiasi dengan pokok-pokok kecil, ada jugak kawasan yang boleh nampak terus sawah padi luas terbentang. Kiri kanan semua nampak hijau, dengan langit biru yang luas—memang gambar cantik terus keluar!




Ada jugak bahagian tepi yang dihias dengan tanaman gantung, pasu-pasu bunga, dan rak kayu—simple tapi sedap mata pandang. Ada vibe ala-ala santai Bali sikit pun ye jugak. Kalau datang dengan kawan-kawan, family, atau even sorang-sorang pun, memang sesuai. Tempat dia tak crowded, tak bising, memang sesuai kalau nak lari kejap dari hiruk pikuk bandar.








Paling best pasal Hay Cafe ni, dia bukan duduk tengah bandar biasa-biasa tau, tapi dikelilingi sawah padi yang tengah menghijau cantik ya amat! Masa makcik sampai je, memang terpegun kejap. Kiri kanan cafe, penuh dengan pemandangan sawah padi terbentang luas, hijau dia lain macam segar dia. Rasa macam mata ni pun dapat terapi percuma.















Hay Cafe Sekinchan terletak di Jalan Tali Air 5, 45400 Sekinchan, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. 




Sunday, 12 January 2014

jom buat sarapan pagi ; roti sardin

Biasalah aku ni, bila tengah peod mula rasa  tak sedap perut, badan waima segala-galanyalah tak sedap. Otak ni dah  tak boleh fikir apa-apa sampaikan tak de idea nak buat sarapan apa  pagi ni. Nasib baik aku teringat beberapa keping  roti sandwich Massimo baki malam tadi dan   sardin makerel cap baki minggu lepas dalam peti ais, apalagi terus buat roti sardin. Syukur Alhamdulillah, habis, biasalah kalau pedas laju je dorang makan.

 Bancuhan telur yang telah dibancuh dengan sedikit garam dan mixed herb
Bahan-bahannya
1)2 biji telur[kacau dengan sedikit garam & mixed herb]
2)sedikit butter
3)sebiji bawang merah sederhana besar[dihiris]
4)setin kecil  sardin makerel cap ayam [dilenyek-lenyek]
5)5 tangkai cili api [dihiris halus]
6)2 biji limau kasturi[dibelah dua]
7)1/2 sudu besar mayonis
8)10 keping roti sandwich massimo
Cara menyediakannya
1)Gaul sebati sardin yang telah dilenyek dengan hirisan cili api , hirisan  bawang besar, sedikit garam dan mayonis .Akhir sekali perahkan limau dan kacau sekata.
2)Sudukan inti sardin ke dalam roti, kemudian lipat.Buat hingga habis
3)Panaskan chefel, cairkan sedikit butter .Celup satu  persatu roti sardin ke dalam bancuhan telur kemudian masak dalam chefel  hingga kedua belah bahagian roti garing.
Sardin yang telah siap untuk diisikan ke dalam roti 
Roti  massimo sandwich
Roti sardin yang sedia untuk dimasak dalam chefel
Roti sardin yang sudah siap dimasak
Menu tambahan ; mushroom soup. ko adooooooooo






SELAMAT MENCUBA






Tarikh : 12 January 2014, Ahad
Lokasi : Rumah sendiri







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .