Thursday, 18 September 2014

Jemput jemput udang kering campur kentang bekal pergi menoreh getah

18 September 2014, Khamis...Jemput jemput udang kering ni makcik senah buat  hari sabtu minggu lepas  tapi  baru hari ni makcik  senah  teringat nak update dalam blog. Sebelum ni makcik senah pernah buat entry jemput -jemput kentang bubuh ikan bilis  (tekan SINI) tapi kali ni  makcik senah cuba bubuh udang kering  pulak.  Alhamdulillah, percubaan yang tak menghampakan, "jemput -jemput sedap, anak dengan suami pun sayang" please take note, tagline   kini dalam proses untuk dipatenkan .Saper curik  tag line makcik senah siap!!! : )  Okeylah, makcik senah tak boleh lama kat sini  banyak lagi pokok getah yang belum  ditoreh.. Makcik senah mintak diri dulu la ye..

RESEPI JEMPUT-JEMPUT UDANG KERING CAMPUR KENTANG
Bahan-bahan
1)1 biji kentang [dipotong  dadu]
2)300gm tepung gandum
3)1  biji bawang holand sederhana besar[dihiris nipis]aku campur  dua tiga biji bawang merah kecik
4)Udang kering  sengenggam[dicuci berseh dan dikisar sederhana halus mengunakan pengisar kering]
5)Air secukupnya untuk membancuh tepung gandum
6)1/2 sudu kecil baking powder
7)Garam dan serbuk perasa secukupnya
8)Minyak masak secukupnya untuk mengoreng
Cara menyediakannya
1)Satukan tepung gandum,garam,baking powder dan serbuk perasa dalam satu bekas.Kacau sekata
2)Masukkan hirisan  bawang besar , udang kering  kisar dan kentang dadu,bancuh jemput-jemput dengan air suam pastikan air jangan banyak ,bancuh sampai bancuhan tu kita boleh jemput dengan jari.
3)Goreng jemput -jemput dalam minyak panas hingga garing
RESEPI SOS PENCICAH
Bahan-bahan
1)15 tangkai cili kering[rendam dalam air panas dan kisar halus]
2)3 ulas bawang putih[kisar halus bersama cili kering]
3)Garam , gula dan serbuk  perasa secukupnya
4)3 sudu besar sos tomato kalau tak de pun tak pe[boleh diganti dengan sedikit cuka atau air asam jawa]
5)Sedikit bancuhan air tepung jagung untuk memekatkan  sos pencicah[1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan suku  cawan air]
6)Air secukupnya[lebih kurang  600ml]
Cara menyediakannya
1)Satukan semua bahan kecuali bahan no 5 ke dalam periuk. Biar agak mendidih.Kalau boleh guna api kecik dan sentiasa dikacau ye
2)Sebelum diangkat ,  masukkan bancuhan air tepung jagung.Kacau sekata
3) Tutup api dan angkat
Jemput jemput  udang kering campur kentang makcik senah.Anak bongsu makcik senah suka jemput jemput  yang  bertanduk, garing .Dia kata macam tu sedap.



















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .