Salam Syawal.......
Sabtu hari tu adik mula masuk kelas mengaji selepas cuti Hari Raya Aidilfitri. Masa cuti raya ,semua orang bergembira hingga lupa apa yang ustazah pesan,,makanya terpaksalah ustazah suruh adik buat warming up balik.
Jarak kelas mengaji adik dengan rumah yuyi tak jauh ,jadi sementara menunggu adik habis kelas aku lepak kat rumah yuyi . Lepak habis,,,,aku perasan ,semenjak adik mula masuk kelas mengaji ni aku dah jarang masak.Sajekan, sementara menunggu adik habis kelas boleh je kalau nak masak tapi biasalah aku ni bila dah lepak rumah yuyi aura nak masak tu macam kureng je. Yang bestnya bila aku tengah takde aura nak masak,yuyi ajak makan kat luar, haishhh macam orang mengantuk disorongkan bantal.Laju je,"mak nak itut,"cakap sambil hentak -hentak kaki.
Selepas ambik adik balik dari kelas mengaji, sambung lepak rumah yuyi. Lebih kurang pukul 3 petang , yuyi bawak kami makan kat Spicy Crab .Ni kali pertama aku makan kat sini , Yuyi dengan gula-gula hack dah selalu,pertama mungkin sebab Spicy Crab ni tersangatlah dekat dengan rumah dorang ,kedua mungkin sebab ketam. Kah kah kah.Jangan tak percaya,,bila google banyak blog yang buat review pasal spicy crab ni. Aku salute lah dengan orang di luar sana yang sanggup datang ke Kota Kemuning ni semata-mata nak makan kat Spicy Crab,syabas bete : )
Anak sapo lah tu
Apalah dorang tengok tu
Bandung,chinese tea,sky juice
Sayur yau mak tam & cencaluk
Ketam sweet sour
Ayam masak madu
Udang nestum
Ikan pari nyonya asam pedas
Musscle cheese
Lokasi : Restoran Spicy Crab
19,Jalan Anggerik Vanilla,X31X
Kota Kemuning
40460 Shah Alam
Selangor
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .