Salam Syawal..............................
Apa khabar kengkawan semua.Harap semua baik-baik belaka.Kalau tak baik,baik- baikkan jelah ye dak. Entry ni patutnya semalam nak letak,tapi memandangkan semalam seharian aku menyibukkan diri dengan jamuan raya di ofis maka terpaksalah ditunda ke hari ni. Bajet, orang luar disana tengah tunggu entry aku . ha ha ha , sebenarnya bukan ada cerita best cuma cerita pasal sate je pun . Saper suka makan sate Kajang? Angkat tangan. Dah lama rasanya tak makan sate Kajang Haji samuri. Seingat aku kali terakhir aku makan Sate Kajang Haji Samuri 5 tahun lepas kat Bukit Tinggi Klang dengan rakan ofis .Selang beberapa tahun aku dengar cerita cawangan Bukit Tinggi tu tutup. Tup tup dengar cerita Haji Samuri bukak cawangan baru kat seberang Aeon Jaya Jusco Bukit Tinggi . Sebenarnya aku cadang nak makan Sate Kajang kat cawangan baru tu hari Jumaat tapi memandangkan dua hari sebelum tu yuyi dah pulun makan Sate Kajang makanya sesi makan Sate Kajang kena ditunda ke hari minggu.Hari minggu tu kami sampai kat Restoran Haji Samuri lebih kurang pukul 4 petang.OMG yang baru ni sangat berbeza dengan Restoran Haji Samuri cawangan bukit Tinggi Klang yang dah tutup tu.Seingat aku yang tutup tu takde self service, okey je self service tapi sebelum buat self sevice tu pastikanlah dulu bekas minuman dan kedudukan kerusi meja makan kita tu bersifat mesra pengguna. Apa apa pun tak dapat dinafikan ,Sate Kajang Haji Samuri sedap,lembut dan rempahnya terasa . Apa kena dengan aku ni , dah lama tak update,sekali update mula lah ayat aku macam kel.
Adik sedang menunggu nasi goreng kampungnya sampai. Masih lagi nak makan nasi walaupun majoriti orang kat sini makan sate,ada adik kesah : )
Sate daging,sate ayam,sate perut RM0.80sen/cucuk, pilih je yang mana korang suka ,semuanya ada di Sate Kajang, Haji Samuri.Tetiba rasa sakit hati ,apa rasionalnya kebanyakkan peniaga sate kat area flat berdekatan dengan rumah aku ni letak harga sate sampai RM0.80sen /cucuk
Okeylah ,cukup setakat ni je InsyaAllah nanti ada masa aku sambung.Akhir kata sokonglah sate tempatan : )
Sate Haji Samuri
Lokasi : Seberang jalan dengan Aeon Jaya Jusco Bukit Tinggi Klang ,alamat lengkap tidak dapat dikenal pasti,
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .