Tak puas berendam kat sini, sambung berendam pulak kat Wet World Shah Alam hari sabtu 9hb tu . Akak dan adik ni memang suka berendam dalam air. Tak tahu nak cakap apa dah ,selagi tak puas berendam selagi tulah dorang duduk berendam sampai kecut -kecut kaki tangan. Itulah habit dorang.
hye kengkawan!! saya sekarang ni berada di Wet World Shah Alam .Adik buat muka bangga
saya askar,sila takut
Soalannya Cup apa adik pakai??
Walaupun aku tak mandi tapi aura kebulur lepas mandi berjangkit kat aku.

Saper beli set memang untung ahhhh,nasi goreng/nasi lemak/ mee goreng/bihun goreng RM7.50/pax termasuk 1 botol air mineral atau setin air minuman (terpulang pada kehendak masing-masing) & Ayam ala ala kehepsi RM4/seketui. Kalau nak dibandingkan dengan harga makanan di Taman tema (censored),aku rasa harga makanan di sini masih boleh diterima akal lagi. Cuma yang aku tak puas hati kat sini takde jual kerepek pisang dan kerepek ubi pedas,,,,haishh dari first raya sampai sekarang belum dapat lagi merasa kerepek kegemaranku.Kasihankan aku.Entah kenapa hari raya tahun ni aku rasa sepi je sepi tanpa kerepek kerepek...

Set jangan tak set mee goreng & bihun goreng RM7.50/pax termasuk air minuman.
Tak sampai 1/2 jam mandi mama dah bosan,terus naik dan stay dalam pondok sampai balik. Relax habis aku hari tu, makan , tidur sambil cuci mata tengok orang mandi manda. Lokasi pondok aku strategik untuk dijadikan port skodeng : )
Wow, sungguh menakjubkan ,produk pengelapan sekata ,bukan je selamat ,tapi berkesan.!!!
Wet World Shah Alam
Persiaran Dato Menteri
Seksyen 2
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Bayaran Masuk
Hari : Isnin, Selasa , Khamis dan Jumaat
Hari : Sabtu, Ahad, Cuti sekolah& Cuti Am
Ketinggian 90cm hingga 130cm = RM16.00
Ketinggian melebihi 130cm ke atas = RM20.00
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .