Sebenarnya entry ni aku dah update sehari lepas tapi entah apa yang aku dah tekan terus hilang.Sedih tu memanglah rasa sedih tapi nak tak nak kehidupan harus diteruskan.ha ha ha
ha.Demi korang semua gigih aku taip entry yg hilang tu semula :)
Cili api ,bawang merah dan bawang putih antara bahan penting untuk membuat ikan parang goreng cili selain daripada sos cili, sos tomato dan sos tiram.
Tamak yang dibenarkan
RESEPI IKAN PARANG GORENG CILI
Bahan-bahan
1)6 ketul ikan parang [Isi ikan dibersehkan dan dipotong menyerong.Gaul ikan parang dengan sedikit garam dan rempah kari hingga sekata. Perapkan selama 1/2 jam atau sejam supaya rempahnya meresap.
2)10-15 tangkai cili api[kisar kering hingga halus]
3)4 ulas bawang putih & 4 ulas bawang merah kecik [kisar kering hingga sederhana halus ]
4)3 sudu besar sos tiram
5)2 sudu besar sos cili
6)2 sudu besar sos tomato
7)air
8)Gula secukupnya
6)2 sudu besar sos tomato
7)air
8)Gula secukupnya
Cara menyediakannya
1) Goreng ikan parang hingga garing.Ketepikan.
2)Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang kisar hingga naik wangi dan agak garing1) Goreng ikan parang hingga garing.Ketepikan.
3)Masukkan cili api , tumis hingga pecah minyak
4)Bila dah pecah minyak , masukkan gula,sos tiram,sos cili dan sos tomato diikuti dengan sedikit air.Tumis sekejap.
4)Bila dah pecah minyak , masukkan gula,sos tiram,sos cili dan sos tomato diikuti dengan sedikit air.Tumis sekejap.
5)Akhir sekali masukkan ikan parang goreng dan kacau sekejap dalam seminit.
6)Tutup api dan sedia dihidangkan.
Ikan parang goreng cili,yummy dihidang dengan nasi panas
Okeylah,cukup setakat ni je. Perut pun dah berkeroncong.Moh lah kita makan......
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .