Friday 1 August 2014

Juadah Hari Raya Aidilfitri 2014 : tips membawa bersama makanan mudah tumpah ke dalam kargo

Salam syawal.........


Cuti cuti jugak,blog wajib update. Cepatnya masa berlalu,sedar tak sedar hari ni masuk syawal ke 5. Ramai blogger kat luar sana dah update pasal raya ,aku baru terkedek-kedek nak update pasal juadah raya,lems betul aku ni. Saper yang setia dengan blog  aku ni  dah tentu faham cara aku dan saper yang baru nak berjinak - jinak dengan blog aku ni welcome to my blog dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa di sini : )




Sediakan bahan -bahan untuk memasak juadah hari raya sehari sebelum memasak nanti takde lah kelam kabut.

Bahan kisar dan bahan sampingan yang lain


Bahan-bahan untuk membuat kuah kacang terbaek(anggaran 1/2 kilo kacang tanah)
1)Kacang tanah disangrai tanpa minyak  sehingga empuk .Tunggu sejuk sekejap lepas  tu ramas -ramas supaya tanggal  kulitnya .Tampi untuk membuang kulit kacang tanah yang tertinggal kemudian kisar sederhana halus. 
1)1 tin kimball tomato puri
2) 6 sudu besar bahan bumbu rendang(terdiri daripada halis, serai, lengkuas, kunyit, bawang merah dan bawang putih yang dikisar)
3)6 sudu  besar cili kisar 
4) segenggam udang kering-basuh, tuskan dan kisar sederhana  halus
5)gula dan garam secukup rasa 
Cara menyediakannya
1) Panaskan minyak dan Tumis  bumbu rendang  sehingga  pecah minyak
2)Tumis cili kisar sehingga pecah minyak diikuti dengan udang kering kisar
3)Masukkan tomato puri-kacau sekejap
Masa menumis guna api sederhana dan sentiasa dikacau ye
4)Masukkan 800ml air,kalau kuah   nampak pekat boleh tambah air-biar agak mendidih
5)Masukkan kacang tanah goreng kisar
6)Masukkan gula dan garam-Pandai-pandailah seimbangkan rasa
7)Bila semua rasa dah seimbang , bolehlah tutup api dapur dan angkat

Kuah kacang sedia untuk dimakan bersama nasi himpit atau ketupat


Resepi rendang kambing[kuantiti bahan -bahan bergantung pada kuantiti daging]tak pandai aku nak bagi kuantiti tepat jadi pandai -pandailah sendiri ye.
Bahan-bahan
1)lengkuas
2)kunyit hidup
3)halia
4)bawang putih & bawang merah kecik
5)serai
6)kerisek
7)santan
8)cili kisar
9)daun kunyit
10)garam & gula
11)sedikit asam keping
12)daging kambing[dipotong sederhana besar dan dicuci berseh
Cara menyediakan
1)kisar bahan 1 - 5 hingga lumat
2)panaskan minyak dalam kuali,tumis bahan kisar hingga naik  bau
3)masukkan cili kisar,tumis hingga pecah minyak
4)masukkan daging kambing,kecutkan sekejap
5)masukkan kerisek diikuti dengan santan.Masak hingga daging kambing benar benar lembut
6)masukkan asam keping diikuti dengan daun kunyit,garam dan gula.Pandai pandailah seimbangkan rasa.

Rendang kambing yang dah cukup kering dan empuknya


Syukur Alhamdulillah bekas makanan selamat sampai dan berada dalan keadaan baik.


Houk aloh terlupa pulak nak ambik gambar ayam masak merah aku.

Juadah hari raya aku kali akan diterbangkan.Jadi sebelum diterbangkan ,semua bekas makanan kenalah dibungkus dengan rapi bagi mengelakkan ianya pecah semasa dalam penerbangan.First sekali,simpan makanan yang telah dimasak   ke dalam bekas yang bertutup.[pastikan makanan cukup  sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas bagi mengelakkan ianya basi sebelum sampai ke destinasi dituju] Wrap bekas makanan dengan plastik wrapping ,kemudian susun bekas makanan tadi dalam  kotak. Jangan bagi ada ruang kosong,sumbatkan dengan gumpalan suratkhabar  bagi mengelakkan bekas makanan berlaga sesama sendiri.Akhir sekali sealkan sekeliling  kotak dan setiap penjuru kotak dengan selotape coklat .Done.




Okeylah, cukup setakat ni je, kepada yang dah mula bekerja hari rabu ,bertabahlah hendaknya dan kepada yang masih bercuti beringatlah, hari ni baru 31 July ,jadi sila rancang perbelanjaan kita.











Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )