Friday, 4 April 2014

Dari rumah teres setingkat pindah ke banglo 3 tingkat, Kalau dah rezeki tu tak ke mana kan....

Bersambung dari cerita di SINI,  dari black canyon Coffee  mereka yang nak membeli tikus opsss hamster tu menuju ke   Pet Lover Centre , tak elok  perkataan  tikus tu bakal  mengundang  kemarahan pencinta hamster seantero dunia. Cerita pasal cik ti haiwan berbulu  ni  tak boleh cerita lebih- lebih nanti ditakuti akan  mengundang kemualan dan kegelian tekak  je.

PET  LOVERS CENTRE
Mereka sedang membayar harga hamster dan berdiskusi tentang masa depan hamster mereka
Tuan hamster
Pada mulanya mereka  nak bagi nama Johnny ,tetapi setelah perbincangan dibuat  dan melihat kepada semua  aspek , mereka sebulat suara bersetuju  mengunakan nama  STUART   *mata pejam kaki rasa nak pijak hamster*
Untuk permulaan ,cuma perlukan beli rumah teres setingkat untuk tikus opssss hamster, esok  esok ada rezeki lebih bolehlah beli rumah yang lagi besar tak gitu cik yuyi.

Rezeki oh rezeki , kekadang dia datang tanpa diundang, tak sampai sebulan nok dah tukar rumah baru., banglo 3 tingkat lagi, ko mampu. High test sangat si stuart ni.


 Tuan hamster bersama hamsternya  yang bernama  "STUART"
 Lokasi :  Rumah peminat tegar hamster

















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Selamat datang