Thursday 24 April 2014

Resepi petola goreng suhun yang sedap kebabom ; koleksi juadah kegemaran keluarga

Yeah hari ni aku update blog .Apasal?????? korang tak percaya.. Sila percaya . Kat luar sana cuaca sejuk tu yang  datang mood aku nak update blog kot.Ha ha ha.okeylah aku terus terang , 2, 3 hari ni  di sebelah  kanan kepala aku ni sakit berdenyut-denyut macam nak kena kanser pun ada نعوذ بالله من ذلك. choiii tu yang hari ni tak larat nak bebel panjang .Jom cekidaut my petola goreng suhun

RESEPI PETOLA GORENG SUHUN



 Bahan-bahan
 1)3 batang petola size sederhana[dikupas kulit dan dibasuh,kemudian petola dibelah dan dipotong menyerong]
2)Secekak suhu direndam dan dituskan
3)1 biji telur
4)1/2 gengam ikan bilis[dibasuh berseh dan dituskan]
5) ulas bawang putih [dikupas kulit dan dicincang halus] 2 ulas bawang merah kecik[dihiris nipis]
6)Garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara menyediakannya
 1)Panaskan dua sudu besar minyak masak  yang telah dicampur dengan sesudu kecil minyak  bijan,  tumiskan  ikan bilis  hingga  naik wangi.Ketepikan ditepi kuali
2)Tumis bawang hingga naik wangi.Bila dah naik wangi , tumis semula ikan bilis  tadi
3)Pecahkan telur dalam kuali, kacau  biar garing
4)Masukkan petola, kaup perlahan secara kaup balik petola hingga lembut, ko adooo.
5)Masukkan suhun.Kacau sebati.
6)Sebelum diangkat perasakan dengan garam dan serbuk perasa [jika suka]
[Masa menumis guna api kecik dan sentiasalah dikacau ]
Beginilah rupanya  petola  yang telah siap dibujilkan
Jeng jeng petola goreng suhunku, cuba ye jangan tak cuba


 Ayam kampung  2 ekor kalau tak silap  RM40  , aku beli kat pasar Tani area rumah JLO
Arwah mak aku cakap bukan aku cakap ye, untuk mendapatkan ayam rendang yang sedap dan lebih bumbu, pastikan bahan bumbu  adalah dari bahan segar dan mencukupi, lagi banyak bahan lagi bertambah sedap rendang kita.
He he he arwah mesti  tambah  cili kering yang dikisar bersama sedikit  cili api ke dalam bumbu rendang , tujuan dia nak bagi rendang rasa pedas sikit.
Bahan -bahan bumbu rendang ayam kampung ku.,ekceli aku tak suka guna daun limau purut tapi  cari  daun kunyit tak de habis ,terpaksalah buh  daun limau purut.
Arwah mak aku  cakap, bukan aku cakap ye, untuk mendapatkan rendang yang  beraroma harum dan sedap pastikan bahan bumbunya  ditumis hingga naik wangi dan pecah minyak. Nak resepi ke? tak payah lah ye,. aku percaya ramai kat luar sana  dah terror  masak rendang , sesiapa yang tak terror atau tak berapa nak terror cubalah bagi terror ye .
Rendang ayam kampungku tak cukup kering,its okey  this one good for cicah roti .omputih sangat.













Tarikh :  13 April 2014, Ahad
Lokasi : Rumahku syurgaku






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .


Pengikut Tegar : )