Wednesday 19 March 2014

Konsert Festival Future Music Asia (FFMA) &*%$#2!^%$^*^$??????????? #FFMA2014

Apa itu  Festival Future Music Asia(FFMA)????Sejujurnya aku baru tahu akan  keujudan FFMA ni  masa  menonton  Buletin Utama TV3 yang menyiarkan  berita   6 orang maut , 3 kritikal dalam ICU akibat dadah dan alkohol  ketika menghadiri konsert  FFMA di Stadium Bukit Jalil.  FFMA tahun ni merupakan kali ketiga konsert ni diadakan di Malaysia , owhhh  really OMG very the naif makcik..kenapa makcik tak tahu semua tu. ? Aku tak mahu komen apa -apa , zaman aku bersosial kat disco dah habis .Untuk pengetahuan korang zaman dulu kitaorang  berliburan aka bersosial  minum coke je, masa tu pil khayal ke pil  kuda ,pil unta masih belum glamer. Sedih  sangat bila teringat arwah atok, dulu sebelum  aku  pergi disco , arwah atok & nenek  selalu pesan ,jangan ambik dadah cu ,kalau rasa nak mabuk mabuk khayal khayal hanky panxy & happening  dia suruh  hisap curut  tak pun hisap rokok daun je,  murah pun murah,lagi natural. Aku rasa mulai sekarang kita dah boleh up kan balik   bisness curut dan rokok daun.Haish,,, bukan ke masa atuk aku meninggal dunia umur aku umur 7 tahun, atuk yang mana satu ni..konpius

Dari cerita curut terus tukar ke cerita nasi goreng kampung.  Rasanya dah lama tak masak nasi goreng kampung guna cili padi hijau sebelum ni asyik guna cili merah je. Pagi tadi semangat nak  masak nasi goreng kampung guna cili padi hijau.


 Nasi goreng kampung cili padi hijau
Bahan-bahan
1)7 cawan nasi sejuk[digaul sedikit garam]
2)5 ulas bawang merah kecik & 4 ulas bawang putih[dikisar kering]
3)6 tangkai cili padi hijau[dikisar kering]
4)sengenggam ikan bilis halus[dicuci berseh]
5)1 biji telur
6)Sedikit serbuk perasa
Cara menyediakan
1)Panaskan minyak dan tumis  bawang kisar sehingga wangi
2)Masukkan cili padi kisar diikuti ikan bilis dan tumis sekejap
3)Pecahkan telur dan kacau hingga hancur, biarkan ia garing
4)Masukkan nasi sejuk dan kacau sehingga   naik bau
5)Akhir sekali perasakan dengan serbuk perasa secukupnya


Tanpa telur mata kerbau sepilah nasi goreng kampung










Akhir kata ,, kurangkan gula dalam minuman,banyakkan minum  milo ais kurang manis .Wak terima kasih ye resepi baked potato, bila dah buat nanti me tepek kat blog.





Yang benar

Makcik yang naif tapi vogue














Tarikh : 19 March 2014, Rabu
Lokasi : Rumahku Syurgaku bukan Stadium Bukit Jalil







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )