Wednesday 19 March 2014

koleksi juadah tengahari kegemaran keluarga : resepi mudah dan sedap


Bersambung dari cerita di sini, tengahari tu sebelum ke Shah Alam aku masak dulu . Rutin biasa sebelum meninggalkan rumah. Bila dah siap masak senanglah sikit nak keluar  at least  takde lah aku  risau kalau  terpaksa balik lambat. Meh tengok, juadah yang aku  masak ,lauk  simple je.

Kari ayam dua hari lepas kasi perhangat

 baby kailan yang tak berapa nak baby goreng bawang putih
 ikan selar goreng cili, sedap dan mudah disediakan

Bahan-bahan
1)5 ekor ikan selar sederhana besar[dibersehkan]
2)5 ulas bawang merah kecik & 3 ulas bawang putih[dikisar kering]
3)8 tangkai cili padi merah[dikisar]
4)5 tbsp sos tiram
5)4 tbsp sos cili
6)150ml air
 Cara menyediakan
1)Lumur ikan dengan sedikit garam dan kunyit kemudian goreng sehingga garing. Susun ikan goring di dalam pinggan.Ketepikan
2)Panaskan minyak dan tumis bawang kisar hingga naik bau dan garing
3)Masukkan cili padi kisardan tumis hingga pecah minyak
4)Masukkan sos tiram dan sos cili.Kacau sebentar
5)Kemudian masukkan air dan biarkan mendidih dengan api perlahan
6)Tutup api , angkat dan tuangkan  sos tersebut ke atas ikan yang telah digoreng tadi

Egg tofu bersos tiram, ianya amat mudah untuk disediakan


Bahan-bahan
1)3 tiub egg tofu
2)4 ulas bawang putih[dicincang]
3)setangkai daun bawang[dihiris]
4)2 tbsp  sos tiram
5)50ml air tepung jagung untuk memekatkan kuah
6)Minyak
Cara menyediakan
1)Potong egg tofu dan goreng sehingga golden brown, ketepikan
2)Panaskan satu sudu minyak masak yang  dicampur sedikit  minyak bijan di dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga sedikit garing
3)Masukkan sos tiram dan tumis sekejap .Pekatkan kuah dengan air tepung jagung
4)Tutup api, angkat dan curahkan kuah di atas egg tofu
5)Akhir sekali taburkan hirisan daun bawang di atasya




Berselera sungguh adik makan pagi ni, sedaplah  agaknya. Jelas sekali ada  unsur-unsur  memuji diri sendiri di situ.








Sekian...itu saje buat masa ni .Akhir kata majulah sukan untuk negara








Tarikh : 17 March 2014, Isnin

Lokasi : Rumahku syurgaku























Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )