Wednesday 26 March 2014

koleksi juadah kegemaran keluarga & Koleksi header blog free ; resepi mudah dan sedap..

Tetiba hati berbunga  ria  melihat header hasil tangan sendiri...tak sia-sia aku menghabiskan masa sepanjang hari mengodek , mengedit ,mengpolish  header blog  ni.. lihatlah doniya  Cer tengok atas ,cer tengok comel tak headar makcik cleaner. Okey lah tu kan  untuk makcik  yang baru nak bejinak jinak dalam dunia pengeditan...*tangan kat dada mata pandang ke bawah dan ke atas  empatplohkali *.

Masuk blog tak bagi   salam ,terus nak up pasal header. Minta maaflah kengkawan..teruja sampai lupa nak bagi salam.Salam  kengkawan ku semua,apa khabar????diharap kengkawan semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya . Saper rindu makcik angkat tangan.Fuh,!!!!!!ramainya yang angkat tangan.Terima kasih much much kerana kesetian korang yang tak berbelah bahagi kepada makcik, hanya  tuhan saje yang dapat membalas budi baik kengkawan semua ,touchingkan. Okeylah seperti biasa  makcik nak up juadah hari minggu hari tu,sup ayam kampung tanpa MSG gitu, bendi goreng cili dan sambal belacan.

 setiap kali masak sup ayam aku suka kecutkan dulu ayam bersama bahan tumisan dan rempah sup.

 Bahan-bahan
 1)2 ekor ayam kampung bersize sederhana[dibersehkan dan dipotong sedehana kecil]
 2)1 paket kecil rempah sup adabi[dibancuh dengan sedikit air]
 3)* 2 labu bawang besar[dipotong baji]
 4)* 5 ulas bawang putih[diketuk]
 5)3 ketul halia sebesar ibu jari[diketuk]
 6)* 1bungkus rempah bunjut
 7)air
 8)2 batang carrot bersize sederhana[potong mengikut citarasa masing-masing]
 9)3 biji kentang[dipotong baji]
 10)1 batang daun bawang &  3 batang daun saderi[dihiris halus]
 11)garam secukupnya
Cara menyediakannya
1)panaskan kuali dengan sesudu minyak kemudian tumiskan bahan bertanda bintang hingga naik bau dan agak garing
2)Setelah semua bahan tumis naik bau, masukkan rempah sup diikuti dengan kentang, carrot dan ayam. Kacau sebati semua bahan.
3)Bila bahan dah sebati masukkan air
4)Reneh sup ayam dengan api perlahan sehingga kesemua bahan-bahan  tadi masak empuk sepenuhnya
5)Kaup sebarang buih dan minyak dipermukaan sup ayam mengunakan senduk
6)Akhir sekali perasakan dengan garam. Tutup api dan taburkan dengan hirisan daun bawang dan saderi di atasnya

Sup ayam kampung untuk anak tercinta,   *touchingkan*

Sup ayam kampung rasa nak interframe sekali lagi


Tak sah rasanya kalau masak sup tak buat sambal belacan, yummy pedas


Aku tersipu malu, bila adik puji bende goreng  ni sedap. Senang je nak masak bendi goreng ni , biasalah masakan yang  senang  tu lah yang selalunya sedap ye dak.Sekirannya  anda teringin untuk mencuba resepi bendi goreng mudah lagi sedap ni  , anda boleh melayari website; makciktemperesepi.com  atau  makcikperia.com











Luahan sang pencinta karipap

Laparnya perut ,  karipap ada tapi tak boleh makan  selagi  hantu  karipap   berkeliaran kat sini.  Kalau hantu betina tak pe lagi  ni jantan ,,haishhh geram mak tau jantan cam ni. Terpaksalah mak pendam kelaparan  ini hingga ke tengahari








Tarikh : 23 March 2014, Ahad
Lokasi : Kg Mohd Zain.....




































Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )