Hujung minggu dikala cuaca yang agak berjerebu lebih lagi ketika negara Malaysia kucintai ini masih lagi berduka cita atas kehilangan MH370, kaki ni terasa berat hendak melangkah keluar dari rumah.Cehhhh wah terserlah sungguh sifat keperihatinan aku di situ.Pakkal lah yuyi ajak temamkan dia pergi bakery, kalau tak jangan harap aku nak keluar rumah. Kasihan yuyi, dahlah perut lapar, lepas pergi ke hampir 3 buah bakery,dia masih tak jumpa barang yang di cari jadi kesudahannya dia ajak aku balik. Sebelum balik, kami singgah makan dekat Fruity.
Samada korang perasan atau tak, aksi tu nampak sedikit manja , gelikss mak tau
Blogger yang kononnya tegar ni tak punya account facebook dan instagram dia cuma punya account twitter saje, jadi sesiapa yang berminat nak tahu perkembangan terkini pasal dia sila follow dia punya twitter.ceh wah dah macam retis di situ.
Apasal buat muka serius, nak cucuk ayam je pun
Kenapa sampai nak keluarkan gigi?, kek coklat je pun
chicken chopnya agak keras sedikit. tulah adik, aku nak orderkan dia chicken sizzling dia tak nak,hambekk ko , sampai makan pakai tangan sebab tak larat potong ayam dengan pisau
Perghhhh sorganya bila dapat makan croisant tuna serta minum secawan tea dipetang hari. Croisant tuna salah satu menu yang wajib diorder setiap kali makan dekat sini.
Tarikh : 15 March 2014,sabtu
Lokasi : Fruity Bakery & Cafe Klang
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .