Ahad tengahari ; tetiba teringin pergi subang naik komuter . Karipap, bubur nasi uncle Lim,,Carrefour subang, Subang Parade bersilih ganti bermain dalam kepala aku. Tak boleh jadi lebih kurang pukul 11.30 aku heret adik pergi stesen komuter. Masa tu dia punya panas lain macam.Ahhh orang kata tu baru percikan api neraka *tetiba sepohon kayu daunnya rimbun lebat buahnya serta bunganya walaupun hidup bla bla .insaf* Part paling aku malas setiap kali naik komuter bila kena menaiki jenjantas untuk ke kaunter tiket ,lemah lutut mak. Huhhh lega,sejak adik dah mula bijak pandai petah bercakap ni, bolehlah diharap setakat beli tiket komuter.
Aku : adik beli tiket pergi subang untuk 2 orang
Adik : okey makkk (terus panjat tangga jenjantas laju2 menuju ke kaunter tiket)
Masa adik dekat nak sampai kaunter tiket aku jerit
Aku : adik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Subang cancel,tukar Shah Alam
Selang beberapa saat adik datang hulur dua keping tiket kat aku . Aku belek- belek tiket tu "la subang ke, kan mak suruh beli tiket pergi Shah Alam. "Tak dengar pun mak cakap Shah Alam," adik jawab spontan. "Tak pelah dik ,subang pun subanglah tapi mak turun kat Shah Alam tau. Tetiba je mak rasa macam nak pergi Alam Sentral , makan Kenny Rogers, sebelum balik nak singgah PKNS kejap beli nasi lemak .Sebulan sekali buat kerja gila okeylah lagi tapi bila dah kerap sangat sah sah orang cop ko giler.....
Kasihan adik,beli tiket pergi subang tapi aku turun kat Shah Alam. "Alah mak!! dekatnya Shah Alam jom lah pergi Subang," adik merengek manja. Aku buat bodon.
konon macho lah tu
Ayam oh ayam
I like pumpkin soup forever
Amboiii,macam ni punya makan RM43 tetiba je teringat ayam kat pasar ,baru RM7 sekilo ,matikk lah sampai pikir ayam kat pasar .
"Mak orang subang suka kiss ke? Tanya adik tanpa rasa bersalah."syyy...... jangan cakap macam tu tak baik ,dengar orang Subang marah plak kang...Kenapa adik cakap macam tu? "mak tengok gambar orang kiss, bawah tu ada tulis sumbang,"jawab adik sambil jari telunjuk menuding ke gambar tut kiss kiss. Aku bantai gelak. "Adik tu perkataan "SUMBANG" "berkelakuan sumbang" bukan "SUBANG." Dia tanya lagi aku apa maksud berkelakuan sumbang. "berkelakuan sumbang tu berkelakuan tak senonoh , tak elok,"jawab aku spontan. Macam good good kan
Sekian saje untuk hari ni, akhirkata majulah pengangkutan awam untuk negara
Tarikh : 9 March 2014, Ahad
Lokasi : Plaza Alam Sentral, Kenny Rogers Roasters
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .