Monday, 10 March 2014

entry yang sedikit berilmiah dari makcik cleaner

Sekali sekala aku  nak update  entry berilmiah  janganlah pulak  korang  buat macam endah tak endah je . *nampak tak ada  unsur  paksaan membaca  disitu*. Samada korang nak percaya atau tidak sejak dari kecil hingga kita dewasa berkahwin dan beranak pinak kita tak pernah berhenti belajar. Belajar dan terus belajar lagilah bila kita dah jadi ibu dan  mempunyai anak  yang sedang bersekolah . Bayangkan bila anak kita tanya soalan Pendidikan Islam paling senang "Rukan Islam ada berapa mak?"  kita pulak jenis malas belajar dan berfikir , tak tau nak jawap apa kat  dorang tu baru soalan Pendidikan Islam belum lagi soalan admath, fizik , kimia mamposss darjah 3 belajar admath,kimia bagai. Hampir setiap malam aku mengajar  anak  aku mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan kerja sekolah  ,Tipulah  kalau aku cakap yang aku boleh jawab dan explain semua soalan yang diajukan oleh anak aku , tapi ok  lahhhh  atleast aku cuba belajar dan berminat untuk belajar  ha tu yang penting kan.

Konsep aku , tak boleh buat  banyak, buat sikit  janji  setiap hari ado terutama mathematik
Rajin-rajinlah bawak anak ke bookstore dan membelikan buku latihan untuk mereka.Terbaek ; buku rampaian pelbagai subjek mengikut format KSSR  & modul rampaian pelangi ini dijual dengan harga RM3.55 sebuah je  kalau tak silap aku ,ianya   boleh didapati di MPH & Popular bookstore.Apalagi grab lah cepat.


Bila dah jadi ibu tahap  kesabaran kena tinggi terutama bila menghadap muka mereka yang tak berapa nak comel setiap kali disuruh  mengulangkaji pelajaran atau menyiapkan  kerja sekolah .owhhh jangan mudah putus asa.,biasalah budak baru belajar,, cuba bagi tengok cite Jimmy Neutron senyum sampai ke telinga



Rasanya cukup sampai disini  saje kemerapuaan aku, akhir kata majulah sukan untuk negara dan jangan lupa #PrayForMH370







Tarikh :  9 March 2014,Ahad
Lokasi : Rumahku syurgaku










Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .