Showing posts with label Nasi goreng kampung pedas. Show all posts
Showing posts with label Nasi goreng kampung pedas. Show all posts

Wednesday, 19 March 2014

Konsert Festival Future Music Asia (FFMA) &*%$#2!^%$^*^$??????????? #FFMA2014

Apa itu  Festival Future Music Asia(FFMA)????Sejujurnya aku baru tahu akan  keujudan FFMA ni  masa  menonton  Buletin Utama TV3 yang menyiarkan  berita   6 orang maut , 3 kritikal dalam ICU akibat dadah dan alkohol  ketika menghadiri konsert  FFMA di Stadium Bukit Jalil.  FFMA tahun ni merupakan kali ketiga konsert ni diadakan di Malaysia , owhhh  really OMG very the naif makcik..kenapa makcik tak tahu semua tu. ? Aku tak mahu komen apa -apa , zaman aku bersosial kat disco dah habis .Untuk pengetahuan korang zaman dulu kitaorang  berliburan aka bersosial  minum coke je, masa tu pil khayal ke pil  kuda ,pil unta masih belum glamer. Sedih  sangat bila teringat arwah atok, dulu sebelum  aku  pergi disco , arwah atok & nenek  selalu pesan ,jangan ambik dadah cu ,kalau rasa nak mabuk mabuk khayal khayal hanky panxy & happening  dia suruh  hisap curut  tak pun hisap rokok daun je,  murah pun murah,lagi natural. Aku rasa mulai sekarang kita dah boleh up kan balik   bisness curut dan rokok daun.Haish,,, bukan ke masa atuk aku meninggal dunia umur aku umur 7 tahun, atuk yang mana satu ni..konpius

Dari cerita curut terus tukar ke cerita nasi goreng kampung.  Rasanya dah lama tak masak nasi goreng kampung guna cili padi hijau sebelum ni asyik guna cili merah je. Pagi tadi semangat nak  masak nasi goreng kampung guna cili padi hijau.


 Nasi goreng kampung cili padi hijau
Bahan-bahan
1)7 cawan nasi sejuk[digaul sedikit garam]
2)5 ulas bawang merah kecik & 4 ulas bawang putih[dikisar kering]
3)6 tangkai cili padi hijau[dikisar kering]
4)sengenggam ikan bilis halus[dicuci berseh]
5)1 biji telur
6)Sedikit serbuk perasa
Cara menyediakan
1)Panaskan minyak dan tumis  bawang kisar sehingga wangi
2)Masukkan cili padi kisar diikuti ikan bilis dan tumis sekejap
3)Pecahkan telur dan kacau hingga hancur, biarkan ia garing
4)Masukkan nasi sejuk dan kacau sehingga   naik bau
5)Akhir sekali perasakan dengan serbuk perasa secukupnya


Tanpa telur mata kerbau sepilah nasi goreng kampung










Akhir kata ,, kurangkan gula dalam minuman,banyakkan minum  milo ais kurang manis .Wak terima kasih ye resepi baked potato, bila dah buat nanti me tepek kat blog.





Yang benar

Makcik yang naif tapi vogue














Tarikh : 19 March 2014, Rabu
Lokasi : Rumahku Syurgaku bukan Stadium Bukit Jalil







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday, 1 May 2013

aneka resepi dari cili api ; resepi yang lengkap serta step by step ; sila kasi tahan pedas

Terasa rindu serindunya  nak tepek resepi di blog sendiri. Asyik cerita pasal jalan-jalan makan angin dan jalan-jalan cari makan je ,  jemu jugak rasanya.Buat masa sekarang ni bukan senang aku nak update blog. Setiap kali aku nak updete aku terpaksa berlawan dengan sakit kepala dan kepenatan pada otot disekeliling mata  dikuti dengan penyakit  M.Dan akibatnya blog ini akan terabai seketika.

Berbalik pada tajuk entry ; hari sabtu baru-baru ni Firdaus sekolah ganti sempena cuti chinese new year yang  lepas.Jadi aku tak ke mana-mana pada hari tu. Pagi tu aku mengemas rumah ala kadar dan tengahari pulak sebelum Firdaus balik dari  sekolah aku masak juadah untuk makan tengahari. Pada waktu malamnya pulak yuyi dengan gula-gula  datang tidur rumah. Selepas  menikmati juadah makan malam dan siap  mengemas apa yang patut, masing -masing masuk ke dalam bilik berehat.

Cili api merah ni dah menjadi kegemaran semua  buat masa sekarang
 Sup suhun , fucuk dan kentang
 Telur dadar
 Telur masin
Entah apa motip aku ,  kedua-dua juadah makan tengahari aku dari spesis telur : (
 Sardin dalam tin cap ayam(size besar)Asingkan ikan sardin dengan sos.Gorengkan ikan sardin terlebih dahulu.
Asam jawa sebesar ibu jari dibancuh dengan air

Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang merah kisar  hingga naik bau.Guna api sederhana
Selepas bawang merah kisar tadi menjadi garing, bolehlah  dimasukkan cili api kisar , tumis hingga pecah minyak.Selepas tu masukkan perahan asam jawa diikuti dengan sos /kuah sardin tadi. Biar sos/kuah mendidih dan sedikit pekat.Setelah mendidih masukkan ikan sardin yang telah digoreng . Kacau secara perlahan supaya ikan tadi tak pecah. Sebelum  diangkat perasakan dengan sesudu kecil gula, garam dan secubit serbuk perasa .(Amaran!!!! jangan terlebih gula dan serbuk perasa dalam apa saje menu ikan sardin dalam tin)
 
Sardin pedas kebabom



Tarikh : 27 April 2013,Sabtu
Lokasi : rumah sendiri
Peristiwa : Juadah makan malam



*************************

Bila mengenangkan hari ni 1 May 2013  cuti,dah tentunya untuk juadah  malam tadi  aku  masak menu yang sehabis ringkas.  Apa lagi menu yang ringkas kalau tak nasi goreng. Kali ni aku masa nasi goreng kampung pedas plus plus 2 kali ganda, nampak disitu aku masih   mengekalkan cili api sebagai bahan utama.

Mula -mula kita keluarkan pen dan kertas, kepada sesiapa yang mempunyai Smartphone, Iphone atau Ipad tu keluarkan cepat, sila salin resepi yang tak boleh dibanggakan sangat ni.hurmmmmmmmmm

  telor ayam dua biji  
1)Segenggam ikan bilis dibasuh dan dikisar sederhana halus
2)Cili api merah dikisar halus (jumlah ikut suka masing-masing)
3)7-8 biji bawang merah dihiris dan dikisar sederhana halus
 Nasi sejuk atau nasi baki malam tadi digaul dengan sedikit garam
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang merah kisar  hingga naik bau.
Selepas bawang merah kisar tadi menjadi garing, bolehlah  dimasukkan cili api kisar diikuti dengan ikan bilis kisar.Pecahkan dua biji  telur ke dalam mangkuk dan  tuang  terus ke dalam kuali .Masak telur hingga sedikit garing. Akhir sekali masukkan nasi dan goreng hingga nasi masak dan mengeluarkan aroma wangi bawang, cili api dan ikan bilis .Sebelum diangkat perasakan dengan secubit serbuk perasa.*wah wah poyo ko disitu*
Don't judge my nasi goreng by its rupa, rasa dulu baru tahu berapa banyak cili api yang aku letak ke dalamnya. 





Sekadar nasihat dan renungan bersama

Jangan kerana berlainan atau berbeza  fahaman politik, kita sesama bangsa melayu dan agama Islam bersengketa dan berpecah belah 








Tarikh : 30 April 2013,Selasa
Lokasi : rumah sendiri
Peristiwa : Juadah makan malam





SELAMAT HARI PEKERJA KEPADA SEMUA PEKERJA DI MALAYSIA




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .