Showing posts with label Frankfurter ayam cheese. Show all posts
Showing posts with label Frankfurter ayam cheese. Show all posts

Friday, 4 October 2013

sarapan pagi yang mudah disediakan

Dah lama tak update cerita pasal breakfast .Bukan tak nak update cuma sekarang ni aku tak boleh  berlama-lama depan komputer nanti kepala akan cepat pening. Aku pun dah jarang nak  buka  komputer lepas balik kerja .Entahlahhhh semenjak dua menjak ni badan cepat letih je. Mana tak letih makcik tempe oiii  masa lunch ko  makan macam tak ingat  doniya. Ratu kebaya, Puteri yasmin, noorghafura, dan Haza cam mana ni? bila projek diet kita nak bermula?????
 
Berbalik pada cerita sarapan pagi , Pada  mulanya aku  bercadang nak beli bihun goreng je untuk sarapan pagi  tapi entah kenapa tiba-tiba last minute aku bertukar fikiran nak buat  sendiri sarapan pagi pulak .Biasalah otak kita ni  kadang-kadang bukan boleh 
dijangka : )


Kelarkan 6 ketui  Frankfurter ayam Cheese Ayamas.Panaskan chefal dan masukkan sedikit butter.Panggang frankfurter dalam chefal  sehingga agak garing
Sos cili sebagai sos pencicah ; aku pengumpul tegar sos cili dan sos tomato : )
roti telur
Bahan-bahan untuk membuat lebih kurang  6 keping roti  telur
1)6 roti Massimo
1)3 biji telur size L, ko ado
2)sedikit mixed herb
3)sedikit kicap air & garam
4)1/2 labu bawang holand-dipotong dadu
 Cara menyediakannya
1)3 biji telur dikacau bersama dengan sedikit garam, mixed herb dan bawang besar dadu
2)Panaskan chefal  dan masukkan sedikit butter
4)Celupkan roti ke dalam bancuhan telur tadi dan susunkan sedikit bawang besar dadu di atas dan di bawah roti
5)Letak roti tadi atas chefal.Terbalikkan roti supaya roti garing sekata
Frankfurter ayam cheese ayamas yang telah siap dipanggang
Nescafe semug saje, tu pun tak boleh habis.

Muka bangun tidun













Tarikh : 4 September 2013, Jumaat
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : Breakfast












Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday, 4 April 2013

Roti frankfurter ayam cheese- breakfast simple dan mudah

Khamis dan Jumaat lepas aku saje  ambik cuti tahun . Cuti dua hari  plus cuti hujung minggu sabtu dan Ahad  terasa sekejap je , sekarang ni masa cepat sangat bergerak. Tapi  yang geram tu ..semasa bekerja aku seolah-olah terasa masa lambat bergerak.Nasib baiklah masa cuti tu aku ngan anak-anak sempat bawak sibongsu  manja masam Firdaus sorang tu jalan-jalan kat Kay ELL, jadi tak delah sia-sia aku ambik cuti.


Berbalik pada tajuk entry; jom kita buat roti frankfurter ayam bercheese

 Roti Massimo germa gandum dan Frankfurter ayam cheese  Ayamas
Bahan-bahan untuk membuat lebih kurang  5-10 keping roti  Massimo germa gandum
1)Roti Massimo
1)5 biji telur
2)sedikit mixed herb
3)sedikit garam
4)satu labu bawang besar-dihris nipis
5)3-5 batang frankfuter ayam cheese-dihiris sederhana nipis
 Cara menyediakannya
1)5 biji telur dikacau bersama dengan sedikit garam, mixed herb dan hirisan bawang besar
2)Panaskan chefal  dan masukkan sedikit butter
4)Celupkan roti ke dalam bancuhan telur tadi dan susunkan hirisan frankfurter cheese ayam di atas dan di bawah roti
5)Letak roti tadi atas chefal.Terbalikkan roti supaya bancuhan telur  dan hirisan frankfurter ayam cheese masak  sekata.
6)Terbalik-balikkan roti tu sehingga masak

Gunakan api sederhanan
Lagi garing lagi sedap: ) sedap dimakan begitu saje dengan sos cili
Kalau suka boleh potong 4




Tarikh :28 March 2013 
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : quick easy  breakfast




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday, 27 March 2013

Hari ini dan semalam hari Ayamas


Malam tadi, masa tengah makan ayam black pepper dengan Firdaus, dia tanya aku

Firdaus : esok, mak cuti keja ke?

Aku : kenapa Firdaus tanya?

Firdaus : Saje...

Aku : Firdaus suka mak tak keja ke?

Firdaus : suka ....firdaus rindu...........

Aku : apa rindu........."OMG dah lama tak dengar perkataan tu," bisik makcik tempe dalam hati.

Firdaus : ye...rindu

Aku  : Firdaus tahu apa maksud  rindu tu?

Firdaus : diammmmm..........sengih sengih

Aku syak dia terlebih tengok filem ombak rindu..........


Juadah malam tadi
Makcik tempe terlebih rajin
 Suami aku pengemar tegar ayam black pepper ayamas

Kenangan bersamamu Ayamas, umpama mimpi dalam mimpi.Dan tetiba aku teringat sesuatu ....hampir setiap hari  kena buang  tangkai 7 basket cili merah.
muka terpaksa



Tarikh : 26 March 2013, malam
Lokasi : rumah sendiri



*************

Pagi ni suami dengan Firdaus breakfast , roti telur bersama  frankfurter ayam cheese ayamas panggang.Aku dengan kawan  breakfast  kat kampung , aku makan nasi lemak sambal sotong dan teh tarik
 
Aku suka frankfurter ayam cheese ayamas sebab tak berapa masin : )

roti telur bersama  frankfurter ayam cheese ayamas panggang






Tarikh : 27 March 2013, pagi
Lokasi : rumah sendiri






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .