Wednesday, 4 September 2013

Resepi kuah dhal sedap dan mudah; roti canai sedap dicicah dengan kuah dhal sambal



Dah lama rasanya tak masak kuah dhal. Kebetulan hari sabtu tu ada panaskan roti paratha buat sarapan , aku buat sekali kuah dhal dengan sambal ikan bilis sebagai pencicah.  Aku tak tahu pun hari tu tak de air, selambabadak je aku masak bagai.Padan muka pagi ahad tu ,aku masuk bilik air nak mandi..pulas kepala paip air tak keluar .Habis cam mano???.air tangki dah kuhabiskan dengan memasak bagai. Lepas keluar dari bilik air saje nak ngadu manja manja dengan  suami air tak de, sekali hambik ko kena smashh “ tv dah bagitau  dua hari tak de air bla bla bla…pot pet pot pet…………… kadang-kadang aku perhatikan lelaki ni lagi kuat bebel dari pompuan.,,opsssss


Bahan-bahan untuk memasak kuah dhal

(Bahan A)_
1)200gm genggam  kacang dhal- rendam semalaman agar cepat empuk.
2)sebiji terung bulat dikupas kulit  dan dipotong dadu
3)1/2 batang carrot dikupas kulit dan dipotong dadu
4)1/2 sudu besar rempah kari
5)garam secukup rasa


(Bahan B)
1)sedikit rempah campur-terdiri dari halba, biji sawi, jintan manis dan jintan putih
2)1/2 biji bawang holand dikupas kulit dan dipotong dadu
3)Setangkai daun kari
4)1 cm halia-dimayang                                                   
Bahan B ditumis sehingga naik bau dan layu
Cara memasak
1)Rebus kacang dhal sampai empuk
2)Bila kacang dhal dah separuh empuk , masukkan rempah kari dan kacau sehingga sebati
3)Masukkan  terung dadu dan  carrot dadu
4)Bila semua dah empuk , perasakan dengan garam secukup rasa. dan ketepikan(boleh tambah air jika kuah dhal terlalu pekat)
5)Dalam kuali , (tumis bahan B)  sehingga  naik bau.Bila dah naik bau , angkat dan tuangkan kesemua bahan tumis kedalam (bahan A) kuah dhal tadi .Tutup api .Sedia untuk dihidangkan.

Kuah dhal sedia untuk dicicah dengan roti paratha jenama kawan
 Kuah dhal mesti ada sambal baru best.Aku buat sambal ikan bilis untuk dijudukan bersama kuah dhal
Roti paratha jenama kawan hanya keluarkan dari peti sejuk dan panaskan atas kualidengan membalik-balikkannya dua-tiga minit dengan api yang sederhana  sehingga garing.

Gabungan kuah dhal dan sambal ikan bilis  .
Firdaus sedang melayan roti paratha tampal










Tarikh : 31 Aug 2013, Sabtu
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa  : Sarapan pagi




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Selamat datang