Monday, 23 September 2013

Kunjungan balas ; 3 bekas berbalas dengan 6 bekas

Amalan ziarah dan kunjung mengunjung antara keluarga  dan anak beranak bukan  saje dapat mengeratkan tali silaturrahim malah yang paling best bila  sesekali dapat merasai  air tangan anak sendiri.Hari sabtu kan aku ada up status kat Facebook  jamu anakku  dengan Nasi tomato, ayam masak merah dan acar berempah, jadi  kononnya hari ahad tu  yuyi  macam membalas kunjungan dan hidangan dengan mengajak   aku datang makan kat rumah dia .Kasihan yuyi susah-susah je masak . Banyak juga lauk pauk yang dia masak.

Tak sampai 20 minit aku duduk atas sofa rumah yuyi,loceng pintu berbunyi.Yuyi tergesa-gesa memanggil gula-gula hacks keluar dari bilik. Yuyi ni memang ada masalah sikit nak berjumpa dan bercakap dengan orang. Lepas gula-gula hacks ambik duit dari tangan yuyi, dia terus bukak pintu.
OOOOO  bulat ......guna  servis penghantaran mekanan ke rumah ye .ko ado
 Kasihan yuyi dengan gula-gula hack nampak sangat muka  penat masak
 Ikan kukus sebelum dicurah kuah
 ikan kukus selepas dicurah kuah : ) terbaek terasa  pedas + masam.
Thai green chicken curry , sedap.
 Tomyam
 Butter prawn
 kangkung goreng
 Sotong goreng tepung

Pelik sikit anak-anak aku ni terutama yuyi, rasanya  sebelum keluar rumah dia dah makan  tapi sebelum hantar aku balik rumah dia boleh ajak aku makan   lagi. Yuyi ni kalau order makanan bukan sikit-sikit, dengan nasi ayam, kerang bakar, otak -otak, satay kambing semua  dia order. Last last saper yang kena  perhabis semua makanan , mak dengan gula-gula hacks juge..........





Tarikh : 22 Sept 2013, Ahad
Lokasi : Rumah Yuyi
Gerai MPK Pelabuhan Kelang

Kalau suka boleh like : )
Lokasi ; Servis penghantaran makanan terus ke rumah (Hentikan niat nak mengunakan servis Thai me up sekiranya tempat kediaman anda jauh berbatu-batu dari alamat dibawah  .
Thai Me up
Shah Alam (South) 5-34-1, Jalan Sinaran, Off Persiaran Anggerik Vanilla, Kota Kemuning, 40460
Peristiwa : Kunjungan balas






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .