Cabaran meneroka dunia KidZania .Kami sampai lebih kurang pukul 10.30 pagi. Sebelum tu kami ke kaunter KidZania . Tiket yuyi dah beli siap-siap secara online. Selesai pendaftaran kami diberikan tiket boarding pas, sebelum masuk kami dipakaikan tag khas.
Firdaus diberikan cek 50 kidzos
Cek 50 kidzos ditukar kepada duit kidzos.Duit tadi boleh digunakan untuk membeli barang kecuali(food and beverages) dan ada pekerjaan tertentu yang perlu dibayar.Tapi ada juga pekerjaan yang kanak-kanak akan diberikan kidzos sebagai gaji.
Jangan lupa ambik Kidzania city map ground&upper level untuk memudahkan lawatan kita
Inilah bandar KidZania sentiasa bizi dengan aktiviti. Macam tak percaya dalam bangunan ada sebuah bandar .Kita yang dewasa ni excited apatah lagi budak-budak.
Inilah bandar KidZania sentiasa bizi dengan aktiviti. Macam tak percaya dalam bangunan ada sebuah bandar .Kita yang dewasa ni excited apatah lagi budak-budak.
Fire dept bersebelahan dengan klinik gigi
Dr.gigi sedikit karek,makanya Firdaus tak nak jadi doktor gigi : (
Puas ku pujuk namun Firdaus tetap tak berminat nak jadi cashier dan jurujual
********
Jika AdultZania wujud , kamilah jadi pengunjung pertama yang sampai .
Yuyi teruja nak jadi ahli bomba
First check point Firdaus ke Fire dept , semangat nak kerja bomba. Firdaus group kedua, estimated waiting group 2,40 minit
Firdaus khusyuk mendengar taklimat dari pegawai bomba
6 anggota bomba dengan sebuah jentera bergegas menuju ke lokasi kebakaran
la rupanya hotel yang terbako.ko mampu???
ahli-ahli bomba sedang berkerja keras memadam api yang sedang menjilat sebahagian bangunan hotel
yeah yeah kami ahli bomba komited memberi perkhidmatan yang terbaek.Sukanya dia dapat main air nohhh
Serius memadamkan api
tu dia............. ahli-ahli bomba kita
Firdaus yang bertanda anak panah putih
Bila mision completed anak anda dapat gaji
********
Hot Section ,beratur panjang ramai sangat yang berminat nak jadi kabin crew dan pilot. Firdaus nak jadi pilot .
Firdaus sanggup beratur panjang asal cita-cita dia nak jadi pilot tercapai
Gambar tak de sebab ibubapa tak dibenarkan masuk masa anak melakukan aktiviti.
Akak sentiasa doakan kejayaan adik : )
Tak dapat jadi pembaca pemberita dapat bergambar depan kontipun jadilah
Ni sorang lagi dapat bergambar depan konti pun jadilah
********
K.P.J Specialist Hospital, kami sentiasa komited pada kesejahteraan anda.Di sini pelanggan kami adalah diutamakan.
Sepasukan paramedic dikejarkan ke tempat kejadian selepas pihak bomba dan penyelemat turut bergegas ke lokasi kemalangan bagi memberi bantuan awal kepada mangsa.
Firdaus memberikan rawatan kecemasan awal dengan dibantu ketua paramedic. ye ye o je
Anggota paramedic begitu khusyuk mendengar taklimat dari ketua paramedic
Abang salah seorang anggota paramedic hanya boleh pandang dan lihat saje gelagat mereka dari jauh
Semangat mereka yang berkobar-kobar untuk mengujudkan adultzania
Adakah semangat hanya tinggal semangat : (
********
********
Tetiba Firdaus nak jadi polis. Tak pelah dalam dunia kidZania ,dalam dunia realiti, mak tak bagi ijin adik jadi polis. Ingat tu................
Firdaus sedang menunggu giliran untuk beraksi sebagai polis
Alahai kurusnya polis kidzania.............
Khusyuk mendengar taklimat
Tabik hormat
.Inspektor sahab mera name jokerrrr
Tugasan pertama ; berjumpa dengan suspek utama yang sedang mendapat rawatan kecemasan dihospital.ko ado
Tugasan kedua ; menyerbu kedai mesin kuda semakin banyak serbu menyerbu kedai mesin kuda semakin banyak mesin kuda ujud.
Polis lain sedang bertungkus lumus buat kerja,adik buat apa plak tu??? ????
yang bestnya kita boleh keluar masuk lokap ni sesuka hati
Date : 13 September 2013, Jumaat
Lokasi : KidZania Kuala Lumpur
Curve NX
18 Jalan PJU 7/5,
Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Peristiwa : Jalan-jalan hujung minggu
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .