Thursday, 26 September 2013

Bukan nasi lemak

Bangun pukul 4.30 pagi , teringat petai  yang telah siap dikopek hari ahad hari tu lalu  aku terus buat sambal ikan bilis petai. Ikan bilis goreng tak semua aku buat sambal, separuh aku tinggalkan untuk Firdaus sebab dia suka makan ikan bilis goreng bersama nasi.Lauk tambahan aku buat telur mata kerbau dan ulam timun. Amalan biasa ibu bekerja ; breakfast plus lunch .
Hidangan  nasi lemak  tapi masak nasi putih , terlupa plak nak ambik gambar ikan bilis goreng
Zoom sikit sambal ikan bilis petai aku

Ketahuilah sebenarnya anak kecil kita tak memilih makan, tak banyak ragam, mereka semua anak kecil yang baik, dengar cakap bla bla dan bla.Cuba fahami bahasa dan emosi anak , sambil dia makan tu cakap kat dia "hanya ini yang termampu mak masak untuk adik,bla bla bla bla...dan bla bla, cakap tanpa rasa penat... jemu........




Tarikh : 26 September 2013, Khamis
Lokasi : Rumah sendiri
Peristiwa : breakfast




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .