Wednesday, 11 September 2013

Cerita pagi ni...........

Kenapa aku hari ni ?  letih semacam je..............dahlah  terbangun lambat pagi tadi .Nasib baik sempat masakkan nasi dengan lauk untuk Firdaus. Masak yang simple je , Telur dadar dan ayam masak halia & kicap ekceli resepi ni dari  MIL. Bila kelapangan  nanti InsyaAllah  aku udpate resepinya .

Pagi  ni aku lambat masuk ofis .Sementara nak menunggu kawan aku sampai, sempatlah singgah kejap kat kedai  Acheh beli surat khabar.Dalam kereta boring,  aku suka hilangkan boring dengan membaca  akhbar atau majalah. Kalau orang lain kepala pening@ting tong baca baca akhabar, majalah dan sebarang bahan bacaan dalam kenderaan bergerak , InsyaAllah aku okey lagi. 

Aku selalunya beli surat khabar  Berita Harian tapi bila aku rasa nak menikmati cerita sensasi panas, meletup-letup aku beli Metro tak pun Kosmo. Ha ha  ha paling aku suka sisipan hip dalam surat khabar berita harian.Hari ni akhbar berita harian dalam sisipan hip ada cerita tentang ;  Che Ta , Zain belum ada tarikh sah bergelar suami isteri, isu dakwaan Adi Putra skandal dengan isteri orang dan kata Adi Putra dia tak kenal perempuan itu. Ada aku kisah ke? Cerita korang ni buat aku pening kepala, Nasib baik ada satu cerita yang boleh membantu meredakan sakit kepala aku  cerita pasal  Ahmad Dhani tetiba je hati berbunga-bunga ?????????????











Tarikh : 11 September 2012, Selasa
Lokasi : penting ke nak tahu?
Peristiwa : Jalan jalan buat bodo

Selamat datang