Showing posts with label Green Box. Show all posts
Showing posts with label Green Box. Show all posts

Thursday, 21 November 2013

karok besday party simple tapi bermakna

Syukur Alhamdulillah segalanya telah berjalan lancar seperti yang dirancang. Ekceli tak de proper planning  pun, well you know me celebrate besday & besday party   memang takde dalam diary  tapi bila  yuyi beria-ia nak celebrate besday gula-gula hacks,aku on je . Bukan apa, aku tak pernah celebrate besday  anak -anak yang lain, suami ,arwah mak ,arwah ayah , arwah adik , arwah abang tak kan tetiba je aku nak celebrate besday gula-gula hacks, memang  ini tidak adil, tidak adil bagi yang lain ~nyanyi seperti Yuna~ seriusnya kak tonnnn.Pada mulanya yuyi  nak  bawak  besday boy   makan kat luar celebrate besday boy  tapi tiba-tiba last minute dia  tukar rancangan celebrate kat karaoke. Somi  awal-awal lagi dah cakap yang dia tak  dapat nak  join , malam tu dia kerja. Somi aku memang  sengaja nak menganaktirikan besday party kami ,berempat je takpe kot : )
Yeah 19 Nov 2013   genaplah umur gula-gula hacks 21 tahun. Mak doakan anak mak  panjang umur, murah rezeki dan berjaya didunia dan akhirat.Tak sangka , pejam celik pejam celik dah besau panjang anak bujang kak ton. encem tak anak bujang kak ton?????
Cepat ucapkan terima kasih pada akak yuyi sebab belikan hadiah idaman hati. Excitednya akak.... hadiah besday dibelinya  dua minggu awal sebelum tarikh besday  adik.Maaflah... mak tak tahu nak belikan kau apa.  Yang mak tahu , mak cinta sayang kau sampai matik.

Time to besday party(No besday kek, jimat sikit tak gituuu  kak ton)
besday boy
besday boy bersama sibongsu
my love, my life, my everthing ,my other half
tanjat kak tonn, tempat pilih lagu  guna touch screen.Lepas ni tak bolehlah pilih lagu sambil berbaring-baring atas sofa : )
sorang tengah sibuk  pilih lagu , sorang lagi pegang mic tak sabar nak nyanyi 
Besday boy
Suara abang hebatkan : )  lepas geram

Macam kenal je selimut yang membaluti badan Firdaus tu : )

Lepas karok  garenti  perut  lapar.Nasib baik kat sini ada buffet. Malam tu semua food sedap
Ya, diantara kami berempat , adiklah yang paling lapar dan  adik  yang paling lama berlatih vokal : )
mak punya
Adik punya
"Air ribena" Kelas ko Maria 
kari Kambing  & itik panggang, makcik prefer kambing, tedap

makcik prefer karipap , tedap











Tarikh : 15 November & 16 November 2013, Jumaat & Sabtu
Lokasi : Rumah yuyi ] Green Box JJ  Bukit Tinggi Klang
Peristiwa : Juadah Makan tengahari






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday, 13 June 2013

Ini bukan besday party Paris Hilton mahupun Lady Gaga tapi ni besday party budak darjah dua

 Seminggu sebelum berlangsungnya surprise besday party Firdaus , aku ada duk bersembang dengan akak  pasal harijadi Firdaus  kat meja makan kat rumah aku.  Akak cakap kat aku  yang  dia berhajat nak buat surprise besday party untuk Firdaus sempena harijadinya yang ke 8 tahun pada  6/6/2013. Aku cakap kat yuyi yang aku tak pandai nak buat surprise surprise besday party ni tapi kalau dia nak buat gak aku on je. Pada aku celebrate besday   ni sensitif , Sebelum ni tak pernahlah  aku celebrate besday anak-anak aku  yang lain ,  tak naklah dorang terasa bila aku celebrate  besday  untuk Firdaus  . Akak cakap dia pun macam aku gak tak pandai bab surprise besday party ni tapi dia kata benda -benda ni semua boleh bawak berbincang .Akak tanya pendapat aku macam mana nak atur surprise besday party untuk Firdaus.Aku cakap kat dia buat yang simple simple je , buatlah besday  party ni lebih kepada majlis perjumpaan keluarga. Masa kami tengah asyik bersembang, kami dengar  Firdaus melalak di dalam bilik air. Akak senyum  pandang aku. Dia bercakap dengan nada berbisik kepada aku, "Firdaus suka menyanyi, apa kata buat surprise besday party dia kat karaoke." Aku mengangguk tanda setuju. Bisik pada hati sendiri "Sekarang ni bagi dia peluang mencurahkan bakat  dalam bilik karaoke pulak." Selepas berbincang dengan panjang lebar kami sebulat suara bersetuju untuk mengadakan surprise besday party untuk Firdaus  pada 9/6/2013 di Green Box Jaya Jusco Bukit Tinggi.

 
Terlebih dahulu aku ingin memohon maaf jika kualiti gambar dalam cerita aku kali ni agak kurang memuaskan .

Masa ni budak darjah dua tak tahu  tujuan kitaorang bawak dia ke Jaya Jusco Bukit Tinggi


Akak sedang berurusan dengan pekerja cina yang tak tahu @tak mahir berbahasa kebangsaan

Akak dan adik yang masih mencari keserasian dalam kehidupan seharian
belon berwarna warni menyambut kedatangan kami
Budak darjah dua yang masih terpinga-pinga melihat belon yang berwarna warni disegenap sudut bilik karaoke
Adik bongsu 1 
Juadah makan malam kami dari Green box
 Hidangan dessert untuk kami dari Green box
Juadah makan malam kami dari Green box

Minuman yang disediakan pada malam tu, Ribena, teh limau ais, Teh o, apa lagi lupa pulak

Masa kek besday ni akak bawak masuk ke dalam bilik karaoke, lidah masing-masing terasa kelu .   Tiba-tiba  suara akak menyanyikan  Happy besday to Firdaus memecah suasana senyap dalam bilik . Akak berhenti menyanyi dengan pantas  karaoke take over menyanyikan lagu besday untuk Firdaus. Sejujurnya kami tak pandai nak mengadakan surprise surprise party ni .

                Budak darjah dua sedang memerhatikan ayah yang sedang memasang lilin di atas kek

   Budak darjah dua yang masih terkejut melihat kek besdaynya.Almaklumlah teruja nak hembus lilin.

  My laling ni pemalu dan kurang bersosial , demi kerana anak tercinta terpaksalah hilangkan malu tu ye.
Akak   sedang memberi sokongan  moral kepada adik yang tengah gugup.
Adik sedang menyanyikan lagu Adele rolling in the deep , adik memang suka lagu-lagu Adele, abang pulak suka lagu Bruno mars
Datuk , Datin , Datuk sedang berkaraoke bersama
Akak hadiahkan adik Jumbo designer






Tarikh : 9 June 2013, Ahad
Lokasi  : Green Box Jaya Jusco Bukit Tinggi
Peristiwa : Besday Party Firdaus ke 8 tahun





Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .