Tuesday, 4 June 2013

Jangan tanya apa sumbangan orang lain kepada kita tetapi tanyalah apa sumbangan kita kepada orang lain.konpiuuuus

Hargailah orang yang berbuat kebaikan  pada kita biarpun kebaikan yang diberi itu sebesar zarah  atau seketul kuih buat mengisi perut kita yang sedang kelaparan . Tak kanlah  nak tunggu kawan kita belanja makan kat  hotel mewah baru kita nak nampak atau hargai kebaikan dia ye dak.  Janganlah  macam tu kawan. Sudah menjadi lumrah   manusia agaknya selalu susah nak nampak hal kebaikkan manusia sebab kita lebih  tertarik untuk mengetahui keburukannya saje.Renung-renungkanlah dan selamat beramal.

Okeylah stop setakat tu; Memandangkan budak tengah cuti sekolah ni aku ambik kesempatan  bercuti sehari pada hari jumaat lepas.Alah ambik cuti sehari je nak pergi melawat  yuyi ditemani  Firdaus. Kasihan pulak  bila  dengar suara tak sihat dengan hidung meleleh dia  di corong telefon . Lagilah bila dia  cakap selera makan tak de.

Memandangkan  aku nak bawak bekal makanan pergi ke rumah yuyi  maka  hari Jumaat  tu aku kenalah bangun awal sikit .Lebih kurang pukul pukul 12 aku siap kemas rumah dengan masak ,aku masak yang simple-simple je, sambal ikan kembung, lempeng tepung dengan kari ayam. Aku dengan Firdaus  gerak dari rumah pukul 1 naik komuter   ke rumah yuyi . 

Sambal ikan kembung
Kari ayam style orang melayu. Ni semua gara -gara makan jemput bawang cicah kari ayam akak  ratu kebaya
Bingai , lempeng tepung  tu dah tinggal sekeping baru aku teringat nak ambik gambar.

Dia ni tak payah cakaplah. pantang jumpa nasi. Lelagi masa cuti sekolah ni semedang lapar je

Badan akak yuyi cepat susut bila sakit .Akak yuyi  dah kelihatan  macam orang hisap pit. Dia kata tak selera makan tapi aku perhatikan kemain  laju je dia makan makanan yang aku bawak. Seperti yang kita semua telah ketahui ,masakan ibu adalah masakan yang paling sedap di dunia  bagi setiap orang anak kan  : )







Tarikh : 31 May 2013,Jumaat
Lokasi : Rumah yuyi
Peristiwa : Juadah makan tengahari, lawatan tidak  rasmi ke rumah yuyi,yuyi demam selsema




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang