Thursday 21 February 2013

Ini bukan blog bvlgarigirl.Jangan cari Ms.Arianna Melissa, Kevin dan Clara or Lilly di sini.

Seriously, aku macam tak percaya je ada orang dalam dunia ni yang sanggup mengcreate fake profile sekadar nak mempopularkan blog bisness onlinenya atau ingin  menjadikan blognya cepat terkenal.Kenapa, why, kenapa macam tu makcik dabomd.Aku memang salute dengan orang yang ada lebih dari dua blog, kita nak handle satu blog pun susah. Sejujurnya aku mengaku yang aku memang lembab ,  naif dan  belum sampai peringkat  nak mengaut  keuntungan di atas kesusahan dan penderitaan  orang lain. Macam entry semalam, bagi yang belum baca entry semalam aku ada buat entry mengenai Ms.Arianna Melissa kononnya tuan punya blog Bvlgarigirl , percayalah (sila nyanyi seperti CT Nurhalija)Niat aku tulis entry tu ikhlas,tak de niat pun  nak meng up traffic  ianya cuma  menghilangkan apa yang  terbuku di hati ni.

Sebenarnya aku amat terkejut sekali bila mendapat tahu yang  empunya blog  Bvlgarigirl tak pernah  ujud  Macam manalah  aku tak terkejut dik nun, aku memang dah lama mengikuti blog Bvlgarigirl  dan  sekali sekala gatal tangan  tinggalkan komen.Oh kejamnya kau  Ms.Arianna AKA makcik dabomd,mengapa kau pergi ?Di saat aku terbuai -buai  dengan  kisah cinta ala-ala  fairytales antara  kau  dan  Kevin a non kadazan muslim.Buat pengetahuan makcik dabomd, kalaulah dengan menipu orang kita boleh mendapat keuntungan sampai mati dah ramai orang dalam dunia ni lakukan sepertimana kau lakukan.Percayalah, paling lama makcik dabomd kau boleh kaut keuntungan pun dalam masa 8 tahun lepas tu ko jawablah. Cukuplah Fida Aishah , kacukan melayu-cina-aussie (empunya blog adifstory) sorang saje  yang membuat gempar dunia maya.Diharap selepas ini tiada akan ada lagi  Fida Aishah no 2, 3, 4, 5 dan seterusnya .Mak penat dik nak melayan perasaan mak yang terbuai-buai dengan cerita cinta ala-ala fairytales ni : )




Ini bukan cerita fairtales ye.this is the reality my story with  family mandi manda kat Wet World Shah Alam hari sabtu hari tu*sila terima BI aku seadanya* Lama sungguh dah tak ke sini,kali terakhir aku ke sini masa yuyi dengan gula-gula hacks  bersekolah rendah.
Ni bukan Ms.Arianna Melissa dan di sebelahnya itu bukan Clara
 "hey, awie kau ingat kau dah cukup ganteng nak mengurat Ms.Arianna makwe kevin tu,"
"apa kena  dengan kau ni Maria Mariana 3, tak de angin tak ribut tetiba je  kau nak bertunang ngan Awie hujung minggu ni,"
Ini bukan Ms.Arianna Melissa.Hey Arianna AKA makcik dabomb , nama anak aku ni lagi international kalau nak dibandingkan dengan  nama watak dalam novel khayalan kau tu."Sabar makcik tempe,"sambil urut dada sendiri.Seriously aku tak boleh tengok muka makcik dabomb, rasa jam tu je aku nak bagi dia makan penendang.Dushum dushum dushum
"tak pelah makanan sendu pun sendulah , rejeki jangan ditolak janji boleh isi perut." Kata Firdaus dalam hati

wild, wild west!!!!! tu ke  tangan kevin watak dalam novel fairytales makcik dabomb?



Excuse me  , ni bukan bapak kevin bayar dan bukan pak tiri laki mak makcik dabomd yang bayar.Yuyi baik hati nak belanja  I makan kat Asiari SACC Mall, alah tempat murah je pun aku bukan Ms.Arianna Melissa yang kaya raya,opsss.
Kata peminum milo ais tegar, apasal kali ni minum nescafee ais pulak
"makcik dabomd, lepas ni kevin tak de joblah selepas novel fairy tales kau terbakar hangus bersama impian bodoh kau tu," kevin seolah-olah hilang semangat
"Bilalah aku dapat naik pelamin dengan Ms.Arianna Melissa,"kata kelvin dalam hati.Haktuiii makcik dabomd
Ms.Arianna opss yuyi and Firdaus, tengah bersantai semntara menunggu makanan yang diorder sampai ke meja
House special fried rice with chicken wings
 Special beef noodle soup, entah kenapa aku suka sangat sup yang tak berapa banyak bahan dan  tak berminyak macam ni. Citarasa aku dengan yuyi sama.
gula-gula hacks order Seafood fried noodle , dan pengakhiran kepada noodle ni di bawa ke  rumah.



Pagi ni aku baru dapat komplen dari Ms.Limah Melissa, katanya link makcik dabomd dah  diprivate. Alah senang je tu bagi pakar IT dah tahap International macam aku ni  haktuiiiiii. okey ,Ms.Limah, cuba kau buang satu  m kat tengah perkataan mommy, lepas tu baca Selawat InsyaAllah boleh : )




Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Pengikut Tegar : )