Wednesday, 30 January 2013

Jangan jadi budak-budak ; dah tua bangka buatlah cara tua bangka

BUKU NOTA UPIN IPIN
BUKU PANDUAN SOLAT UPIN IPIN
BOTOL AIR
FIGURA MINI UPIN IPIN
Baru kejap tadi aku  login Upin -Ipin online store, .Bila dah login, senanglah nanti  aku nak menyoping barangan original upin & ipin. Jangan ketawakan aku sangat, aku memang macam budak-budak pantang nampak  barang-barang  permainan yang comel dan cute mesti nak rembat.  Lebih sudu dari kuah .Keadahnya anak-anak cool, mak yang lebih-lebih.

Entah macam mana pagi semalam masa  aku masuk ke dalam  kedai  Petronas hendak membeli  air mineral aku ternampak barangan upin-ipin dijual disitu. Aku apa lagi tanpa berlengah  terus merembat buku panduan solat upin & ipin termasuk  botol air  dan  buka nota kecil upin ipin. Terlebih ekcited mengalahkan Firdaus pulak aku ni.Huk huk huk macamlah  kat rumah aku tak de buku solat."hurmmmm  mana tahu dengan buku panduan solat upin ipin Firdaus akan lebih berminat untuk belajar  solat,"aku kata dalam hati.*alasan*


Aku hampir terlupa nak bagitahu pembaca yang kucintai, malam tadi mimpi bertamu lagi .Tapi kali ini mimpinya  lebih pelik dan buruk .Tanjat  makcik tempe  Budak lelaki bermulut longkang itu telah menjalinkan hubungan cinta dengan Ramlah Ram  pulak. Tak boleh jadi ni,.aku harus berjumpa  dengan  tok nujum demi meleraikan dan mentafsir mimpi pelik dan buruk yang  ku alami. Pelik benar rasanya mimpi ku kali ini.Macam manalah Ramlah Ram yang tiada kena mengena dalam hidupku boleh masuk dalam mimpiku  kali ni. Dah sah sah muka dan badan awek alam bunian ada mirip-mirip atau iras-iras Ramlah Ram : )





Sekian saje cerita aku dan barangan upin ipin dan mimpi buruk








 Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .



Facebook for female

facebook makcik suka masak

My bideo

My instagram

My instagram
skodeng jangan tak skodeng

Selamat datang