Salam khamis,
Jumlah pengunjung hari ni setakat pukul 1 petang( tahu, tahu ramai blogger di di luar sana pengunjung blognya berjuta tapi korang bagilah cik ina peluang kali ni je nak nak show -off .la la la la
Cantik tak rumah baru cik ina? Jenuh cik ina bertukang, kalau tak cantik tak tahulah. Sempena rumah baru, jumlah pengunjung mencecah 2,006,599 setakat hari ni, cik ina belanja semua orang resepi apam tepung beras. Suka tak? Apa bisik-bisik tu?. Korang cakap apa ni? ek eleh cik ina apa barang resepi apam. Belanjalah makan pizza ke KFC ke. Takpe lah kalau tak suka .Janji cik ina ikhlas.huk huk huk
Apam tepung beras ni salah satu kuih kegemaran anak bongsu.
RESEPI APAM TEPUNG BERAS aka NASI
Bahan-bahan
1 cawan nasi sejuk
1 1/2 cawan air
1 tsp yis mauripan
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir(kalau nak tak nak manis sangat, kurangkan gula sedikit je. Apam ni kalau tawar sangat pun tak sedap.
Cara menyediakannya
1)Dalam satu bekas lain satukan tepung beras , tepung gandum dan yis.*
2)Kisar nasi ngan 1 1/2 cawan air sehingga hancur. Setelah hancur, masuk gula dan kisar hingga sebati
3)Selepas itu kisar bersama bahan bertanda bintang hingga halus
4)Perap dalam bekas bertutup selama 4 atau 5 jam. Sebelum dikukus taburkan eno kaler biru, kacau rata dan biar sekejap.
5)Panaskan pengukus dan balut tutupnya dengan kain.Tuangkan adunan perapan dalam acuan. Kukus selama 15 hingga 20 minit dalam api yang besar.
Jika suka boleh bahagikan 2 & 3 adunan dan warnakan
Apam ni sedap dimakan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam,tapi sebelum tu kelapa parut hendaklah dikukus dulu sekejap agar tak cepat basi. Kawan ofis cakap hijau apam cik ina hijau pas. Takbirrrr
Sekian, InsyaAllah jumpa lagi. Assalamualaikum.
Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .