Monday, 7 September 2020

Sarapan pagi kesukaan anak2, sandwich telur





Bertemu kembali selepas seminggu menyepi. Minggu ni minggu  yg bosan , rumah makcik takde air. Hurmm, malas pikir. Dari petang Jumaat takde air, membawak ke Sabtu. Makcik buntu , selalunya sebelum kejadian  gangguan bekalan air makcik dah stand by beli air kat  tesco online. Tapi kali ni tak sempat, last minit makcik baru tahu Selangor mengalami  gangguan bekalan  air yg berpunca dari pencemaran sungai selangor, berpunca dari sebuah kilang bla bla bla.  Selangor dan Masalah air berpisah tiada. Tak tahu nak wat apa dah. sebelum tidur makcik call tanya beberapa  hotel area Shah Alam & Petaling Jaya ,samada hotel mereka terlibat atau tidak dengan  gangguan bekalan  air.  Cerita pasal hotel, nanti makcik update ya. Ekceli makcik nak cerita pasal sandwich telur sarapan kesukaan anak2 makcik, tiber merapu2 cerita lain plak.

Mudah je cara makcik wat sandwich
Bahan2
Telur(Didihkan air dlm periuk.masukkan sedikit garam. Setelah mendidih ,masukkan telur, rebus  6 minit
Roti
Soft majerin
Mayonis
Black pepper ajishio
Sedikit garam

Lenyekkan telur  dengan garfu sehingga hancur. Setelah hancur, taburkan secubit garam dan  black pepper. Kacau sekata, akhir sekali masukkan sesudu besar mayonis.Kacau sekata

Sapu permukaan roti dengan soft majerin

Letak telur hancur diatas roti, ratakan

Letak sekeping lagi roti atasnya

Siap sandwich telur, kesukaan anak2 makcik


No comments: