Showing posts with label Gerai kak long. Show all posts
Showing posts with label Gerai kak long. Show all posts

Monday, 20 January 2014

Setakat nak lepak dekat bawah pokok pelam depan rumah aku, ajak jiran makan pelam sambil ngumpat aku, aku no hal lah

Yeahhhhh suami  aku pergi memancing , masa untuk rilek .Ek eleh  makcik tempe ni macam lah selama ni suami dia  tak pernah bagi  peluang dia relax. Terlebeh sudah. Seronok mak, seharian tak masak. lepas hantar suami pergi memancing(depan pintu rumah je) aku terus keluar pergi beli  nasi lemak dan bihun goreng untuk sarapan pagi merangkap juadah makan tengahari sekali. Pukul 2 petang  tengok cerita tamil Kanthaswamy lakonan Vikram dan Shriya Saran.Seronok juga  sesekali melayan cerita Tamil.ha ha ha Dalam pukul 4 yuyi datang rumah ajak kitaorang  pergi makan.
Pada mulanya adik tak nak makan nasi  setelah aku pujuk akhirnya dia akur dengan kehendak aku 
Hantu cili come back. Seronok makan kat sini, kita  boleh ambil cili ikut suka kita .
Soda gembira sentiasa menjadi pilihan
Perut adik terus lapar bila nampak ayam penyet .Aku cop tempe goreng
Sate berkuah  pelik.Yuyi tak suka sate rasa isi  ayam semata  0%  lemak ni. Sesuai sangat untuk orang diet
 : )
Tetiba pulak tekak aku teringin nak makan nasi  ayam penyet
Setiap kali makan kat sini yuyi mesti order bihun  bakso .
First  time order sup ekor kat sini. Tak tahu rasa apa?tawar hebeh.

Sebelum balik ,aku ajak yuyi singgah gerai kak long untuk tapau nasi ayam.
otak-otak
Mulanya niat nak beli  nasi ayam tapi bila ternampak kerang rebus  dan otak-otak terus tapau sekali. Masa budak pompuan  jual otak-otak menghulurkan otak-otak yang aku pesan dia beria-ia beritahu   aku yang tauke otak-otak dah menaikkan harga otak-otak. "ohhh....ye ke?" jawabku spontan.Tapi dalam hati memang aku bantai gelak. Sejujurnya aku pun  tak tahu berapa  harga sebenar otak-otak. Sorry to say lah aku  spesis yang tak suka memikirkan hal remeh temeh terutama bab harga barang naik. Penatlahhhh











Tarikh : 18 January 2014, Sabtu
Lokasi :  Harbour Place, Waroeng penyet, Gerai Kak  Long







Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday, 26 December 2013

Dont judge a mee hailam by its kuah

Dalam dua tiga hari  ni  badan aku  tak berapa sedap, tekak tak berapa nak  lalu makan. Memandang dah tak de MC dengan cuti tahun hujung-hujung tahun ni still aku kena menadih muka  kat tempat kerja. Arghhh geram bila  badan tengah tak sihat nak menunggu waktu habis kerja 5.45 terasa membosankan. Lega rasa hati aku bila tetiba yuyi cakap nak ambik aku bailk kerja.Jadi alang -alang dia  ambik aku sebelum balik rumah  aku  ajak dia makan kat gerai kak long .

Sampai je di gerai Kak Long sejurus kitaorang  melabuhkan punggung, kak long datang kat meja kitaorang untuk ambik order.
"Dah lama tak datang makan kat sini." Kak long cakap sambil pegang bahu aku.
"Kak long mimpi ke? baru dua minggu lepas kita datang sini."
"yeke?. sorrylah akak lupa. nak order apa ni?Tanya  kak long sambil tangan mengambil pen dan kertas
"2 3 hari ni badan kita tak sihat, bagi kita nasi putih, sup ekor  dan baby kailan goreng ikan masin jelah. Yuyi ko nak makan apa?
Soalan dituju tak berjawab tapi aku perhatikan mata yuyi tertumpu  ke arah meja sebelah dimana seorang wanita sedang asyik menghirup kuah mee hailam  lalu dia pun terus merengek-rengek "mak, nak makan mee hailam lah."
Aku syak Yuyi terliur tengok orang sebelah hirup kuah mee hailan : )

 
Jangan  terpedaya  dengan keindahan sesaat atau mungkin selera kita yang  berbeza
Yuyi dengan kerang memang tak dapat dipisahkan
Add caption
Selalunya bila badan kita  tak sihat dan tiada selera untuk makan  InsyaAllah sup dan tomyam  boleh membangkitkan selera makan kita.
Motip mulut  macma tu ; Yuyi terlalu teruja bercerita tentang percutiannya di theland tempoh hari










Tarikh : 24  December 2013, Selasa
Lokasi : Greai Kak Long MPK






Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday, 2 December 2013

Gerai kak long & abang long(bukan abang long fadil) Port Klang

Dulu waktu  ofis  aku  dekat  area South Port  ,masa lunch  hour  rajin  juga  aku dengan rakan ofis    makan dekat   gerai kak long  yang berhampiran dengan stesen bas Pelabuhan Kelang .Tapi sejak ofis  pindah ke Westport  pada tahun 2007  aku dah jarang makan dekat gerai tu . Agak jauh dari ofis  tapi kalau sesekali teringin menjamu  menu western food atau menu ala carte kat  gerai kak long aku suruh yuyi bawak  . Yuyi okey,  memana je  asalkan  kerang rebus atau kerang bakar feveret dia  ado.
Budak tengah lapar, dari JJ  dah merengek nak makan nasi.
Demi menjaga kesihatan dalaman  kita digalakkan minum air kosong.haktuiii
Sedap sangat otak-otak ni. Entah berapa ketul otak-otak yang kitaorang bedal malam tu pun kitaorang tak tahu.
kalau nak jadi model otak-otak kena posing macam tu ke?
kerang ! kerang ! kerang ! dah sampai masanya yuyi kena kurangkan makan kerang.
Nasi ayam gerai kak long terbaek
Abaikan ,Yuyi memang  makan nasi ayam guna tangan. Kalau boleh steak pun yuyi nak makan guna tangan  : )
Feveret aku  makan nasi dengan sup atau tomyam.

Budak jaga badan makan kuey teow goreng kerang , yelah tu








Tarikh : 30 Nov 2013, Sabtu
Lokasi : Gerai kak long & abang long
Peristiwa : Jalan-jalan cari makan



Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .