Thursday, 7 August 2014

Cuti Hari Raya Aidifitri 2014 Riang ria bersama Old Town White Coffee - Part 1

Salam Syawal................................

Apa khabar korang semua hari ni? Aku di ofis  tengah  buat buat sibuk.ha ha ha.Korang makan apa lunch tadi? berpppp Alhamdulillah kenyang, hari ni aku  soru nasi lauk kat kantin tempat kerja je Dah lama nok  tak makan kat kantin,macam tak henggat punya banyak aku ambik lauk, nasi membumbung + sambal ikan kerisi + sayur campur sikit + sambal belacan sikit   perghhh memang terbaek sedap dan murah, total semua  RM5 je.

Perut kenyang mata mengantuk, sebelum mata ni lelap, jom kita berbalik kepada tajuk entry. Rombongan cik kiah ke sukan komanwel sampai ke Langkawi Island pada hari Ahad dalam pukul  9 pagi, Gedebak gedebuk gedebung pukul 12.30 tengahari baru dapat melandingkankan badan.sorga..

Sila fokus kepada kotak kertaz bersize 315 x 215 x 203mm  berisi juadah hari raya aku yang berada dibawah sekali, syukur Alhamdulillah selamat sampai ke destinasi dituju : )
Sukanya dia makan  eskrim
Sukanya  dia dapat swirl  lolipop

Pencarian yang berbaloi, tak sia -sia yuyi booking  Dayang Bay Serviced Apartment & Resort ni,macam macam ada ,sarapan pagi yang pelbagai jenis--fruit salad, salad, ham, sausage, roti bakar, mee goreng, kuay tiao, bihun(walaupun sedikit liat, mak redho), cereals, etc cuma nasi lemak je tak de.  Menu bertukar setiap hari. Dari segi facilities, boleh dikatakan agak lengkap setiap bilik menyediakan peti ais, oven, hair dryer, water heater, dan barang-barang asas yang lain tetapi bergantung kepada jenis bilik yang dipilih. Kemudahan lain di tingkat 2  disediakan adalah seperti  laundry room with a washing machine and ironing facilities  dan  1 tempat untuk melakukan aktiviti bersama keluarga. Cuma terdapat 3 jenis pilihan iaitu Ping pong, Snooker dan Foosball. Facilities paling utama dah tentulah kolam renang, anak anak aku ni dengan air tak boleh dipisahkan.Cantiklah , Kolam renangnya besar dan banyak kerusi disediakan untuk baring-baring. Kalau rasa tak nak  bersesak di dalam kolam utama, boleh mandi di kolam renang khusus untuk wanita. 

The moral of the story, ruang tamu rumah aku pun tak cantik macam ni,huk huk huk

Pandangan ruang tamu secara keseluruhan

Bilik adik,akak &  ibu,  somi aku tidur &  duduk bilik berasingan.












 Abang   jiwang karat

Dapur, okey, tak delah complete sangat at least  cantiklah dari dapur rumah aku : )

Di sini ada disediakan pinggan , mangkuk,periuk  , senduk sudu garpu okeylah  untuk kegunaan 4-5 hari.


Hari Raya Pertama kami,bangun tidur terus ,jerang air,  panaskan lauk pauk , nasi himpit. Sementara menunggu dorang bersiap, aku menghidang makanan dan menyediakan air minuman.Lebih kurang pukul 8 pagi done.




Juadah hari raya sedang menunggu giliran untuk dipanaskan : )
Memang pada mulanya aku terasa jengkel bila kena panaskan  kuah  kacang  guna induction cooker ni, tapi lama kelamaan aku semakin serasi dengannya.Ha ha ha


Masa  shopping air minuman kat pasaraya Teow Soon Huat(abang bantai gelak dengar Teow Soon Huat,keji sangat abang ni )kat pekan kuah, kami singgah jap kat Old Town,yuyi  tapau  prawn mehon mee dan, nasi lemak, aku sempat rembat White Milk Tea & Classic White Coffee Old town White Coffee 3 in 1 .Amboiiii  terasa  bermakna sungguh  Hari Raya Aidilfitri  2014 kami  kali ni  dengan adanya  minuman 3 in 1 produk  Old town White Coffee.la la la la

Ignore kan nasi himpit, kuah kacang, rendang kambing dan ayam masak merah, sila fokus kepada roti old town white coffee dan minuman 3 in 1 White Milk Tea & Classic White Coffee Old town White Coffee 3.Tetiba rindu nak makan prawn meehon mee Old Town White Coffee.Sedap gilerr


Kalau nak tanya berapa  bintang aku  nak bagi untuk  sarapan pagi di sini, terkedu  aku nak menjawabnya . Boleh tak aku tak nak bagi bintang, kalau nak bagi pun kat bubur nasi je. Statement tu menunjukkan  macam aku tak berhati perutkan, ni satu rahsia aku nak  bagitahu korang selalunya kan yang tak behati perut tulah yang baik hati. ha ha ha ha















Lokasi :  Dayang Bay Serviced Apartment & Resort | Persiaran Pelangi, Kuah, Langkawi, 07000, Malaysia | Phone Numbers: +60-04-9665515, +60-04-9664515















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .