Showing posts with label Dayang Bay Serviced Apartment & Resort. Show all posts
Showing posts with label Dayang Bay Serviced Apartment & Resort. Show all posts

Saturday, 9 April 2022

Langkawi ,February 2022 ; update secara pukal ; dayang bay sentiasa dihati




Assalamulaikum , semoga kita semua  sentiasa didalam lindungan  dan rahmat Allah SWT.  Selamat  menunaikan ibadah puasa.

Bersambung  cerita Jalan2 Langkawi 2022.  Tak  habis lagi ke cerita Langkawi makcik.  Memang taklah, masih  banyak gambar jalan2  Langkawi  dalam gallery nok. Jadi marilah kita pelan2 update.  Harap bersabar, tiber rasa cam org sekeliling hadap cerita Langkawi makcik.huk huk huk

Flight makcik hari   Jumaat 11.30 pagi, kalau   tak silap makcik.  Makcik   gi ke Langkawi berlima .Menantu  makcik tak  join rombongan cik kiah  ke Langkawi .  Dia cuma tolong hantar  kami ke KLIA,  uruskan boarding pas, cetak  tag bagasi, daftar bagasi   , dia tunggu sampai  kami naik  flight kemudian dia balik. Ni pertama kali menantu makcik pisah ngan anak perempuan dia lebih dari  2 hari , conform dia rindu terutama ngan budak  5 tahun. Dorang rapat.

Sejujurnya makcik  tak berapa suka naik flight. Setiap kali naik  flight makcik rasa berdebar2. Otak makcik tak  berhenti berfikir benda2  bodoh. Lagi2 bila dengar  anncounment bagitau cuaca tak berapa  elok.  Otomatik   jantung  makcik dup dap dup dap. Dalam dup dap dup dap , tak sedar sejam  masa  berlalu. Kami sampai Langkawi dalam.kul 12.30

Kami menginap  di Dayang  Bay Resort ,  tempat penginapan yg sama masa kami gi langkawi pada  tahun 2014  cuma masa tu cik yuyi yg booking, kali ni makcik yg booking, tu yg tersalah booking. Boleh plak makcik booking 2 bedroom suite seaview  yg takde connecting door. Makanya terpisahlah makcik ngan cik yuyi dan cucu.Takdelah terpisah jauh, sebelah2 je pun tapi terasa jugaklah.huk huk huk huk

Okeylah ,makcik takde idea nak taip panjang2. Layan jelah gambar2  ngan video yg budak form 5  edit.


Lama sungguh tak.jejak KLIA

Budak 5 tahun ngan paksu  berpisah tiada


Tukang bawak luggage

Bambannya budak 5 tahun.sayang cucu makcik ketat2


Kesayangan2

Bilik makcik

Bangun pagi tengok laut

Kat  sini  ada peti ais, microwave, pinggan mangkuk. Kat sini jugak makcik sidai kain baju basah


Ruang tamu ada sofa bed


Bilik cik yuyi bersama 2 org anak daranya.Seriuslah makcik lupa ambik gambar bilik dia. Kira halal lah makcik ambik dari google

Laut surut

Permandangan dari bilik

Masa nak check out. Baju baru beli  tu.ha ha ha 

Budak form 5 ngan budak 5 tahun

Masa ni kat Airport Langkawi, kat counter simpan bagasi 

budak 5 bulan, kalau ngan akaknya happy sentiasa. Masa ni kat airport  Langkawi, tengah tunggu flight nak balik  KL

Masing2 wat hal : )

Dalam flight , pening  makcik, aneh belakang makcik  bukak cite tamil tak pakai earphone.

Syukur Alhamdulillah selamat sampai KL. Tujuan makcik gi Langkawi nak rehat2 ngan makan2 jadi takde lah shopink banyak barang cuma beli sedikit cekelat ngan biskut2 wat ole2 org key ell☺️







Friday, 8 August 2014

Cuti Hari Raya Aidifitri 2014 Riang ria bersama Old Town White Coffee - Part 2

Bersambung dari sini,lip lap lip lap mata aku ni, biasalah perut kenyang mata jadi mengantuk.Nasib baik bos aku takde hari ni, boleh lah  update mana yang patut kan.Hujung minggu takde apa nak buat bolehlah korang terjah blog aku ni cuci cuci mata.Aku harap korang puas hati dengan cerita aku yang tak tahu mana hujung mana pangkal.Biasalahkan!!

Wan Thai Restaurant
Hari pertama  kami di Langkawi adalah hari  terakhir Ramadhan , kami sekeluarga(kecuali somi) mengambil kesempatan berbuka puasa diluar . Atas cadangan yuyi dan membaca review orang ramai ,katanya makanan kat sini sedap dan harga berpatutan, kami  memilih berbuka puasa di Wan Thai Restoran. Overall, makanan di  sini menepati citarasi kami sekeluarga , especially air sirap terbaek , so aku bagi  6 bintang , bintang terus nyala  untuk  Wan Thai  Restoran,oh yeah !!! tepuk tangan .
Wan Thai Restaurant
Jalan Kelibang,
07000 Kuah, Langkawi.  Open daily 11.00am - 3.00pm, 6.30pm - 10.00pm
04-9661214
012-4308014

Cenang Mall, Underwater World, Old Town White Coffee


 Terimalah  saya seadanya, sekeping gambar penganti diri di depan Mc Donald , cenang mall.
Lot FF3, Cenang Mall, Jalan Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah Darul Aman.
Phone: 04-955 5880

Fax: 04-955 5880
- See more at: http://www.oldtown.com.my/index.php/location/#sthash.wqOgOxk8.dpuf

Old Town White Coffee  tempat makan pilihan  kami sepanjang berada di Langkawi.Masa ni masing masing lapar, jadi cakap awal awal memang aku tak sempat nak ambik gambar.


Old Town White Coffee
Lot F33, Cenang Mall , Jalan Pantai Cenang
Mukin Kedawang,07000 Kedawang
Langkawi Kedah Darul Aman


Maaf gambar kat Underwater World tiada, semua hilang gara-gara ada budak bijak pandai reset handphone sebelum forward kat aku 
Underwater World Langkawi Location
Zon Pantai Cenang
Mukim Kedawang
07000, Langkawi
Kedah Darul Aman
  
Lot FF3, Cenang Mall, Jalan Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah Darul Aman.
Phone: 04-955 5880

Fax: 04-955 5880
- See more at: http://www.oldtown.com.my/index.php/location/#sthash.wqOgOxk8.dpuf
Sanggup bertunggu tangga di Old Town White Coffee Langkawi Parade semata -mata untuk menapau Old Town prawn meehoon mee. Macamlah dekat Port Klang tak de Old Town , mata yuyi kecik besar kecik besar je  tengok aku.

Old Town White Coffee
Shop 19, Level 1, Langkawi Parade, A 14 - 15, Pokok Asam, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah.
Phone: 04-966 0815

Fax: 04-966 0815
- See more at: http://www.oldtown.com.my/index.php/location/#sthash.wqOgOxk8.dpuf
Shop 19,Level 1, Langkawi Parade
A14-15, Pokok Asam
07000 Kuah
Langkawi Kedah
Lot FF3, Cenang Mall, Jalan Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah Darul Aman.
Phone: 04-955 5880

Fax: 04-955 5880
- See more at: http://www.oldtown.com.my/index.php/location/#sthash.wqOgOxk8.dpuf
  
**********
Dataran Lang
Lot FF3, Cenang Mall, Jalan Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah Darul Aman.
Phone: 04-955 5880

Fax: 04-955 5880
- See more at: http://www.oldtown.com.my/index.php/location/#sthash.wqOgOxk8.dpuf


Panas gileerr  diredah bersama semata -mata nak bergambar depan lang, haishhhh
Kalau dah sampai Langkawi , tak singgah Dataran Lang dan bergambar dengan helang besar ni  rasa macam satu kekuranglah pulak.Abaikan anak burung helang yang tengah duk bersidai dicelah perkataan "LANGKAWI"  itu. la la la la la la


 **********
Island Hopping
1)Pulau Dayang Bunting
2)Pulau Beras Basah
3)Eagle Feeding

Pasal harga, kos/cas tersembunyi  jangan tanya aku, cuma kalau family korang ni jenis suka berendam better sewa boat persendirian khas untuk family korang je.

Drebar  kami ni baik sangat , dia still nak bawa kami tengok aktiviti  eagle feeding walaupun sebelum tu kami cakap tak nak pergi tengok.




 Adik, akak, adik, saper yang nak jadi abang ni : )
 
Adik, akak ,apahal yuyi buat muncung




Sudah tiba masanya  tandas awam di sini




**********

Cable Car
Langkawi Sky Cab Location:
Cable Car Station, Oriental Village,
Burau Bay
07000, Langkawi,
Kedah Darul Aman
Opening Hours: Mon-Thurs 10.00am - 7.00pm, Fri-Sun, Public & School Holiday 9.30am - 7.00pm 



Muka tension,Jenwin  1234 voy 2014 dari Jeti Kuah pekan Rabu ke beras basah Island diarah berpatah balik kerana keadaan cuaca yang tak stabil.la la la la  Macam cantik je cardigan kimono yang yuyi pakai hahaha beli kat Fashion Valet la ni.


Anak anak aku  tengah pekena ice cream sambil mata leka memerhatikan budak jual sekerim main balas pantun dengan   mak/pak arab (pakai serba hitam, nampak mata je)   dalam  loghat utara/kedah.Syok jugak show dia, memang best la dalam cuaca sejuk tengok  show macam tu : )
Macam duk  kat bawah tak pernah makan burger???
Macam tak pernah makan  sekerimkan????


Dengan berlatar belakangkan gunung everest ,cuaca ketika itu memang sejuk. Boleh nampak disitu betapa tebalnya kabus yang menyelimuti ...korang sambung lah sendiri..





Bestnya tunjuk gigi


Jauhnya merenung masa depan





Okeylah , cukup untuk setakat ni,InsyaAllah  ada kelapangan nanti aku update lagi.









Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday, 7 August 2014

Cuti Hari Raya Aidifitri 2014 Riang ria bersama Old Town White Coffee - Part 1

Salam Syawal................................

Apa khabar korang semua hari ni? Aku di ofis  tengah  buat buat sibuk.ha ha ha.Korang makan apa lunch tadi? berpppp Alhamdulillah kenyang, hari ni aku  soru nasi lauk kat kantin tempat kerja je Dah lama nok  tak makan kat kantin,macam tak henggat punya banyak aku ambik lauk, nasi membumbung + sambal ikan kerisi + sayur campur sikit + sambal belacan sikit   perghhh memang terbaek sedap dan murah, total semua  RM5 je.

Perut kenyang mata mengantuk, sebelum mata ni lelap, jom kita berbalik kepada tajuk entry. Rombongan cik kiah ke sukan komanwel sampai ke Langkawi Island pada hari Ahad dalam pukul  9 pagi, Gedebak gedebuk gedebung pukul 12.30 tengahari baru dapat melandingkankan badan.sorga..

Sila fokus kepada kotak kertaz bersize 315 x 215 x 203mm  berisi juadah hari raya aku yang berada dibawah sekali, syukur Alhamdulillah selamat sampai ke destinasi dituju : )
Sukanya dia makan  eskrim
Sukanya  dia dapat swirl  lolipop

Pencarian yang berbaloi, tak sia -sia yuyi booking  Dayang Bay Serviced Apartment & Resort ni,macam macam ada ,sarapan pagi yang pelbagai jenis--fruit salad, salad, ham, sausage, roti bakar, mee goreng, kuay tiao, bihun(walaupun sedikit liat, mak redho), cereals, etc cuma nasi lemak je tak de.  Menu bertukar setiap hari. Dari segi facilities, boleh dikatakan agak lengkap setiap bilik menyediakan peti ais, oven, hair dryer, water heater, dan barang-barang asas yang lain tetapi bergantung kepada jenis bilik yang dipilih. Kemudahan lain di tingkat 2  disediakan adalah seperti  laundry room with a washing machine and ironing facilities  dan  1 tempat untuk melakukan aktiviti bersama keluarga. Cuma terdapat 3 jenis pilihan iaitu Ping pong, Snooker dan Foosball. Facilities paling utama dah tentulah kolam renang, anak anak aku ni dengan air tak boleh dipisahkan.Cantiklah , Kolam renangnya besar dan banyak kerusi disediakan untuk baring-baring. Kalau rasa tak nak  bersesak di dalam kolam utama, boleh mandi di kolam renang khusus untuk wanita. 

The moral of the story, ruang tamu rumah aku pun tak cantik macam ni,huk huk huk

Pandangan ruang tamu secara keseluruhan

Bilik adik,akak &  ibu,  somi aku tidur &  duduk bilik berasingan.












 Abang   jiwang karat

Dapur, okey, tak delah complete sangat at least  cantiklah dari dapur rumah aku : )

Di sini ada disediakan pinggan , mangkuk,periuk  , senduk sudu garpu okeylah  untuk kegunaan 4-5 hari.


Hari Raya Pertama kami,bangun tidur terus ,jerang air,  panaskan lauk pauk , nasi himpit. Sementara menunggu dorang bersiap, aku menghidang makanan dan menyediakan air minuman.Lebih kurang pukul 8 pagi done.




Juadah hari raya sedang menunggu giliran untuk dipanaskan : )
Memang pada mulanya aku terasa jengkel bila kena panaskan  kuah  kacang  guna induction cooker ni, tapi lama kelamaan aku semakin serasi dengannya.Ha ha ha


Masa  shopping air minuman kat pasaraya Teow Soon Huat(abang bantai gelak dengar Teow Soon Huat,keji sangat abang ni )kat pekan kuah, kami singgah jap kat Old Town,yuyi  tapau  prawn mehon mee dan, nasi lemak, aku sempat rembat White Milk Tea & Classic White Coffee Old town White Coffee 3 in 1 .Amboiiii  terasa  bermakna sungguh  Hari Raya Aidilfitri  2014 kami  kali ni  dengan adanya  minuman 3 in 1 produk  Old town White Coffee.la la la la

Ignore kan nasi himpit, kuah kacang, rendang kambing dan ayam masak merah, sila fokus kepada roti old town white coffee dan minuman 3 in 1 White Milk Tea & Classic White Coffee Old town White Coffee 3.Tetiba rindu nak makan prawn meehon mee Old Town White Coffee.Sedap gilerr


Kalau nak tanya berapa  bintang aku  nak bagi untuk  sarapan pagi di sini, terkedu  aku nak menjawabnya . Boleh tak aku tak nak bagi bintang, kalau nak bagi pun kat bubur nasi je. Statement tu menunjukkan  macam aku tak berhati perutkan, ni satu rahsia aku nak  bagitahu korang selalunya kan yang tak behati perut tulah yang baik hati. ha ha ha ha















Lokasi :  Dayang Bay Serviced Apartment & Resort | Persiaran Pelangi, Kuah, Langkawi, 07000, Malaysia | Phone Numbers: +60-04-9665515, +60-04-9664515















Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .